PASTI Bangi

PASTI Bangi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Bangi, School, No 2, Jalan Sri Kenari 9, Taman Sri Kenari, Kajang.

14/05/2026

Pasukan Bola Sepak
PASTI Nurul Iman, Bandar Tun Hussein Onn

Alhamdulillah, PNI akan menyertai kejohanan BSBJ PASTI Bangi yang akan berlangsung pada 17 Mei, 2026.

Tahun ini dengan misi membawa panji kejayaan. Usaha dan doa, diiringi dengan tawakkal. 😊
Luar biasa bila melihat kesungguhan anak anak bermain setiap kali latihan.

Terima kasih juga buat ibu ayah yang tak henti beri sokongan dan dukungan disepanjang tempoh latihan hingga menjelang hari perlawanan pada ahad ini.

Moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. 🤲🏼

Photos from PASTI Siti Sarah, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi's post 14/05/2026
14/05/2026
13/05/2026

🔥 Segala info kejohanan kini di hujung jari anda!

📲 Tak perlu tunggu pengumuman manual lagi.
Kini semua maklumat rasmi Kejohanan Sukan PASTI Kawasan Bangi 2026 boleh diakses dengan lebih pantas, mudah dan tersusun melalui platform digital COPAFACIL.COM ⚽🏐

📡 Kejohanan yang menghimpunkan kontinjen terbaik PASTI Kawasan Bangi ini akan menggunakan platform digital bagi memudahkan semua pengurus pasukan, guru, ibu bapa dan penyokong mengikuti perjalanan kejohanan secara langsung.

Antara maklumat yang akan dikemaskini:

✅ Jadual perlawanan terkini
✅ Keputusan perlawanan semasa
✅ Kedudukan kumpulan
✅ Carta kalah singkir
✅ Perkembangan kejohanan secara real-time

⏱️ Ikuti keputusan perlawanan dan kedudukan pasukan secara langsung sepanjang kejohanan berlangsung!

⚠️ Sebarang perubahan jadual atau keputusan rasmi juga akan dikemaskini melalui platform ini.
📌 Pastikan anda sentiasa menyemak platform ini sepanjang kejohanan berlangsung.

📌 Akses maklumat kejohanan:

✅ Imbas QR Code pada poster
atau

✅ Layari pautan berikut:
🌐 https://copafacil.com/bsbjbangi2026

📲 Simpan pautan ini untuk rujukan sepanjang kejohanan berlangsung!

🎉 Sokong pasukan pilihan anda dan jangan lepaskan aksi serta persaingan menarik setiap kontinjen sehingga ke perlawanan akhir!

🔥 Ayuh bersama-sama meriahkan Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Bangi 2026 yang akan berlangsung di One Tiger Arena, Kajang Selangor.

🤝 Semoga kejohanan ini menjadi medan mencipta pengalaman, ukhuwwah dan kenangan indah buat semua peserta.




13/05/2026

📢 PANGGILAN INFAQ: JOM SOKONG ANAK-ANAK PASTI! ⚽🏐

Assalamualaikum w.b.t 🤲

Anak-anak PASTI bakal menyertai Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Bangi 🎉

✨ Mereka ada semangat
✨ Mereka ada usaha
✨ Mereka perlukan sokongan kita

💚 Ayuh hulurkan infaq seikhlas hati bagi membantu persiapan mereka dari segi latihan dan keperluan pertandingan.

⚠️ Infaq adalah secara sukarela dan tiada paksaan.

🎯 Sasaran Dana: RM1,200.00

Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam:
👉 Menyuntik semangat anak-anak
👉 Membina keyakinan diri mereka
👉 Memberi peluang pengalaman yang berharga

💳 Cara Menyumbang:
Bank: RHB Bank
No. Akaun: 2-12457-6003130-0
Penama: PASTI ISTIQAMAH SUNGAI TANGKAS

📞 Sebarang pertanyaan:
En. Mohamad (Pengurus)
018-9199153

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan anda 💚

13/05/2026

Pendaftaran sesi 2027 bagi kemasukan 4, 5 dan 6 tahun sudah dibuka. Ibu ayah boleh mengisi e-Pasti, cetak dan hantar ke pejabat PASTI Siti Sarah.

