16/09/2026
πβ½ TAHNIAH SEPUTRA FC U8 β NAIB JOHAN! π¦
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat keluarga besar SK Bandar Seri Putra! π§‘
Pasukan Seputra FC U8 telah mempamerkan semangat juang yang cukup hebat dalam AGESMY Malaysia Day Football β Under 8 yang berlangsung pada 16 September 2026.
π₯ Dalam aksi Separuh Akhir Cup, anak-anak Seputra FC U8 tampil cemerlang menewaskan Future Star FC 3β1, sekali gus melangkah penuh bergaya ke FINAL CUP!
π FINAL CUP
PC Kajang 4 β 0 Seputra FC U8
Walaupun terpaksa akur kepada PC Kajang dalam perlawanan akhir, kejayaan mara sehingga ke Final Cup dan muncul sebagai NAIB JOHAN merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, khususnya buat Seputra FC U8 yang baru sahaja ditubuhkan. π
π Syabas dan tahniah kepada semua pemain Seputra FC U8 atas semangat, disiplin dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
π Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Pn. Noridah binti Abdul Aziz serta PK Kokurikulum, Pn. Zurita binti Ibrahim, yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan dorongan kepada pasukan Seputra FC untuk terus berkembang dan mencipta kejayaan.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada barisan jurulatih, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa berada di belakang pasukan serta memberikan sokongan padu kepada anak-anak Seputra. β€οΈβ½
Kejayaan ini bukan sekadar tentang pingat atau keputusan perlawanan, tetapi tentang pengalaman, keyakinan, semangat berpasukan dan keberanian untuk bersaing.
Hari ini Naib Johan, insya-Allah esok kita terbang lebih tinggi! π¦
π₯
SEPUTRA FC
π¦
SEPUTRA SOAR LIKE AN EAGLE π¦