03/05/2026
Segalanya menggunakan kaedah dan modul e-Xra (BM & BI)
Kaedah SPLC & Kafa untuk Jawi
Sejak 2008, masa tu anak yang sulung berumur 4 tahun. Tchr Zue mengajar anak2 dirumah. Sangat membantu anak2 Cepat Membaca. Kaedah yang betul, pasti hasilnya berbaloi!
Modul e-Xra sudah lebih 20tahun di pasaran. Mendapat pengiktirafan dari Kementerian Sains dan Teknologi (Golden Medal) untuk kaedah inovatif Cepat Membaca
Bermulalah awal menghantar anak2 ke Kelas Cepat Membaca
Tiada rugi pun. Malah anak2 kita akan lebih yakin melangkah ke alam sekolah rendah
InsyaAllah 👍🏻😃
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja!
❤️
Moga Allah sentiasa hadirkan ikhlas dan kesungguhan buat kita semua untuk terus berbuat kebaikan melalui apa jua bidang pekerjaan
Aamiin3x Ya Rabbal A'alamiin
18/04/2026
“4 bulan je… dari tak lancar, terus habis satu modul Jawi.”
Bunyi macam mustahil kan?
Tapi inilah yang berlaku pada seorang anak berumur 9 tahun.
Namanya Azzahra Nur
Masuk kelas Januari 2026
Dan untuk bulan ini, April 2026
Dia akan tamat modul Jawi sepenuhnya.
Bukan sekadar habis silibus. Tetapi bacaan dia sekarang
lancar dan yakin.
Dulu mungkin membaca perlahan. Hari ini, Azzahra sudah boleh membaca buku cerita Jawi untuk melatih kelancaran
Bayangkan perubahan itu. Dari belajar sambung huruf satu persatu, kini boleh membaca ayat dengan lebih yakin
Yang lebih menarik…
Dalam penulisan, Azzahra sudah mampu:
✔ Menyambung huruf Jawi dengan baik
✔ Menulis dengan kemas dan teratur
Cuma sekarang, dia sedang naik ke level seterusnya —
belajar tukar Rumi → Jawi dengan lebih tepat
Dan ini sebenarnya normal
Sebab bila asas sudah kuat, anak akan mula belajar kemahiran yang lebih tinggi.
Yang buat kami paling gembira ..
Dalam laporan kali ini, ada satu bahagian kosong.
👉🏻 Kelemahan: Tiada
Bukan bermaksud Azzahra sempurna
Tetapi kerana asasnya sudah cukup kuat,
sehingga tiada kelemahan besar yang menghalang dia untuk terus maju
Inilah hasil bila anak dibimbing dengan:
✨ Teknik yang betul
✨ Latihan berperingkat
✨ Pengulangan yang konsisten
Di SPLC, kami percaya
Anak yang diberi asas yang kuat, bukan sahaja boleh membaca
Tetapi boleh menguasai Jawi dengan yakin. Hari ini Azzahra sudah tamat modul
Esok, mungkin giliran anak tuan puan p**a.
Jika anak tuan puan:
📌 masih belum lancar membaca Jawi
📌 keliru sambungan huruf
📌 belum yakin menulis Jawi
Kami sedia bantu dari asas sehingga anak betul-betul boleh membaca & menulis dengan yakin.
📩 PM kami untuk maklumat Kelas Cepat Membaca Jawi SPLC.
Kerana kadang-kadang…
Perubahan besar seorang anak,
bermula dengan keputusan kecil ibu bapa hari ini. ✨
16/04/2026
“Anak baru 4 tahun… tapi saya sudah mula risau tentang Darjah 1.”
Itulah mesej yang kami terima daripada seorang ibu baru-baru ini.
Bila baca mesej itu jujur kami rasa sebak.
Seorang ibu yang anaknya baru 4 tahun.
Tapi fikirannya sudah jauh sampai ke Darjah 1 .. Kenapa?
