PASTI Asy-Syakirin Taman Delima

PASTI Asy-Syakirin Taman Delima

Share

PASTI Asy-Syakirin merupakan salah satu tempat pembelajaran untuk anak-anak berumur 4-6 tahun dengan kurikulum yang berteraskan Islam.

18/01/2026

🛠️ 𝑷𝑹𝑶𝑱𝑬𝑲 𝑰𝑵𝑭𝑹𝑨
Kerja-kerja pemasangan projektor di kelas 6 tahun telah dijalankan pada 17 Januari 2026 bagi membantu proses pembelajaran anak-anak menjadi lebih interaktif dan menarik. Visual yang jelas memudahkan pemahaman serta meningkatkan fokus murid. Dana masih diperlukan untuk pemasangan di kelas 4 tahun & 5 Tahun.

_______________________________
📌 JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT
dengan menyumbang ke DANA PEMBANGUNAN PASTI secara atas talian. Tekan LINK dibawah untuk menyumbang
https://bit.ly/InfaqPembangunanPastiDelima

🖊 Sumbangan Tuan/Puan pihak pengurusan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

27/12/2025

🛠️ 𝙇𝘼𝙋𝙊𝙍𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂𝙐𝙉𝘼𝙉

Kerja-kerja mengecat premis telah dijalankan bermula 27 Disember 2025 dan dijangka siap 29 Disember 2025 bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif untuk semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha ini 🤲
_______________________________
📌 JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT
dengan menyumbang ke DANA PEMBANGUNAN PASTI secara atas talian. Tekan LINK dibawah untuk menyumbang

https://bit.ly/InfaqPembangunanPastiDelima

🖊 Sumbangan Tuan/Puan pihak pengurusan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Photos from PASTI Asy-Syakirin Taman Delima's post 16/12/2025

LENSA KAMERA:

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI ASY-SYAKIRIN TAMAN DELIMA
7 DISEMBER 2025
DEWAN MAWADDAH, MASJID SUTERA KAJANG

Setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Asy-Syakirin Taman Delima 2025. Jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan, kepada guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, serta kepada murid-murid yang menjadi sebab utama majlis penuh makna ini diadakan. Tidak dilupakan juga barisan AJK pengurusan yang bertungkus-lumus memastikan segala persiapan berjalan lancar.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada En. Mohd Nahadir bin Abdul Manaf bapa kepada Nadhif Mateen yang bermurah hati menaja sewaan walkie talkie secara percuma, yang telah banyak membantu melancarkan urusan komunikasi sepanjang program ini berlangsung.

Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan pencapaian graduan 6 tahun yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam pendidikan mereka, serta mengiktiraf usaha dan perkembangan semua murid 4 dan 5 tahun yang telah menunjukkan kemajuan sepanjang tahun. Semoga penghargaan ini menjadi dorongan kepada anak-anak untuk terus bersemangat menuntut ilmu dan membina sahsiah unggul.

Kami dari pihak pengurusan Pasti Taman Delima ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang penganjuran majlis ini. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah SWT, dan yang kurang itu daripada kelemahan kami sendiri. Terima kasih atas sokongan yang tidak putus-putus daripada semua pihak. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi kenangan indah buat anak-anak PASTI Asy-Syakirin.

Yang meneruskan pembelajaran di Pasti Taman Delima, InsyaAllah kita jumpa lagi di sesi 2026. 🌹

PENGURUSAN PASTI ASY-SYAKIRIN TAMAN DELIMA

PS: Dapatkan gambar penuh di link telegram yang telah dikongsi di dalam group whatsapp

16/12/2025

Assalamualaikum wbt.

