Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS

Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS

Share

Jom FOLLOW, LIKE & SHARE untuk lebih informasi terkini tentang Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS

Jom FOLLOW, LIKE & SHARE untuk lebih informasi terkini tentang Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS

#jommasukFPPIKUIS

19/02/2026

BELASUNGKAWA

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI UIS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohammad Radzi Zamin bin Musa, Juruteknik Komputer, Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2026 (Khamis).

Kami menjadi saksi segala kebaikan Allahyarham sepanjang hayatnya. Seorang rakan kerja yang sangat menyenangkan, baik pekerti dan sentiasa membantu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

19/02/2026

AHLAN YA RAMADAN 1447H✨🌙

19 Februari 2026 | 1 Ramadan 1447H

Assalamualaikum W.B.T,

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

“Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
[Riwayat al-Bukhari (1899) & Muslim (1079)]

Kami daripada Pengurusan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga fakulti.

Semoga Ramadan ini menjadi medan penyucian jiwa, pengukuhan iman dan peningkatan amal soleh buat kita semua.

✨ رمضان كريم
✨ تقبل الله منا ومنكم

FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM (FPPI)
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Photos 16/02/2026

Alhamdulillah.. Tahniah UIS.. Semoga terus cemerlang dan mencapai ranking TOP 5 p**a selepas ini..aamiin

16/02/2026

SEKALUNG TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN SYEIKH AL-MUQRI'

Seluruh warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shahir bin Masdan, Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat (JTQQ) atas penganugerahan Syeikh Al-Muqri' daripada kerajaan Negeri Selangor.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang al-Quran, khususnya dalam pengajian dan pengajaran qiraat serta pemerkasaan ilmu tajwid dalam kalangan masyarakat. Keilmuan, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau menjadi inspirasi serta contoh teladan kepada para asatizah dan para pelajar.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus menyemarakkan lagi usaha memartabatkan al-Quran serta melahirkan generasi celik al-Quran yang berakhlak mulia.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Photos from Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS's post 16/02/2026

Pada 20 hingga 23 Januari 2026, Dato' Menteri Besar Selangor telah merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/2026M yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Acara ini bertujuan memartabatkan syiar Islam dan melahirkan huffaz serta qari/qariah berkualiti.

Seluruh warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam ingin mengucapkan tahniah & syabas kepada mahasiswi FPPI atas kejayaan memperoleh keputusan yang cemerlang pada majlis tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori Hafazan:

JOHAN (Juz 1-30)
HUMAIROURROHMAH BINTI MASTOR (24BI02043)
ISM al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
*mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan

NAIB JOHAN (Juz 1-20)
NUR FARIKHAH SOLIKHAH BINTI MOHD ABD LATIF HILMI (24BI02046)
ISM al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)

TEMPAT KETIGA (Juz 1-30)
SITI KHADIJAH BINTI ANUAR (23BI04003)
ISM al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)

TEMPAT KETIGA (Juz 1-20)
AYU NUR BALQIS BINTI AMERHAMZAH (241104)
Diploma Pengajian Bahasa al-Quran

16/02/2026

Syabas & Tahniah diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaid Shamshul Kamar, pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat (JTQQ) atas pelantikan sebagai Ketua Unit Jaminan Kualiti FPPI.

Unit Jaminan Kualiti FPPI bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau perkara-perkara berkaitan penjaminan kualiti program pengajian yang ditawarkan di fakulti.

Semoga segala usaha murni dan sokongan akan sentiasa mendapat barakah dari Allah SWT.

Photos from Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS's post 05/12/2025

Tahniah dan syabas!

Pihak Pengurusan serta seluruh warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Suriani binti Sudi atas penganugerahan Anugerah Buku Negara 2024–2025 bagi Kategori Umum & Khas: Buku Agama dan Kerohanian melalui karya bertajuk:

“Elemen Kecerdasan Spiritual Islam untuk Pemimpin Belia”

Pengiktirafan ini amat bermakna dan menyerlahkan kecemerlangan Dr. Suriani dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan sumbangan ilmiah kepada masyarakat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPPI untuk terus berkarya, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ilmu.

FPPI berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar Dr. Suriani terus dikurniakan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Photos from Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS's post 02/12/2025

Seluruh warga FPPI UIS ingin mengucapkan Syabas & Tahniah kepada 4 orang pelajar FPPI yang telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program Fakulti Pengajian Peradaban Islam bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda. Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih diucapkan juga kepada Azzuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. atas kesudian menaja pelajar-pelajar terbaik tersebut. Sesuai dengan moto syarikat " Menyantuni Dengan Hati ", seluruh warga FPPI amat berharap agar jalinan ukhuwah yang terjalin ini kekal berpanjangan dan menjadi amal jariah di masa hadapan. Syukran jazakumullah khairal jaza'

24/11/2025

Seluruh warga FPPI UIS mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM bertulis kepada 413,372 pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia yang akan bermula pada 25 November sehingga 23 Disember 2025.

Ya Allah, permudahkanlah urusan pelajar-pelajar SPM dalam menjawab setiap soalan, lapangkanlah dada mereka dengan ketenangan, berikanlah kefahaman yang mendalam, ingatan yang tajam dan ilham yang benar. Jadikanlah peperiksaan ini sebagai jalan untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat, serta sebagai asbab untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. آمِيْن.

Bittaufiq Wannajah, Allahu Yuftah 'Alaikum Fil Imtihan

Photos from Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS's post 16/11/2025

🎓✨ 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗷𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!

𝗝𝗼𝗺 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗙𝗮𝗸𝘂𝗹𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗙𝗣𝗣𝗜) di 𝗨𝗜𝗦! 🌙📖

FPPI menawarkan bidang pengajian Islam yang komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa menggabungkan ilmu tradisional, teknologi, dan pembangunan insan.

📚 Antara bidang pengajian yang ditawarkan:
✨ Usuluddin dengan Multimedia
✨ Al-Quran dan Al-Qiraat
✨ Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan
✨ Pengajian Islam (Bahasa Arab dengan Multimedia)
✨ Pengajian Bahasa Al-Quran
✨ Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan)

💻 Kurikulum berasaskan integrasi ilmu dan nilai Islam
🕌 Diterajui tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa
🌏 Melahirkan generasi ilmuwan Islam yang seimbang dan berdaya saing

📌 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!
Mohon sekarang 👉 www.uis.edu.my

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00