Prasekolah Permata Kasih SKJB1

Prasekolah Permata Kasih SKJB1

Share

Prasekolah SKJB1 aktiviti

19/10/2024

Ramai Ibu Bapa Mula Lepas Tangan Pada Guru, Anak-Anak Masih Tak Pandai Membaca...

Kebelakangan ni, makin ramai ibu bapa yang kita tengok macam lepas tangan bab pelajaran anak-anak. Asal sekolah je, terus semua beban campak kat cikgu. Tapi kita kena ingat, tanggungjawab mendidik anak-anak ni bukan cikgu je punya kerja. Ibu bapa pun ada peranan besar! Sedih bila tengok laporan baru-baru ni, akhbar Malaysia lapor lebih 100 ribu pelajar di negara kita tak reti membaca.

Dah sekolah rendah tapi masih tak boleh baca dengan lancar. Bayangkan 100 ribu budak yang tertinggal. Satu angka yang bukan kecil, kan?

Kesan dia, generasi baru kita ni makin ketinggalan dalam banyak aspek. Kita tengah hadap zaman AI makin berkembang, dunia makin digital, tapi anak-anak kita masih terkial-kial nak baca buku teks.

Masalah ni berpunca sebab ramai ibu bapa terlalu bergantung pada guru. Bila cikgu tak sempat nak ajar satu-satu, kita mula salahkan sekolah. Tapi, cuba tanya balik, kat rumah kita ajar ke? Berapa banyak masa kita bagi kat anak-anak untuk belajar baca? Kadang-kadang anak bawak balik kerja sekolah pun kita tak tengok. Kita sibuk kejar kerja, fikir cukup bagi anak makan, siap baju sekolah, hantar tuisyen, lepas tu lega. Padahal, anak-anak perlukan perhatian dan sokongan dari kita jugak.

Satu lagi, teknologi pun bagi impak besar. Anak-anak sekarang lebih banyak tengok video, main game, dari baca buku. Kalau dulu kita malam-malam baca buku cerita, sekarang anak-anak sibuk dengan gadget sampai buku letak tepi. Kita sebagai ibu bapa patut jadi contoh. Nak anak rajin baca, kita pun kenalah tunjuk minat.

Kita tak boleh biarkan cikgu sorang-sorang hadap masalah ni. Cikgu ada hadnya, dalam kelas puluh-puluh murid, macam mana nak fokus kat setiap orang? Ibu bapa kena main peranan lebih besar, tak boleh serah bulat-bulat kat sekolah je. Kalau kita nak anak berjaya, kita kena mula sekarang. Anak kita, tanggungjawab kita.

Jadi, marilah kita ambil inisiatif. Luangkan masa untuk ajar anak membaca, buat aktiviti pendidikan kat rumah, dan jangan harap pada cikgu semata-mata. Masa depan anak-anak kita, kita yang bentuk.

Memandangkan ujian akhir tahun dah nak dekat, berikut adalah saya kongsikan bahan soalan UASA yang boleh dapatkan secara online:

TAHUN 1
BM : https://tpaper.my/4kkmv4ew
BI : https://tpaper.my/2p8sp449
SN : https://tpaper.my/yc6rpvzf
MT : https://tpaper.my/3x2x2brx
BA : https://tpaper.my/yckr77eu
PI : https://tpaper.my/3jp683st
PJ : https://tpaper.my/2p8c32p8
PK : https://tpaper.my/52s4x7nt
PSV : https://tpaper.my/5ydjnkz5
MZ : https://tpaper.my/39rtfw2n
PM : https://tpaper.my/2b3x9d24

TAHUN 2
BM : https://tpaper.my/3fwbns36
BI : https://tpaper.my/emjdx4yz
SN : https://tpaper.my/5n85y3xy
MT : https://tpaper.my/2p8jjke2
BA : https://tpaper.my/2p8fwm42
PI : https://tpaper.my/2p8ze53d
PJ : https://tpaper.my/2p8r9xkj
PK : https://tpaper.my/2p8mjnj8
PSV : https://tpaper.my/588n9nv7
MZ : https://tpaper.my/2p8pyhum
PM : https://tpaper.my/pwkdv9xh

TAHUN 3
BM : https://tpaper.my/2p9erh6u
SN : https://tpaper.my/yc8es9x9
MT : https://tpaper.my/2ame2zt7
BA : https://tpaper.my/bdffam9x
PI : https://tpaper.my/2kdwwk7a
PJ : https://tpaper.my/2rst6349
PK : https://tpaper.my/2p92rudp
PSV : https://tpaper.my/yckrt4t6
MZ : https://tpaper.my/bdhuy8rd
PM : https://tpaper.my/yckmwphh

TAHUN 4
BM : https://tpaper.my/bdh2w3fw
BI : https://tpaper.my/w9vhpsa4
SN : https://tpaper.my/2p8pater
MT : https://tpaper.my/yckt9eu8
SJ : https://tpaper.my/59thtsek
BA : https://tpaper.my/ymcs4shn
PI : https://tpaper.my/57yb3rnx
PJ : https://tpaper.my/vhxzvezj
PK : https://tpaper.my/yc5md3xa
PSV : https://tpaper.my/yk8ernjp
MZ : https://tpaper.my/yckkkrst
RBT : https://tpaper.my/d4yb7brj
PM : https://tpaper.my/msyjrk24

TAHUN 5
BM : https://tpaper.my/2pempfdc
BI : https://tpaper.my/mr32aw9u
SN : https://tpaper.my/29saxuvd
MT : https://tpaper.my/2p8hf5fz
SJ : https://tpaper.my/2p85erzb
BA : https://tpaper.my/yc5ddyd6
PI : https://tpaper.my/ycknrpaw
PJ : https://tpaper.my/429eybfx
PK : https://tpaper.my/yc3wbahm
PSV : https://tpaper.my/2p848ft5
MZ : https://tpaper.my/5b3rp6mj
RBT : https://tpaper.my/3s5pt4pa
PM : https://tpaper.my/2p87zua3