Pasti Taman Delima mempunyai dua kekosongan full day (5 tahun sahaja)

KEKOSONGAN FULL DAY 5 TAHUN

1 LELAKI
1 PEREMPUAN

📞 Hubungi kami di 010-338 5528 atau tekan link Whatsapp ini

api.whatsapp.com

Photos 08/12/2025

Penerima anugerah Sijil Mumtaz Pasti Kawasan Bangi 5 tahun dari Pasti Taman Delima

Nur Faatimah binti Mohammad Firdaus

Tahniah diucapkan 🥳

Photos 08/12/2025

Penerima anugerah Sijil Mumtaz Pasti Kawasan Bangi 6 tahun dari Pasti Taman Delima

Raudhatul Aisy binti Muhamad Nurudin

Tahniah diucapkan 🥳

29/11/2025

YANG DINANTI BAKAL TIBA ‼️

𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙉𝙐𝙂𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙋𝙍𝙀𝙎𝙏𝘼𝙎𝙄 2025
PASTI Asy-Syakirin Taman Delima

Pelbagai jenis hadiah & anugerah menanti anak-anak. Semua pelajar 4, 5 dan 6 tahun akan menerima hadiah dan diraikan di dalam majlis yang penuh meriah.

Anugerah Celik
Anugerah Mumtaz
Anugerah Prestasi Terbaik
Anugerah Kehadiran Terbaik
Anugerah Setia Delima
Anugerah Smart Pasti
Tokoh Murid

JUMPA ANDA DI SANA 🤗

27/11/2025

Pendaftaran sesi 2026 (27/11)

4 tahun- PENUH 🙏
5 tahun- 4 kekosongan
6 tahun- 4 kekosongan

Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, whatsapp admin. Nombor di ruangan komen.

Photos from PASTI Asy-Syakirin Taman Delima's post 15/11/2025

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱

Alhamdulillah, Hari Interaksi Akademik PASTI Asy-Syakirin Taman Delima bagi sesi 2025 telah pun selesai dengan baik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang hadir dan meluangkan masa untuk bersama-sama bertemu para muallimah, mendengar perkembangan anak-anak, serta berkongsi pandangan demi kebaikan mereka.

Kerjasama dan sokongan berterusan daripada ibu bapa amat kami hargai. Ia memberi semangat kepada para muallimah untuk terus membimbing, mendidik dan membantu anak-anak mencapai potensi terbaik mereka sepanjang setahun ini.

Semoga apa yang dibincangkan hari ini dapat membantu ibu bapa melihat perkembangan anak-anak dengan lebih jelas, dan insyaAllah, kita sama-sama dapat merancang langkah yang lebih baik untuk masa hadapan mereka.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda kepada PASTI Asy-Syakirin Taman Delima.
Moga Allah memberkati usaha kita dalam mendidik generasi soleh dan solehah. 🤲🌸

_______________________________

📌 JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT

dengan menyumbang ke DANA PEMBANGUNAN PASTI secara atas talian. Tekan LINK dibawah untuk menyumbang

https://bit.ly/InfaqPembangunanPastiDelima

🖊 Sumbangan Tuan/Puan pihak pengurusan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

08/08/2025

𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓
BAIKPULIH BUMBUNG USANG

Pihak PASTI Taman Delima ingin mengajak tuan/puan untuk menjayakan projek baikpulih bumbung.

RM 8,000 diperlukan bagi membiayai kerja-kerja tersebut.

_______________________________

📌 JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT

dengan menyumbang ke DANA PEMBANGUNAN PASTI secara atas talian. Tekan LINK dibawah untuk menyumbang

https://bit.ly/InfaqPembangunanPastiDelima

🖊 Sumbangan Tuan/Puan pihak pengurusan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

06/08/2025

4, 5 & 6 tahun sesi pagi telah PENUH.

Kekosongan untuk 5 & 6 tahun sesi petang sahaja ☺️

05/08/2025

📢 PENDAFTARAN MURID BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!
📍 PASTI Asy-Syakirin Taman Delima

✨ Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4, 5 & 6 tahun
🎒 Percuma Payung & Beg Sekolah!
📚 Kurikulum Pra-Sekolah Terbaik Malaysia
👩‍🏫 Barisan Guru Terlatih & Berdedikasi

✅ Tempat TERHAD!
📞 Hubungi kami di 010-338 5528 atau tekan link Whatsapp ini https://wa.link/ov5gdc
📲 Atau imbas kod QR dalam poster untuk maklumat lanjut!

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 27, Jalan Delima 2, Taman Delima
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00