Yayasan Maghfirah

Yayasan Maghfirah No pendaftaran Yayasan : PPAB-04/2018
(14)

10/08/2026

Tahukah anda tentang fakta ini?

Dah lama rupanya Yayasan Maghfirah berkolaborasi bersama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tahun ni kira-kira tahun ke berapa ya? yang mana tahu cuba komen 😁

10/08/2026

MasyaAllah!!!
Gembira hati kita bila apa yang kita berikan kepada mereka yang memerlukan digunakan dan dijaga dengan baik.

Terima kasih para penyumbang.

SEDEKAH SUBUHSenyuman mereka begitu bermakna apabila akhirnya dapat memegang Al-Quran baharuAyuh bantu mereka dapatkan A...
09/08/2026

SEDEKAH SUBUH

Senyuman mereka begitu bermakna apabila akhirnya dapat memegang Al-Quran baharu

Ayuh bantu mereka dapatkan Al-Quran yang sempurna untuk mengaji

YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB: 860 3221 427
Sila tuliskan reference "QURANSALAM9"

atau
klik link: https://ezy.la/INFAKQURANAFRIKASALAM

Ikuti Tiktok Misi Dakwah Afrika: https://www.tiktok.com/.afrika

Kenapa Perigi Ini Menggunakan Tenaga Solar? Bagi penduduk di pedalaman Uganda, mendapatkan air bersih untuk keperluan ha...
08/08/2026

Kenapa Perigi Ini Menggunakan Tenaga Solar?

Bagi penduduk di pedalaman Uganda, mendapatkan air bersih untuk keperluan harian bukanlah sesuatu yang mudah. Air diperlukan untuk minum, memasak, berwuduk dan menjaga kebersihan diri.

Atas keperluan ini, Yayasan Maghfirah berusaha membina sebuah Perigi Solar bagi memudahkan komuniti setempat mendapatkan bekalan air bersih.

Sistem ini menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk menggerakkan pam yang membawa air dari dalam tanah ke tempat pengumpulan. Penduduk tidak lagi perlu mengepam air secara manual, sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Dengan akses air yang lebih mudah, urusan harian mereka juga dapat menjadi lebih ringan. Semoga setiap titisan air yang dimanfaatkan menjadi pahala yang terus mengalir buat para penyumbang.

Jom bersama jayakan Perigi Solar Uganda:
https://ezy.la/INFAKPERIGIUGANDA

SEDEKAH SUBUHHari ini kita kenyang dengan rezeki sendiri, semoga ada bahagian rezeki kita yang mengenyangkan saudara lai...
06/08/2026

SEDEKAH SUBUH

Hari ini kita kenyang dengan rezeki sendiri, semoga ada bahagian rezeki kita yang mengenyangkan saudara lain

Ayuh bantu rakyat Uganda dapatkan barangan asas untuk keperluan hidup mereka

YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB: 860 3221 427
Sila tuliskan reference "BAAS9"

atau
klik link: https://yayasanmaghfirah.com/order/form/311

Ikuti Tiktok Misi Dakwah Afrika: https://www.tiktok.com/.afrika

Satu Naskhah, Beribu GanjaranAlhamdulillah, hasil infak daripada tuan/puan, 150 naskhah Al-Quran telah berjaya diagihkan...
05/08/2026

Satu Naskhah, Beribu Ganjaran

Alhamdulillah, hasil infak daripada tuan/puan, 150 naskhah Al-Quran telah berjaya diagihkan kepada Sekolah Kebangsaan Tiara Permai bagi kegunaan para pelajar.

Mungkin hanya beberapa minit untuk berinfak, tetapi pahala daripada setiap huruf Al-Quran yang dibaca akan terus mengalir dengan izin Allah.

Hari ini, ramai pelajar masih memerlukan naskhah Al-Quran yang sempurna untuk pembelajaran, hafazan dan tadarus.

Jom bersama Yayasan Maghfirah menyebarkan cahaya Al-Quran kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap helaian yang dibaca menjadi saham akhirat buat kita semua. 🤲

📌Mari infak al-Quran bersama kami
Klik: https://ezy.la/INFAQQURANBARU

SEDEKAH SUBUHSetiap sumbangan kepada pembinaan perigi adalah titisan harapan yang tidak pernah terhentiAyuh bantu mereka...
04/08/2026

SEDEKAH SUBUH

Setiap sumbangan kepada pembinaan perigi adalah titisan harapan yang tidak pernah terhenti

Ayuh bantu mereka dapatkan air bersih dengan membina perigi solar.

YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB: 860 3221 427
Sila tuliskan reference "PERIGISALAM9"

atau
klik link: https://ezy.la/INFAKPERIGIUGANDA

Ikuti Tiktok Misi Dakwah Afrika: https://www.tiktok.com/.afrika

MUSIM PANAS, AIR BERSIH SEMAKIN SUKAR DIDAPATIApabila musim panas melanda beberapa kawasan di Afrika, sumber air mula me...
04/08/2026

MUSIM PANAS, AIR BERSIH SEMAKIN SUKAR DIDAPATI

Apabila musim panas melanda beberapa kawasan di Afrika, sumber air mula menyusut. Di Uganda juga akan terkesan kerana ada keluarga yang akhirnya terpaksa mengambil air daripada sumber yang keruh dan tercemar untuk diminum serta digunakan dalam kehidupan harian.

Air yang tidak selamat boleh membawa bakteria dan meningkatkan risiko cirit-birit, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Bagi tubuh mereka yang masih kecil, kehilangan air akibat cirit-birit boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan mengalami dehidrasi.

Mereka bukan tidak mahu menggunakan air yang bersih. Namun apabila sumber air yang selamat berada jauh atau tidak tersedia, air yang ada di hadapan mata menjadi satu-satunya pilihan.

Melalui penyediaan sumber air bersih iaitu perigi solar, kita dapat membantu mereka memperoleh air yang lebih selamat untuk diminum setiap hari, sekali gus mengurangkan risiko penyakit bawaan air.

Klik link di bawah untuk menyumbang:
https://ezy.la/INFAKPERIGIUGANDA

📌SERTAI KAMI !  ; PELUANG PEKERJAAN DI YAYASAN MAGHFIRAH📌JAWATAN: PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN Kemahiran dan ciri-ciri ...
04/08/2026

📌SERTAI KAMI ! ; PELUANG PEKERJAAN DI YAYASAN MAGHFIRAH📌

JAWATAN: PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN

Kemahiran dan ciri-ciri yang diperlukan:
1. Memliki sekurang-kurangnya Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Marketing /
Business / Customer Service atau yang berkaitan.
2. Memiliki pengalaman dalam bidang CRM adalah satu kelebihan.
3. Mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian computer seperti Words, Excel,
Whatsapp dan Emel.
4. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang baik.
5. Boleh bekerja dalam pasukan, menerima tekanan dan bekerja dengan pemantauan
yang minima.

Skop Tanggungjawab dan Tugasan:
1. Melaksanakan strategi yang diturunkan dengan merancang dan menyusun gerak kerja
pengurusan perhubungan penyumbang menggunakan pelbagai platform.
2. Merancang dan menghasilkan bahan kreatif dalam bentuk poster dan video serta
copywriting yang bersesuaian dengan segmen data penyumbang.
3. Meningkatkan kadar pengekalan dan nilai seumur hidup penyumbang.
4. Memastikan pelaksanaan perhubungan dengan penyumbang pada waktu-waktu yang
bersesuaian sepanjang masa termasuk di luar waktu pejabat.
5. Memastikan KPI bulanan individu dan pasukan dapat dicapai seperti yang ditetapkan
oleh pihak pengurusan.
6. Menyimpan dan menyusun data penyumbang di dalam sistem jika diminta.
7. Menyempurnakan pelaporan individu secara harian seperti yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan.
8. Bekerjasama dengan pasukan atau jabatan lain bagi memastikan objektif dan strategi
keseluruhan Yayasan dapat diselaraskan.
9. Mematuhi polisi, prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan.
10. Melakukan tugasan-tugasan lain yang dirasa sesuai oleh pihak pengurusan.

Manfaat Lain:
Latihan Kemahiran & Penginapan Pekerja disediakan (tertakluk kepada kekosongan)

Tempat bekerja:
Pejabat Yayasan Maghfirah
No.7, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000, Kajang, Selangor

Cara memohon:
1. Sila isi borang Permohonan Kerja di bawah
(https://yayasanmaghfirah.org/borang-permohonan-kerjaya-2024/)
2. Sertakan bersama resume anda

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Jabatan Sumber Manusia: 019-2782494

Address

No 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60387401193

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Maghfirah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Maghfirah:

Shortcuts

Share