Kerana sekarang…
anak 6 tahun sudah boleh masuk Darjah 1.
Sedangkan dulu…
umur 7 tahun baru masuk sekolah rendah.
Perubahan kecil pada sistem ini
rupanya memberi kesan besar kepada hati ibu bapa.
Ramai yang mula rasa risau.
“Anak saya sempat ke belajar membaca?”
“Nanti masuk sekolah… boleh ikut tak?”
“Kalau anak lain dah laju membaca macam mana?”
Hakikatnya…
Ramai ibu bapa sebenarnya bukan mahu anak mereka jadi genius.
Mereka cuma mahu satu perkara.
Supaya anak mereka tidak tercicir.
Itu sahaja.
Sebab bila anak masuk sekolah tanpa asas membaca…
Hari pertama mungkin masih okay.
Minggu pertama masih boleh ikut.
Tetapi bila pelajaran semakin laju…
Anak mula diam dalam kelas.
Kurang angkat tangan.
Kurang bercakap.
Bukan sebab mereka malas.
Tetapi kerana mereka sudah mula rasa tertinggal.
Sebab itu sekarang semakin ramai ibu bapa mula bertanya lebih awal.
Ada yang anak 5 tahun.
Ada yang 4 tahun.
Mereka datang bukan kerana panik semata-mata.
Tetapi kerana mereka mahu bersedia lebih awal untuk anak.
Di SPLC, kami selalu beritahu ibu bapa satu perkara:
Setiap anak boleh belajar membaca.
Cuma ada anak yang perlu bermula sedikit lebih awal…
supaya bila masuk sekolah nanti, mereka tidak rasa takut.
Sebaliknya mereka rasa yakin. Bayangkan hari pertama anak masuk sekolah Cikgu suruh baca.
Dan anak boleh baca dengan yakin.
Itulah saat yang paling menggembirakan bagi seorang ibu bapa.
Kerana membaca bukan sekadar kemahiran.
Ia adalah kunci pertama kepada dunia pembelajaran anak.
Jika anak tuan puan:
📌 sudah umur 4 – 6 tahun
📌 ibu bapa mula risau tentang persediaan Darjah 1
📌 mahu anak ada asas membaca lebih awal
Kami di SPLC sedia membantu.
📩 PM kami untuk maklumat Kelas Persediaan Membaca SPLC.
Kerana kadang-kadang…
Apa yang ibu bapa perlukan bukanlah anak yang paling cepat.
Tetapi anak yang cukup bersedia bila tiba waktunya.
15/04/2026
Kadang-kadang satu mesej WhatsApp boleh buat kami terdiam lama…
Petang itu masuk satu mesej daripada seorang ayah.
“Salam puan… saya Amir Azir, parent Wazif.
Dulu Wazif pernah attend SPLC… sekarang dia dah Form 2.”
Bila baca ayat itu, terus kami teringat seorang anak kecil yang pernah duduk di kelas membaca suatu ketika dulu.
Masa itu Wazif ...
Masih belajar kenal huruf.
Masih mengeja perlahan.
Masih cuba membina keyakinan untuk membaca.
Hari ini anak yang sama sudah Tingkatan 2. Dan ayahnya berkongsi satu berita yang buat hati kami benar-benar sebak.
Wazif sekarang s**a membaca buku.
Bukan itu sahaja…
Dia juga menerima Anugerah Bintang Tokoh NILAM PPKI di sekolahnya.
MasyaAllah… Tabarakallah.
Bayangkan perjalanan seorang anak…
Dari seorang yang sedang belajar membaca,
hingga menjadi seorang yang mencintai buku.
Itulah sebenarnya impian setiap ibu bapa.
Bukan sekadar anak boleh membaca.
Tetapi anak yang s**a membaca.
