Mari mencuci pinggan!
1. "Kebersihan itu adalah sebagian dari iman." (HR. Muslim)
Anak-anak Taska melakukan aktiviti mencuci pinggan mangkuk sendiri menggunakan sabun dan span. Aktiviti ini dapat merangsang pergerakan otot tangan dan mendidik anak untuk menjaga adab selepas makan.
2. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak Taska mula mengenal, menunjuk, menyebut, mengambil dan menggunakan peralatan yang biasanya digunakan untuk makan.
Taska dan Tadika Nur Addin
Kami merupakan Taska & Tadika Islam yang beroperasi di Taman Sutera, Kajang, Selangor. Boleh hubungi, 019 - 280 8601 (Cikgu Fauzana).
โ Kelas Guru Rabbaniyyin โ
Pada hari Sabtu yang lalu, seluruh kakitangan Nur Addin menghadiri Kelas Guru Rabbaniyyin yang diadakan di sekitar Sg Ramal, Bangi.
Penyertaan terdiri daripada Guru Taska dan Tadika yang komited menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah SAW dan perintah Allah SWT.
Satu ayat yang paling memberi kesan ialah,
"Bila anak pandai melakukan sesuatu atas didikan guru, kemudian diteruskan hingga dia dewasa dan diajarkan kepada ahli keluarga yang lain, maka pahala yang berterusan seseorang guru akan dapat.."
Bayangkan, betapa banyak pahala yang diterima seorang guru bila mendidik anak-anak tentang Islam.
Insya-Allah jumpa kelas bulan hadapan!
Aktiviti Taska Nur Addin Ceria
1. Memilih makanan bukanlah hanya melihat pada cop halalnya sahaja, namun ibu ayah juga perlu melihat dari sudut baik, suci, bersih, berkhasiat, dan berkualiti.
Dalam aktiviti ini, anak mengenalpasti makanan yang berkhasiat dan kurang berkhasiat. Bila kita terlebih makan yang kurang berkhasiat, perut kita akan sakit sebab terkurang zat yang diperlukan.
2. Rasulullah SAW mengajar kita makan dengan tangan kanan. Namun ada beberapa keadaan yang kita akan menggunakan sudu dan garfu.
Dalam aktiviti ini, anak-anak ditunjuk cara yang betul menggunakan sudu dan garfu sewaktu makan. Anak-anak taska masih belajar cara memegang yang betul, maka dengan aktiviti ini dapat menguatkan otot jari-jemari.
KOTAK MISTERI
1. Menjaga kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Pertama, aspek fizikal, iaitu kebersihan tubuh badan dan persekitaran. Kedua, aspek spiritual iaitu kesucian jiwa.
Dalam aktiviti ini, anak-anak Nur Addin mempelajari cara menjaga kebersihan diri dan alatan keperluannya sekali. Adab masuk dan keluar tandas juga ditekankan.
2. Amalan bersederhana dalam memenuhi keperluan dan kehendak seseorang hamba Allah SWT. Islam mengajar kita tidak melampau (ekstrem) dan tidak p**a terlalu memudah-mudahkan (cuai).
Dalam aktiviti ini, anak-anak dapat membezakan keperluan dan kehendak masing-masing. Contohnya, makanan yang sihat dan mainan yang mahal.
24/04/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐
๐๐ซ๐๐ก๐ฎ โ๐๐ข๐ง
๐ Ustaz Nasharuddin Awang
๐
Ahad, 10 Mei 2026
๐ฐ 8.30 pagi โ 11.00 pagi
๐ Tadika Nur Addin
(https://maps.app.goo.gl/fYiATwjt8amXUetAA)
Assalamualaikum wbt,
Pihak Pengurusan Nur Addin dengan sukacitanya menjemput ibu ayah, warga Taman Sutera dan kawasan sekitar untuk bersama-sama menghadiri Kelas Pengajian Fardhu โAin.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐ช๐ก๐ช๐ก๐ก๐๐ ๐๐ผ๐:
๐๐๐ฃ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ฉ ๐๐ก๐ข๐ช ๐๐ฉ๐ช ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐๐จ ๐จ๐๐ฉ๐๐๐ฅ ๐๐ช๐จ๐ก๐๐ข.
(๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ฌ๐๐ฎ๐๐ฉ ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐)
๐ Dengan menuntut ilmu ini, kita bukan sahaja memperbaiki amal ibadah, bahkan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam menghidupkan majlis ilmu.
**Mohon panjang-panjangkan iklan ini agar lebih ramai yang dapat hadir. Terima kasih ๐ค
Tajuk Hadith ;
Tubuh Badan Adalah Amanah
Huraian ringkas ;
1. Menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT seperti Solat Fardhu, puasa Ramadan, dan menjauhi larangan-Nya.
2. Hak jasad fizikal ialah makan, minum dan rehat. Manakala hak jiwa/emosi atau mental, seseorang itu perlu memberi ketenangan kepada jiwa dan tidak membebankan diri dengan tekanan luar kemampuan.
3. Menjaga hubungan sosial dan adab bermasyarakat.
4. Memberi masa, perhatian, kasih sayang, serta nafkah kepada pasangan dan anak-anak.
Kesimp**annya, dalam Islam, ibadah yang paling sempurna bukan terletak pada kuantiti semata-mata, tetapi pada kebijaksanaan (hikmah) menyusun keutamaan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua! ๐ค
Hari Jumaat yang lalu, anak-anak Taska dan Tadika Nur Addin telah menjalani pemeriksaan gigi yang diuruskan oleh Klinik Pergigian Sg Chua.
Aktiviti tahunan ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai gigi, dan seterusnya disambung dengan pemeriksaan gigi.
Selesai keduanya, anak-anak diajar cara mengosok gigi yang betul dengan menggunakan berus gigi sendiri.
Semoga dengan aktiviti ini dapat menyemai rasa seronok menjaga kesihatan terutamanya kesihatan gigi bagi mengelakkan gigi rosak pada usia muda.
Terima kasih atas kerjasama semua ๐ค
23/04/2026
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Happy Birthday To You โฅ
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Happy Birthday To You โฅ
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Happy Birthday To โฅ
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Muhammad Hamdee Mohammad Huzree โฅ
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Happy Birthday To You โฅ
Kami di Nur Addin mendoakan agar Hamdee diberi kefahaman dalam setiap pembelajaran, mudah mengingat dan menghafal serta menjadi anak soleh yang berbakti buat Ibu Ayah.
Aamiin YRA ๐คฒ
- Media Nur Addin
Recap Syawal 2026 ๐
Syukur, Alhamdulillah.
Syawal ini mengeratkan ukhuwwah antara guru, anak-anak Taska & Tadika, anak-anak KeMQ, Ibu Ayah dan jiran tetangga.
Semoga ukhuwwah ini hingga ke Syurga-Nya. Aamiin YRA ๐คฒ
Media Nur Addin
Assalamualaikum wbt.
Dijemput Ibu Ayah untuk menonton video Sambutan Hari Raya Tadika dan Taska Nur Addin yang diadakan pada hari khamis yang lalu.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Ibu Ayah yang sudi berkongsi rezeki dan menjayakan majlis kecil-kecilan ini.
Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan kita semua dunia dan akhirat. Aamiin YRA ๐คฒ
Jangan lupa LIKE ya!
TQ ๐ค
Media Nur Addin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Taman Sutera
Kajang
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 18:00 |
| Tuesday | 07:00 - 18:00 |
| Wednesday | 07:00 - 18:00 |
| Thursday | 07:00 - 18:00 |
| Friday | 07:00 - 18:00 |