AnNadi SMAPK

AnNadi SMAPK

Share

Pertubuhan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (AnNadi SMAPK) Laman Facebook Rasmi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Photos from AnNadi SMAPK's post 07/05/2026

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Ustaz Mohamad Saim Ithnin, Pengetua Pertama SMAP Kajang sejak era permulaannya.

Daripada bermula sebagai PK di SMAP Labu pada tahun 1989 sehinggalah menjadi antara individu penting dalam pembinaan awal SMAP Kajang, jasa dan pengorbanan beliau dalam melahirkan ribuan anak didik tidak akan pernah dilupakan.

Sebak melihat kehadiran begitu ramai guru-guru, bekas pelajar, anak-anak murid serta insan-insan yang pernah menerima didikan dan sentuhan tarbiah daripada Allahyarham. Ustaz Ismail Cik Ku turut memimpin bacaan doa buat Almarhum, dan sedikit sumbangan telah disampaikan kepada anak Allahyarham, Puan Atirah, yang juga merupakan sebahagian daripada keluarga besar anak didik SMAP Kajang.

Kami semua bersaksi bahawa Allahyarham merupakan seorang murabbi yang baik, soleh, beriman, bertakwa dan banyak berjasa kepada ummah serta dunia pendidikan Islam.

Sehubungan itu, Annadi ingin membuka tabung sumbangan ikhlas buat keluarga Allahyarham bagi membantu urusan keluarga yang ditinggalkan. Sumbangan ini terbuka kepada semua pelajar, alumni dan warga Annadi/SMAP Kajang yang ingin bersama-sama berkongsi rezeki serta menzahirkan penghargaan buat insan yang telah banyak mendidik dan membimbing kita semua.

Allah SWT berfirman:

β€œPerumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
Surah Al-Baqarah, ayat 261

Bagi yang ingin menyumbang:

PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
CIMB : 8602985921

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhum, meluaskan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan beliau bersama para solihin, syuhada’ dan para kekasih Allah.

Al-Fatihah buat Murabbi kami, Almarhum Ustaz Mohamad Saim Ithnin. 🀍

06/05/2026

Ψ£ΩŽΩ„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ§ΨΊΩ’ΩΩΨ±Ω’Ω„ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω

Dengan penuh rasa dukacita, kita semua menerima berita pemergian Al-Fadhil Ustaz Mohd Saim Ithnin.

Al-Fadhil Ustaz Saim merupakan Pengetua pertama SMAPK. Seorang sosok pemimpin yang disegani, pendidik yang berdedikasi dan bapa kepada seluruh warga SMAPK.

Sesungguhnya jasa, didikan dan sentuhan tarbiah beliau akan terus terpahat dalam ingatan kita semua.

Pemergian ini amat dirasai. Semoga segala pengorbanan dan amal soleh almarhum menjadi asbab ganjaran berpanjangan di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ameen Ya Rahman

Al-Fatihah.

AnNadi SMAPK

01/05/2026

*KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KU*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: *Sabtu, 2 Mei 2026*
Masa: *7.30 - 8.30 pagi*
Disampaikan oleh *Al-Fadhil Ustaz Ismail Che Ku*

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Buat semua warga alumni SMAP Kajang, semoga ukhwah yang terjalin sejak di bangku sekolah terus kekal hingga ke hari ini.

Semoga Syawal membawa ketenangan, kegembiraan dan keberkatan buat kita semua.

Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada AnNadi SMAP Kajang

Photos from AnNadi SMAPK's post 19/03/2026

π’π”πŒππ€ππ†π€π π™π€πŠπ€π“ π€πππ€πƒπˆ πŠπ„ π’πŒπ€ππŠ

Pada 23 Ramadan yang penuh barakah, Presiden AnNadi hadir mewakili alumni ke Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie SMAPK, menyampaikan amanah zakat berjumlah RM24,000 kepada pelajar Asnaf.

Sumbangan ini lahir daripada keikhlasan seorang individu AnNadi yang percaya bahawa hubungan kita bukan sekadar kenangan, tetapi ikatan kebajikan yang terus hidup dan mengalir manfaat.

Di sinilah AnNadi berdiri sebagai jambatan berperanan menghubungkan hati, menyusun bantuan, dan memastikan setiap amanah sampai kepada yang berhak.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang dan AnNadi keseluruhannya. Semoga setiap ringgit menjadi cahaya harapan buat mereka, dan saham akhirat buat kita.

AnNadi membuka ruang kepada mana-mana ahli yang berhajat menyalurkan zakat. InsyaAllah, kita susun bersama agar manfaatnya meluas, kepada pelajar, kepada alumni, kepada ummah.