Yang lebih menyentuh hati…
Encik Amir bukan sekadar berkongsi khabar gembira tentang anaknya. Beliau juga memberitahu bahawa sekarang beliau mewakili PIBG sekolah di Putrajaya.
Dan ada beberapa ibu bapa lain yang sedang mencari kelas cepat membaca untuk anak mereka.
Lalu beliau bertanya dengan penuh baik:
“Boleh saya kongsikan nombor cikgu kepada parents lain?”
Saat itu kami sedar satu perkara…
Kadang-kadang hasil didikan bertahun-tahun dahulu akan kembali kepada kita dalam bentuk kepercayaan.
Seorang ayah yang pernah melihat perubahan pada anaknya…
Hari ini datang kembali,
bukan untuk dirinya sahaja.
Tetapi untuk membantu anak-anak orang lain p**a.
Terima kasih Encik Amir.
Dan tahniah buat Wazif.
Anak yang hebat.
Ibu ayah yang hebat.
Di SPLC, kami sentiasa percaya satu perkara:
Setiap anak yang belajar membaca hari ini…
Mungkin suatu hari nanti akan menjadi anak yang mencintai ilmu.
an mungkin juga satu hari nanti…
Mereka p**a yang akan membantu anak-anak lain belajar membaca.
Jika anak tuan puan:
📌 masih belum lancar membaca
📌 kurang yakin bila membaca
📌 perlukan bimbingan asas membaca
Kami di SPLC sedia membantu.
📩 PM kami untuk maklumat Kelas Cepat Membaca SPLC.
Kerana kadang-kadang…
Perjalanan seorang anak yang bermula dengan satu huruf,
akan membawa mereka ke masa depan yang luar biasa.
14/04/2026
“Anak saya dah 6 tahun… tapi masih belum lancar membaca. Sempat ke nak masuk sekolah nanti?”
Soalan ini… mungkin sedang bermain dalam hati ramai ibu bapa di luar sana.
Hari ini kami nak kongsikan satu kisah kecil. Kisah seorang anak perempuan berumur 6 tahun.
Seorang anak yang ceria, peramah dan s**a bercerita.
Namanya, kita panggil sahaja Fatimah.
Hari pertama masuk kelas…
Fatimah sebenarnya sudah kenal huruf A sampai Z.
Nampak seperti tiada masalah.
Tapi bila huruf itu ditunjukkan secara rawak, dari situ dia mula keliru.
Bila masuk ke bahagian membaca, dia boleh baca suku kata a – za dengan lancar.
Namun masih tersangkut pada bunyi yang hampir sama:
“nya” .. “nga” .. “sya”
Kadang-kadang tertukar.
Kadang-kadang perlu ulang beberapa kali.
Dan satu perkara yang sangat biasa berlaku pada kanak-kanak seusia ini, Fatimah juga masih pelat huruf “R”.
Tapi yang buat kami tersenyum…
Walaupun ada kekeliruan,
Fatimah tidak putus asa.
Dia dengar arahan cikgu dengan baik. Dia cuba ulang semula. Dia fokus.
Dan setiap kali dia berjaya sebut dengan betul, wajahnya terus ceria.
Hakikatnya ibu bapa…
Ramai anak yang berada di fasa seperti Fatimah:
• kenal huruf tetapi belum benar-benar kukuh
• boleh membaca tetapi masih keliru suku kata tertentu
• perlukan pengulangan untuk benar-benar ingat
Dan itu bukan kelemahan. Itu adalah proses belajar membaca.
Di SPLC, kami tidak paksa anak untuk terus laju. Kami bantu mereka kuasai asas satu demi satu.
✔ Kenal huruf bukan sekadar hafal, tetapi kenal bentuk
✔ Latihan suku kata secara berperingkat
✔ Teknik ulangan (repetition) supaya anak cepat ingat
✔ Bimbingan yang sabar mengikut kemampuan anak
Kerana kami percaya…
Anak yang dibimbing dengan cara yang betul akan membaca dengan lebih yakin, bukan sekadar laju.
