AnNadi SMAPK

Directions Website Contact the school

AnNadi SMAPK Pertubuhan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (AnNadi SMAPK) Laman Facebook Rasmi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽSalam takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah Mas Rohaiyu binti Mat Kass...
25/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah Mas Rohaiyu binti Mat Kassim, AnNadi 1994, atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 23 September 2026.
Seluruh warga Alumni SMAP Kajang turut berdukacita atas kehilangan salah seorang daripada keluarga besar alumni kita.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan Almarhumah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan solehah.

Semoga seluruh ahli keluarga, sahabat serta mereka yang mengenali Almarhumah dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

AnNadi SMAP Kajang

๐‚๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง & ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ | ๐๐š๐ญ๐œ๐ก ๐Œ๐”๐‰๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ”Terima kasih kepada seluruh alumni AnNadi SMAP Kajang yang kembali...
13/09/2026

๐‚๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง & ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ | ๐๐š๐ญ๐œ๐ก ๐Œ๐”๐‰๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ”

Terima kasih kepada seluruh alumni AnNadi SMAP Kajang yang kembali ke sekolah, meluangkan masa bersama adik-adik, berkongsi pengalaman daripada pelbagai bidang, memberi tips, dorongan serta menjalankan sesi mock interview.

Inilah kekuatan alumni datang daripada bidang yang berbeza, tetapi kembali dengan satu tujuan yang sama: membantu generasi selepas kita pergi lebih jauh.

Special appreciation and heartfelt thanks to Dr. Nur Faraheen binti Abdul Rahman (AnNadi โ€™93), Program Manager, yang telah menggerakkan dan menyelaras program ini dengan penuh komitmen. Terima kasih atas usaha memastikan program ini tersusun, bermakna dan memberi impak kepada adik-adik kita.

Kita telah melihat sendiri bagaimana program sebegini memberi hasil. Apabila modul untuk batch ELITE dahulu kita revamp dan perkemaskan, Alhamdulillah, hasilnya sangat membanggakan. 21 orang daripada Batch ELITE berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara. Tahniah Batch ELITE! ๐Ÿ‘

Insya-Allah, kita berharap batch baharu ini akan menjadi lebih bersedia, lebih yakin dan lebih matang apabila berhadapan dengan scholarship interviews, university interviews dan peluang-peluang besar pada masa akan datang.

Alumni bukan sekadar mengenang sekolah. Alumni adalah tentang kembali, berkongsi dan membuka jalan untuk generasi seterusnya.

Bersama Membina Legasi ๐Ÿ’š



๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐€๐ง๐๐š๐๐ขAlhamdulillah, pada 1 Ogos 2026 AnNadi berkesempatan menziarahi Ustazah Jamaliah, balu kepada Allahya...
16/08/2026

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐€๐ง๐๐š๐๐ข

Alhamdulillah, pada 1 Ogos 2026 AnNadi berkesempatan menziarahi Ustazah Jamaliah, balu kepada Allahyarham Ustaz Mohamed@ Mohamad Saim, di kediaman beliau di Sungai Merab.

Dalam ziarah ini, AnNadi telah menyampaikan sumbangan kasih sebanyak RM2,070.00 (Secara Tunai) kepada Ustazah
dan juga Puan Atirah (SMAPK 1995).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anak didik Allahyarham Ustaz Mohamed@ Mohamad Saim yang tidak pernah melupakan jasa seorang murabbi. Kasih yang disemai, ilmu yang dicurahkan, dan doa yang dipanjatkan terus hidup dalam hati anak-anak muridnya.

Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat yang luas buat Allahyarham Ustaz Mohamed@Mohamad Saim, menerima segala amal baktinya sebagai asbab pahala yang berpanjangan, dan mengurniakan kekuatan serta keberkatan buat Ustazah Jamaliah. ุขู…ูŠู†.




*KULIAH SUBUH BERSAMA DR SYED MUHAMMAD BIN YAHYA (AN-NADI 2003)*Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ...
07/08/2026

*KULIAH SUBUH BERSAMA DR SYED MUHAMMAD BIN YAHYA (AN-NADI 2003)*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Ahad, 9 Ogos 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Syed Muhammad Bin Yahya

Tajuk: Hadith Kitab Al-Arbaโ€˜ฤซn Ash-Shฤmil fฤซ Khaแนฃฤโ€™iแนฃ Al-Insฤn Al-Kฤmil

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KUAssalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMA...
07/08/2026

KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KU

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Sabtu, 8 Ogos 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Che Ku

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

*KULIAH SUBUH BERSAMA DR SYED MUHAMMAD BIN YAHYA (AN-NADI 2003)*Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ...
31/07/2026

*KULIAH SUBUH BERSAMA DR SYED MUHAMMAD BIN YAHYA (AN-NADI 2003)*

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Ahad, 2 Ogos 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Syed Muhammad Bin Yahya

Tajuk: Hadith Kitab Al-Arbaโ€˜ฤซn Ash-Shฤmil fฤซ Khaแนฃฤโ€™iแนฃ Al-Insฤn Al-Kฤmil

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KUAssalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMA...
31/07/2026

KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ISMAIL CHE KU

Assalamualaikum dijemput hadirin dari seluruh Malaysia, ahli keluarga AnNadi SMAPK, guru-guru sekeluarga, untuk menghadiri Kuliah Subuh, secara online

Hari: Sabtu, 1 Ogos 2026
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Che Ku

Link Google Meet ialah : https://meet.google.com/bnh-mrhj-cuo

Terima kasih.
Semua dijemput hadir.