π‘«π’‚π’π’‚π’Ž π’Œπ’†π’ƒπ’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚π’‚π’, π’Œπ’Šπ’•π’‚ π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Š. π‘«π’‚π’π’‚π’Ž π‘Ήπ’‚π’Žπ’‚π’…π’‚π’, π’Œπ’Šπ’•π’‚ π’Žπ’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’Š π’Œπ’†π’ƒπ’†π’“π’Œπ’‚π’•π’‚π’.

AnNadi SMAPK





17/03/2026

*HEBAHAN: SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANNADI*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, ANNADI ingin menyampaikan sumbangan duit raya kepada alumni yang memerlukan. Ini adalah hasil infaq ikhlas daripada para penderma bagi meringankan beban sahabat-sahabat kita menjelang Syawal.

Sekiranya ada di kalangan ahli yang memerlukan atau mengenali rakan batch yang layak menerima sumbangan ini (berpendapatan rendah, ditimpa musibah, ibu/bapa tunggal, penyakit kritikal, dll) mohon untuk menghubungi kami. Bantuan ini bertujuan untuk memberikan sedikit keceriaan di musim perayaan.

*Sebarang maklumat boleh disampaikan/dimaklumkan kepada Syura Annadi melalui Ayuni (019-3550056) atau Nur Muhammad (016-203 3414 ) selewatnya 19.03.2026 Khamis jam 10 pagi.*

Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

*ANNADI SMAPK*

06/03/2026

FORUM NUZUL QURAN 2026

Al-Quran: Panduan Hidup, Inspirasi Generasi

Assalamualaikum warga SMAP Kajang & AnNadi,

Pernah tak kita terfikir…

❓ Bagaimana Al-Quran boleh jadi kompas hidup dalam dunia yang penuh cabaran hari ini?
❓ Bagaimana generasi muda boleh menjadikan Al-Quran sebagai sumber kekuatan dan inspirasi?

Sempena Nuzul Al-Quran, SMAP Kajang bersama AnNadi membawakan sebuah forum khas yang akan membuka perspektif kita tentang peranan Al-Quran dalam membina generasi hebat masa depan.

πŸŽ™ Panel Hebat
β€’ Dr. Hasanah binti Abd Khafidz
β€’ Prof. Madya Dr. Hamidah binti Mat

🎀 Moderator
Saudara Aizac Ismail (SPM 1994)

πŸ“… 11 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 2.30 – 4.30 Petang
πŸ“ Dewan Nik Mohd Mahyuddin Wan Musa, SMAP Kajang

✨ Al-Quran bukan sekadar dibaca malah Ia adalah panduan hidup, sumber kekuatan dan inspirasi untuk menjadi generasi yang luar biasa.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan mengambil inspirasi daripada forum istimewa ini.



25/02/2026

β€œPerlu ke anak puasa?”
β€œTakut anak letih, lapar, atau tak fokus…”
Soalan-soalan ini biasa kita dengar, saban tahun ibubapa tetap waspada dengan puasa bagi kanak-kanak.

*KULIAH ISTIMEWA RAMADAN BERSAMA DR NOR AZYATI YUSOFF AN-NADI 1994)*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Ahad, 1 Mac 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Ikuti kuliah Ramadan bersama Dr Nor Azyati Yusoff (An-Nadi 1994) yang akan berkongsi tentang Ramadan dan implikasinya kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.

Dr. Nor Azyati Yusoff merupakan seorang Pakar Pediatrik yang berdedikasi dalam bidang Perkembangan Kanak-kanak.

Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Gangguan Spektrum Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Sindrom Down, masalah pembelajaran serta Sindrom Fragile X.

Di samping itu, beliau amat komited untuk menyokong kanak-kanak berkeperluan khas serta memperkasakan ibubapa mereka agar anak-anak ini berpeluang mencapai potensi mereka yang optima.

Komitmennya untuk membuat perubahan melangkaui tugasan beliau dalam perawatan di hospital sahaja , bahkan beliau juga terlibat secara aktif dengan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan meningkatkan tahap penjagaan untuk kanak-kanak yang menghadapi cabaran dalam perkembangan.

08/01/2026

*KULIAH SUBUH BERSAMA DR SYED MUHAMMAD BIN YAHYA (AN-NADI 2003)*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Ahad, 11 Januari 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Syed Muhammad Bin Yahya

Tajuk: Hadith Kitab Al-Arbaβ€˜Δ«n Ash-Shāmil fΔ« Khaṣā’iαΉ£ Al-Insān Al-Kāmil

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

08/01/2026

*KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KU*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Sabtu, 10 Januari 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Che Ku

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Batu 13 Jalan Cheras
Kajang
43000