InsyaAllah…
Fatimah yang hari ini masih keliru “nga” dan “nya” akan menjadi anak yang membaca dengan lancar satu hari nanti.
Dan mungkin…
Dia juga akan masuk sekolah dengan lebih yakin dan berani.
Jika anak tuan puan:
📌 sudah kenal huruf tetapi belum lancar membaca
📌 mudah keliru suku kata
📌 perlukan bimbingan asas sebelum masuk sekolah
Kami di SPLC sedia membantu.
📩 PM kami untuk maklumat Kelas Cepat Membaca SPLC.
Kerana setiap anak…
berhak diberi peluang untuk berjaya membaca dengan yakin. ❤️
30/03/2026
Lepas Raya ni jom hantar anak2 IbuAyah ke KELAS CEPAT MEMBACA SPLC 🖐🏻
Daripada takder buat apa waktu pagi dan petang hari biasa tu kan, mari sini Teacher Zue asah kemahiran membaca dan menulis anak2 IbuAyah
Yang masih belum kenal huruf, haaa Teacher Zue akan fokus lebih. Sebab, huruf WAJIB kenal tauuuu. Jika tidak, bagaimana nanti nak mahir menulis p**a? Betul tak?
Wassap Teacher Zue OK! 👌🏻😃
26/03/2026
“Anak saya boleh baca… tapi kenapa masih selalu keliru?”
Itulah ayat yang paling kerap kami dengar daripada ibu bapa.
Di depan orang, anak nampak seperti sudah boleh membaca
Huruf kenal, perkataan boleh sebut. Tetapi bila masuk ke bahagian sukukata yang hampir sama
“on” .. “ong” .. “an” .. “ang”
…anak mula berhenti seketika. Mata pandang buku lama. Cuba ingat semula, cuba sebut perlahan-lahan
Bukan sebab mereka tidak pandai. Tetapi kerana otak mereka masih sedang belajar membezakan bunyi yang hampir sama
Inilah fasa yang ramai ibu bapa tidak nampak.
Fasa di mana anak sebenarnya sedang berusaha keras untuk menjadi pembaca yang betul-betul lancar
Kami pernah lihat sendiri…
Bila seorang anak mula faham perbezaan bunyi sukukata,
dan akhirnya berjaya membaca satu petikan cerita dengan betul
Wajahnya berubah.
Ada senyuman kecil.
Ada rasa bangga yang s**ar digambarkan.
Kerana bagi seorang anak…
berjaya membaca dengan betul adalah satu kemenangan besar
Hakikatnya, ramai anak yang:
* boleh membaca tetapi masih keliru sukukata
* perlukan masa untuk kenal bunyi yang hampir sama
* perlu ulang bacaan beberapa kali untuk benar-benar ingat
Dan itu sangat normal dalam proses belajar membaca
Di SPLC, kami tidak paksa anak membaca laju. Kami bantu mereka kuasai asas satu demi satu.
✔ Ulang sukukata yang hampir sama sehingga jelas
✔ Latihan membaca petikan cerita berulang
✔ Aktiviti menulis sambil menyebut bunyi dengan betul
✔ Teknik supaya anak tidak mudah keliru
Bila asas ini kuat…
Barulah bacaan anak akan jadi lebih lancar dan yakin
Percayalah…
Anak yang hari ini masih keliru antara
“on” dan “ong”
Suatu hari nanti akan membaca buku cerita tanpa berhenti
Kerana membaca bukan tentang siapa paling cepat. Tetapi tentang siapa yang dibimbing dengan cara yang betul.