TAHUN 6
BM : https://tpaper.my/a6vhtspf
BI : https://tpaper.my/2p87e7bz
SN : https://tpaper.my/2p8kktk5
MT : https://tpaper.my/bdzfmhtr
SJ : https://tpaper.my/h3tdk6n5
BA : https://tpaper.my/yc2c2cnd
PI : https://tpaper.my/2p8sxb
PJ : https://tpaper.my/2p8zzzwt
PK : https://tpaper.my/4846hpjs
PSV : https://tpaper.my/mr2y8uef
MZ : https://tpaper.my/2p9hkysj
RBT : https://tpaper.my/muftbtcm
PM : https://tpaper.my/4yc3x6vm

Photos from Prasekolah Permata Kasih SKJB1's post 14/07/2024

Lawatan Kesihatan 2024
Tq KK SG CHUA & Fak.Kesihatan UKM.

Photos from Malaysia Mendidik's post 09/03/2024
09/03/2024

♥️♥️ PERINGATAN MESRA ❤️❤️
( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk Tahun 1 & prasekolah)

1. Jangan beli barang mahal.
Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk n jadi Monster yang lawan dengan ultraman tuuu...

2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dpt belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna.

3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yg betul. Nak buka zip khususnya....tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye....berjam nak buka tali pinggang nanti silap2 dah basah seluar dulu baru tali pinggang boleh dibuka 🤭

4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah.

5. Ajar anak minum air kosong sebaiknya kurangkan bawa bekal air manis ke sekolah.

6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas join makan tau 😆

7. Potong kuku anak....nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik 🤣

8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya. Kalau hilang....pastikan mak ayah JANGAN suruh cikgu cari 😎

9. Ajar anak jangan lap mulut pd lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa. Bekalkan tuala kecil atau sapu tangan.

10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap. Lepas anak masuk kelas, sebaiknya sila beredar. Kalau nak tunggu sahajalah di kantin sekolah. Kena percaya pada cikgu dan anak. Kalau rasa tak percaya pd cikgu, bawa anak balik rumah 🤭

11. Elakkan mesej cikgu tanya pasal anak ok tak masa waktu persekolahan. Cikgu tak cukup masa nak jawab soalan tak penting. Jangan minta suruh post gambar anak. (Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama)

12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy!

13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja ayang ucuk n segalanya.

14. Pesan pada anak....banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi godzilla 😆

15. Google tarikh persekolahan 2024. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada, shopee dan Tik Tok.

16. Jangan malu jangan segan utk follow up tentang anak dengan cikgu. Nak tnya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai tapi bukan waktu malam ye..cikgu pun ada keluarga yang nak diurus.

17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya....

18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. Jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu)

19. Jemput anak pada masa yang tepat.
Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.

20. No toys. No barang kemas...Hilang cikgu TAK WAJIB cari dan JANGAN whatsapp cikgu suruh cari.

21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah.
Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )

22. Jangan tolong cari kasut anak .
Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.


20/02/2024

📝 PERMOHONAN BAHARU PRASEKOLAH KPM SESI 2025/2026

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2025/2026 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024
https://eprasekolah.moe.gov.my

📆 TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2023 hingga 30 April 2024
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2024

✅ SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

💡 PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

19/01/2024

WaterSplash 🫧 anak pra 2023. Moga menjadi kenangan terindah buat anak²🥰

Photos from Prasekolah Permata Kasih SKJB1's post 12/10/2023

Keseronokan dan keterujaan anak² Prasekolah Permata Kasih SKJB SATU dengan Program : "ILMU UNBOXED! Inspiring young minds towards knowledge, anjuran kerjasama Pelangi Publishing & Emerald East and Southeast Asia di Prasekolah Permata Kasih SKJB1

Ribuan terima kasih kpd wakil En. Norazmir (Pelangi Publishing) dan En. Wan (Emerald Publishing) bersama 10 orang team sukarelawan yg awesome🤩 sudi hadir ke Pra kami yang comel ni☺️ Maaf atas kekurangan dan kesulitan sepanjang program dijalankan.

Terima kasih juga atas sumbangan membina sudut dan semua buku² cerita yg menarik🫶🏻melalui program yg berlangsung. Moga dapat dimanfaatkan oleh anak² prasekolah Permata Kasih SK Jalan Bukit Satu.. InshaAllah kami akan manfaatkan sepenuhnya. Terima kasih! Pelangi & Emerald

Photos from Emerald East and Southeast Asia's post 11/10/2023

TQVM Pelangi Publishing & Emerald Publishing Msia

Photos from Pelangi Publishing's post 11/10/2023

TQVM Pelangi Publishing & Emerald Publishing Msia

Photos from Nature Paradise Garden's post 17/09/2023
16/09/2023

EAT THE RAINBOW!

Tahukah anda, warna pada sayur dan buah adalah disebabkan oleh kandungan berikut?
🍊 Warna kuning atau oren: beta-karotene
🥦 Warna hijau: lutein & zeaxanthin
🍎 Warna merah: lycopene & lutein
🍆 Warna ungu atau biru: anthocyanin

Warna pada sayur dan buah ini sebenarnya memberikan khasiat yang tersendiri. Nak tahu dan rasai khasiatnya? Baca sampai habis dan amalkan 2 sajian buah serta 3 sajian sayur pelbagai warna setiap hari.

Perlis Nutritionist






Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kajang