PASTI Bangi

Directions Website Contact the school

PASTI Bangi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Bangi, School, No 2, Jalan Sri Kenari 9, Taman Sri Kenari, Kajang.

🏆 MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN! 🏆Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Tahniah Kontinjen PASTI Kawasan Bangi! Sekali la...
28/09/2026

🏆 MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN! 🏆

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Tahniah Kontinjen PASTI Kawasan Bangi!

Sekali lagi melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2026.

Di sebalik setiap kemenangan, ada usaha, latihan, pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak.

Tahniah buat para murid yang telah memberikan persembahan terbaik, para guru yang tidak jemu membimbing, para pengurus dan semua yang terlibat menguruskan kontinjen.

Terima kasih juga buat ibu ayah yang sentiasa memberikan sokongan untuk anak-anak menyerlahkan bakat mereka. Tidak dilupakan juga seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Inilah hasil kerja sebuah pasukan 🤝

Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan. Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis buat anak-anak PASTI Bangi dan terus menyuntik semangat untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

Muhammad Hanif bin Ahmad Sabri
Ketua Kontinjen PASTI Kawasan Bangi

27/09/2026

Alhamdulillah, PASTI Bangi Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI SELANGOR 2026

PASTI Bangi sudah bersedia! 💪🏻Doakan Kontinjen Alam Ria PASTI Kawasan Bangi 2026 yang akan membawa para peserta untuk be...
26/09/2026

PASTI Bangi sudah bersedia! 💪🏻

Doakan Kontinjen Alam Ria PASTI Kawasan Bangi 2026 yang akan membawa para peserta untuk bertanding dalam Alam Ria PASTI Negeri Selangor esok.

Mohon doakan khususnya agar semua peserta diberikan kemudahan, ketenangan dan keyakinan sepanjang pertandingan. Semoga dapat memberikan yang terbaik dan membawa pulang pengalaman yang bermakna. 🤲🏻

Alhamdulillah, petang tadi selesai Solat Hajat dan Pelepasan Kontinjen Alam Ria PASTI Kawasan Bangi.

Terima kasih kepada Naib Ketua Pemuda PAS Bangi yang turut hadir memeriahkan majlis pelepasan pada petang ini.

Selamat bertanding anak-anak PASTI Bangi! 🔥
Buat yang terbaik, kami sentiasa mendoakan!



27 September ini tarikh penentu!Mohon doa buat para murid PASTI Kawasan Bangi yang akan menyertai Alam Ria PASTI Negeri ...
23/09/2026

27 September ini tarikh penentu!

Mohon doa buat para murid PASTI Kawasan Bangi yang akan menyertai Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2026 diberikan kemudahan, ketenangan dan keyakinan sepanjang pertandingan.

Ayuh sama-sama kita titipkan doa buat mereka! 🤲🏻


Doakan anak-anak PASTI!Buat anak-anak PASTI Kawasan Bangi yang bakal menyertai Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2026, sela...
22/09/2026

Doakan anak-anak PASTI!

Buat anak-anak PASTI Kawasan Bangi yang bakal menyertai Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2026, selamat maju jaya diucapkan!

Ayuh tampil dengan penuh keyakinan, semangat dan keceriaan. Jadikan program ini sebagai medan untuk menimba pengalaman, mengasah bakat dan membina persahabatan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan anak-anak, memberikan ketenangan, melancarkan setiap persembahan dan mengurniakan hasil yang terbaik.


Lebih 500 murid PASTI sertai Alam Ria, pupuk bakat dan keyakinan sejak kecilBANGI– Lebih 500 murid daripada 38 Pusat Asu...
18/09/2026

Lebih 500 murid PASTI sertai Alam Ria, pupuk bakat dan keyakinan sejak kecil

BANGI– Lebih 500 murid daripada 38 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bangi menyertai Pertandingan Alam Ria 2026 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Kampus Putrajaya, baru-baru ini bagi mencungkil bakat dan membina keyakinan diri sejak usia awal.

Pengarah program Muhammad Hanif Ahmad Sabri berkata Alam Ria bukan sekadar pertandingan, sebaliknya menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada murid berusia lima dan enam tahun mengembangkan kemahiran komunikasi, keberanian tampil di hadapan khalayak serta potensi diri.

“Alam Ria memberi ruang dan peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri, keberanian tampil di hadapan khalayak serta mengasah kemahiran yang mungkin tidak dapat diketengahkan melalui proses pembelajaran di dalam kelas.

“Kita mahu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu, tetapi mempunyai kemampuan berkomunikasi dan jati diri yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata pertandingan itu melibatkan 11 acara termasuk azan, sajak lelaki dan perempuan, pidato, bercerita, hafazan, nasyid, khutbah dan kalam jamaie.

Menurutnya, peserta dinilai berdasarkan kriteria berbeza mengikut acara termasuk ketepatan isi, hafalan, sebutan, penguasaan suara, kelancaran, penghayatan, gaya penyampaian dan keyakinan.

“Yang penting ialah peserta bukan sahaja menghafal atau menyampaikan sesuatu, tetapi mampu menyampaikannya dengan baik, yakin dan penuh penghayatan,” katanya.

Hanif berkata kejayaan penganjuran turut didorong kerjasama guru pembimbing, ibu bapa dan urus setia yang membantu peserta membuat persediaan sebelum pertandingan.

Beliau berkata juara setiap acara akan mewakili Kawasan Bangi ke pertandingan peringkat negeri Selangor, sekali gus membuka peluang kepada peserta untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pertandingan itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman muncul juara keseluruhan.

oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah

BANGI– Lebih 500 murid daripada 38 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bangi menyertai Pertandingan Alam Ria 2026 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten),

📸 PERTANDINGAN SWAFOTO KELUARGA MERDEKA🇲🇾Sempena FUN RUN PASTI BANGI 2026Jom abadikan momen paling ceria bersama keluarg...
11/09/2026

📸 PERTANDINGAN SWAFOTO KELUARGA MERDEKA🇲🇾

Sempena FUN RUN PASTI BANGI 2026

Jom abadikan momen paling ceria bersama keluarga sepanjang Fun Run! 💚

📅 16 September 2026

Cara Penyertaan:
1️⃣ Ambil swafoto keluarga semasa aktiviti Fun Run.
2️⃣ Muat naik foto ke facebook anda dan tag facebook PASTI Bangi pada hari yang sama.
https://www.facebook.com/share/19GJfTvZxt/
3️⃣ Gunakan hashtag:


4️⃣ Pastikan hantaran anda boleh dilihat oleh umum (public).

✨ Kriteria Penilaian:
• Swafoto keluarga
• Dirakam semasa aktiviti Fun Run
• Kreatif, ceria dan sopan
• Jumlah like paling tinggi
• Ada elemen Kemerdekaan & Hari Malaysia menjadi nilai tambah

🏆 Hadiah Menarik:
🥇 Tempat Pertama – RM100
🥈 Tempat Kedua – RM80
🥉 Tempat Ketiga – RM60
🎁 5 Hadiah Saguhati – RM20 setiap satu

📢 Pemenang akan dihubungi oleh urusetia.
Keputusan akan dimaklumkan melalui Facebook PASTI Bangi.

💚 Jom swafoto, cipta kenangan dan meriahkan Fun Run PASTI Bangi 2026 bersama keluarga!

Address

No 2, Jalan Sri Kenari 9, Taman Sri Kenari
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:30
Tuesday 09:00 - 13:30
Wednesday 09:00 - 13:30
Thursday 09:00 - 13:30
Friday 09:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Bangi:

Shortcuts

Share

Category