Jika anak tuan puan:
📌 boleh membaca tetapi masih keliru sukukata
📌 mengambil masa untuk lancar membaca
📌 mudah tertukar bunyi huruf
Mungkin mereka hanya perlukan latihan asas yang lebih tersusun
📩 PM kami untuk maklumat Kelas Cepat Membaca SPLC
Kerana bila seorang anak akhirnya boleh membaca dengan yakin, keyakinan dirinya juga akan berubah selama-lamanya
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua! 🤝🏻❤
Dari kami warga SPLC
Jaga diri OK
Jaga kesihatan
Berhati2 walau di mana jua anda berada
Assalamualaikum w.b.t
13/03/2026
Ada satu perkara yang buat hati kami benar-benar tersentuh hari ini…
Seorang anak duduk di hadapan buku…
Memandang huruf “a” dan “ba” dengan penuh usaha…
Seolah-olah sedang cuba membuka satu dunia yang masih terkunci untuknya.
Bagi kita orang dewasa, huruf itu terlalu mudah.
Tapi bagi sesetengah anak…
Huruf kecil itulah perjuangan yang sangat besar.
Setiap kali disebut semula…
“a…”
“ba…”
Dia cuba mengingat.
Dia cuba menyebut.
Dia cuba lagi.
Kadang-kadang keliru.
Kadang-kadang terlupa.
Tapi yang buat kami sebak…
Dia tak pernah berhenti mencuba.
Walaupun perlahan…
Walaupun perlu dibimbing berulang kali…
Anak ini tetap duduk, tetap fokus, tetap mahu belajar membaca.
Dan bila dia berjaya menulis satu huruf dengan kemas…
Wajahnya berubah.
Ada rasa bangga kecil yang mungkin orang lain tak nampak…
Tapi bagi seorang anak yang sedang belajar membaca,
itu adalah satu kemenangan besar.
Hakikatnya…
Di luar sana masih ramai anak yang:
* mengenal huruf tetapi belum lancar membaca
* keliru bunyi huruf asas
* perlukan bimbingan berulang untuk perkataan mudah
Bukan sebab mereka malas.
Bukan sebab mereka tidak pandai.
Tetapi kerana asas membaca mereka belum benar-benar kukuh.
Sebab itu di SPLC, kami tidak melihat anak-anak ini sebagai “lemah”.
Kami melihat mereka sebagai anak yang sedang berjuang membuka pintu ilmu.
Dan setiap huruf yang mereka kuasai…
Setiap perkataan yang mereka berjaya baca…
Itu adalah langkah pertama menuju keyakinan diri.
Percayalah…
Dengan bimbingan yang betul, latihan yang konsisten,
dan sedikit kesabaran daripada ibu bapa…
Anak yang hari ini masih keliru “a dan ba”
insyaAllah satu hari nanti akan mampu membaca seluruh buku cerita dengan yakin.
Kerana setiap pembaca hebat di dunia ini…
Bermula dari satu huruf yang mereka belajar dengan susah payah.
Jika anak tuan puan:
📌 masih mengeja perlahan
📌 mudah keliru huruf
📌 kurang yakin membaca
Jangan risau.
Masih belum terlambat untuk bantu mereka.
Kami di SPLC sedia membantu anak tuan puan menguasai asas membaca dengan teknik yang mudah, sabar dan berperingkat.
📩 PM kami untuk maklumat kelas.
Kerana bagi seorang anak…
Bila dia akhirnya boleh membaca…
dunia dia akan berubah selama-lamanya. ❤️
Tekan link di bawah sekarang untuk info Kelas Cepat Membaca SPLC:
https://wa.me/60193206554
Bandar Baru Bangi
https://wa.me/60192402921
Prima Saujana Kajang
07/03/2026
Nuzul Al-Quran ialah peristiwa suci turunnya wahyu pertama, lima ayat terawal Surah al-'Alaq (1-5), kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira' pada malam 17 Ramadan, menandakan bermulanya kerasulan Baginda.
Ia diperingati setiap tahun sebagai titik tolak panduan hidup manusia dan mukjizat terbesar Islam.
Salam Nuzul AlQuran ❤