Tempat terhad!



Photos from PASTI Bangi's post 11/05/2026

⚽🏐 KEPUTUSAN RASMI UNDIAN KUMPULAN

KEJOHANAN SUKAN BSBJ PASTI KAWASAN BANGI 2026

Kejohanan paling dinanti warga PASTI Bangi kini kembali! 🔥

Sesi undian rasmi telah selesai dijalankan dan setiap pasukan kini mengetahui lawan masing-masing bagi acara:

⚽ Bola Sepak
🏐 Bola Jaring

Kini bermulalah misi memburu slot ke pusingan kalah singkir 💪

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua kontinjen yang bakal beraksi. Semoga kejohanan ini berlangsung dalam suasana:

🤝 Ukhuwwah
💚 Kesukanan
🏆 Persaingan yang sihat

Bukan sekadar memburu kemenangan, bahkan inilah pentas untuk anak-anak PASTI membina keberanian, disiplin dan semangat berpasukan ❤️

✨ Anak-anak kecil, semangat besar.

📅 Tarikh Kejohanan
🏐 Bola Jaring — Sabtu, 16 Mei 2026
⚽ Bola Sepak — Ahad, 17 Mei 2026

📍 Lokasi
One Tiger Arena, Kajang Selangor

Moga anak-anak ini diberikan pengalaman yang membina keyakinan, ukhuwwah dan kenangan indah sepanjang kejohanan ✨

🔥 Siapakah bakal mencipta kejutan tahun ini?

👀 Pada pandangan anda, kumpulan mana paling sengit?

Ayuh kita sama-sama meriahkan dan memberi sokongan kepada semua kontinjen ❤️


09/05/2026

Sesi Pengundian Kumpulan
Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring
PASTI Kawasan Bangi 2026

05/05/2026

📢 IBU BAPA & GURU PERLU AMBIL PERHATIAN

Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Bangi 2026 semakin hampir ⚽🏐

Ramai tak sedar,
pemakanan sebelum game sangat mempengaruhi prestasi & keselesaan anak-anak.

Silap makan/minum, anak boleh:
❌ cepat penat
❌ sakit perut
❌ muntah semasa bermain

---

🍽️ APA YANG SESUAI SEBELUM GAME?
(1.5 – 2 jam sebelum bermain)

✔️ Roti + jem
✔️ Biskut tawar
✔️ Pisang / buah lembut
✔️ Bijirin ringan
✔️ Telur rebus
✔️ Air kosong

---

❌ ELAKKAN SEBELUM PERLAWANAN

🚫 Makanan bergoreng / berminyak
🚫 Makanan berat & pedas
🚫 Air manis & berkarbonat
🚫 Coklat & gula-gula

---

🥤 PENTING: MINUMAN YANG TAK SESUAI

Elakkan beri sebelum game:
🚫 Vitagen / minuman kultur
🚫 100 Plus / minuman isotonik
🚫 Minuman berperisa tinggi gula

👉 Boleh sebabkan:

- tenaga tak stabil
- perut kembung
- cepat penat

✔️ Pilihan terbaik: AIR KOSONG

---

⚠️ INGAT 3 PERKARA INI

1️⃣ Jangan bagi anak makan terlalu kenyang
2️⃣ Elakkan makan/minum last minute
3️⃣ Pastikan anak cukup minum air

---

🎯 MATLAMAT KITA MUDAH

✔️ Anak tak lapar
✔️ Anak tak terlalu kenyang
✔️ Anak selesa & seronok bermain

---

🤝 MOHON KERJASAMA SEMUA IBU BAPA & GURU

Pastikan anak-anak hadir dalam keadaan terbaik,
kerana prestasi mereka bermula dari apa yang mereka makan.

Terima kasih atas kerjasama semua 💚




Photos from Pasti As Syakirin Kajang Utama's post 03/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No 2, Jalan Sri Kenari 9, Taman Sri Kenari
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:30
Tuesday 09:00 - 13:30
Wednesday 09:00 - 13:30
Thursday 09:00 - 13:30
Friday 09:00 - 12:00