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐’๐Œ๐€๐๐Š. ๐’๐ž๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ง๐ 31 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah ribuan hari yang dihabiskan mendid...
25/07/2026

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐’๐Œ๐€๐๐Š. ๐’๐ž๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ง๐ 

31 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah ribuan hari yang dihabiskan mendidik, membimbing, menegur dan mendoakan anak-anak didik di SMAPK.

Di sebalik ketegasan spot check kuku, tersimpan kasih seorang guru. Di sebalik kejayaan bola baling SMAPK, berdiri seorang jurulatih yang tidak pernah jemu berjuang. Hingga ke minggu terakhir sebelum persaraan, Ustaz Bakru masih menghadiahkan kejuaraan buat sekolah tercinta.

Sebagai tanda kasih, para AnNadi bersatu hati berjaya mengumpulkan RM31,000 simbolik buat 31 tahun khidmat bakti yang tidak ternilai. Sesungguhnya Nilai ini kecil berbanding jasa dan bakti Ustaz.

Dengan penuh rasa syukur, kami menghadiahkan Pakej Umrah Premium buat Ustaz Bakru dan isteri tercinta. Semoga Allah SWT menerima segala amal, mengurniakan kesihatan, ketenangan, dan membalas setiap ilmu yang pernah dicurahkan dengan ganjaran yang tidak putus-putus.

Selamat bersara, Ustaz Bakru.

Jasamu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Namun doa kami akan sentiasa mengiringi setiap langkah ustaz.

โ€œSeorang guru mungkin bersara daripada tugasnya, tetapi tidak pernah bersara daripada doa anak-anak muridnya.โ€ ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿค

TERIMA KASIH SEMUA ANNADI!

๐ŸŽณ๐Ÿค ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐–๐€๐‡ ๐’๐Œ๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ!๐Ÿค๐ŸŽณLabu vs Kajang?Ya... tapi kali ini bukan untuk bermusuh. Kita bertandin...
21/07/2026

๐ŸŽณ๐Ÿค ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐–๐€๐‡ ๐’๐Œ๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ!๐Ÿค๐ŸŽณ

Labu vs Kajang?

Ya... tapi kali ini bukan untuk bermusuh. Kita bertanding untuk mengeratkan ukhwah! ๐Ÿ’š

Selepas kejayaan Karnival Sukan Ukhwah SMAPIAN 2024 yang lepas, tahun ini, Pertubuhan Alumni SMAPK (AnNadi) bergabung dengan Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL) dengan kerjasama Koperasi Annadi Berhad akan membuka tirai *Karnival Sukan Ukhwah SMAPIAN 2026* melalui acara yang pasti penuh dengan aksi dan gelak ketawa...

๐ŸŽณ *KEJOHANAN BOWLING UKHWAH SMAPIAN 2026*

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Ampang Superbowl, Bangi Gateway

Inilah masanya untuk SMAPIAN Kajang dan Labu bertemu semula, berkenalan dengan alumni dari sekolah "bersaudara", mengimbau nostalgia zaman persekolahan dan membina lebih banyak persahabatan baharu.

Tak kisah sama ada anda seorang "Raja Strike" atau baru nak pegang bola bowling semula selepas bertahun-tahun... yang penting kita turun bersama, bergelak ketawa dan mengeratkan silaturrahim.

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan

๐ŸŽณ Acara Individu: RM50 seorang

๐Ÿ‘ฅ Acara Berpasukan: RM170 bagi satu pasukan (4 orang)

๐Ÿ’ฅ Kumpulkan batchmate anda, bentuk pasukan sendiri, atau daftar secara individu dan kenali lebih ramai sahabat daripada kedua-dua sekolah.

Ini bukan sekadar kejohanan bowling.

Ini adalah pertemuan dua keluarga besar SMAPIAN yang berkongsi nilai, kenangan dan semangat ukhwah yang sama.

๐Ÿ† Siapa bakal muncul juara? ๐Ÿค Siapa p**a bakal membawa p**ang lebih ramai sahabat baharu?

Jawapannya... hanya ada di *Ampang Superbowl, Bangi Gateway pada 15 Ogos 2026!*

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran kini dibuka! Jangan tunggu saat akhir. Tempat adalah terhad.

Daftar SEKARANG melalui link di bawah:

https://forms.gle/xcpgEMF5vxGiu6PN8

*Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 25/7/2026 jam 12tghari*.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Izzuan Kayat - +60 17-371 3667

Ayuh kita jadikan Kejohanan Bowling Ukhwah SMAPIAN 2026 sebagai pembukaan paling meriah untuk Karnival Sukan Ukhwah SMAPIAN 2026!

Strike di lane... Ukhwah di hati! ๐Ÿ’š๐ŸŽณ

Address

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Batu 13 Jalan Cheras
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AnNadi SMAPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to AnNadi SMAPK:

Shortcuts

Share