PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang

PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Little Ikhwan (1) Nurturing Growth with Islamic Education

Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 20/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung JIBG, Jamuan Aidilfitri & Sambutan Kelahiran anak-anak PASTI Little Ikhwan (I) bagi sesi 2026 yang berlangsung minggu lepas 🀍

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru dan warga PASTI yang hadir serta memberi sokongan padu dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan diberkati πŸŒ™βœ¨

Tidak dilupakan, selamat menyambut hari lahir kepada anak-anak yang diraikan πŸŽ‚ Semoga membesar menjadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia & akhirat 🀲

06/03/2026

🌸 JAWATAN KOSONG SUKARELAWAN DI PASTI LITTLE IKHWAN (1) 🌸

PASTI Little Ikhwan (1) Prima Saujana, Kajang menawarkan jawatan seperti berikut untuk diisi dengan kadar segera!!

Kemasukan : Segera (hanya yang serius sahaja)

Jawatan :
1. Guru Sepenuh Masa
2. Pembantu Guru

πŸŽ“ Syarat permohonan:

βœ… Berumur 18 tahun ke atas
βœ… Berpengalaman adalah 1 bonus
βœ… Muslimah, berpakaian patuh syariah
βœ… Dapat melaksanakan tugasan dengan pengawasan minima & sedia belajar sesuatu yang baru
βœ… Lancar membaca Al-Quran

Details permohonan (resume beserta gambar berukuran passport) perlulah dihantar melalui email [email protected]
(PLI Official)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat PASTI Little Ikhwan 1 di talian rasmi 03-8730 8384 @ https://www.wasap.my/+601165411554

30/01/2026

SAMBUTAN HARI AL-QUDS | PASTI MALAYSIA πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ’š

Seawal usia, murid PASTI dididik untuk mengenali Masjid Al-Aqsa serta memupuk nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan terhadap umat Islam Palestin.

🌱 Mendidik cinta Al-Aqsa sejak usia awal.
πŸ“ PASTI Little Ikhwan (1)
πŸ“… 30 Januari 2026





Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 17/12/2025

πŸŽ‰ Hari Keluarga & Sukaneka Pasti Little Ikhwan πŸŽ‰

Alhamdulillah, acara Hari Keluarga & Sukaneka Pasti Little Ikhwan pada 13 Disember 2025 berjalan dengan sangat meriah dan penuh kegembiraan! Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong, serta kepada semua tenaga pengajar dan ibu bapa yang menjayakan acara ini.

🌟 Aktiviti sukan yang penuh keceriaan, pertandingan yang seru, serta semangat kekeluargaan yang kuat menjadikan hari tersebut begitu bermakna.

Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 17/12/2025

✨ Pertandingan Membaca Bahasa Melayu & Jawi ✨

Alhamdulillah, pada Rabu lepas, telah berlangsungnya Pertandingan Membaca Bahasa Melayu & Jawi melibatkan semua pelajar 6 tahun. Anak-anak sangat bersemangat menunjukkan kemampuan membaca mereka, sama ada dalam tulisan Rumi mahupun Jawi. πŸŒŸπŸ“–

Tahniah kepada semua peserta cilik yang berani menyahut cabaran! Terima kasih juga kepada para guru yang sentiasa membimbing dan memberi dorongan kepada anak-anak kita. πŸ’š

Moga usaha kecil ini menjadi pemangkin kecintaan mereka terhadap ilmu dan terus membina keyakinan diri.




Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 12/12/2025

Majlis Anugerah Prestasi 2025/1447H yang diadakan pada Sabtu lepas merupakan satu manifestasi kecemerlangan warga PASTI Kawasan Hulu Langat.

Setinggi penghargaan buat semua yang hadir dan menyumbang kepada kelancaran majlis.

Semoga usaha ini terus menyuburkan generasi Qawwim yang berilmu dan berakhlak mulia. πŸŒŸπŸ“š

Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 25/11/2025

πŸ’›πŸ’™MAJLIS ANUGERAH PRESTASI 2025/1447HπŸ’›πŸ’™

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi 2025/1447H telah berlangsung dengan penuh tertib dan meriah di Sapphire Hall, Setia EcoHill. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar atas usaha, komitmen serta pencapaian mereka sepanjang tahun.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan, serta kepada para guru dan petugas yang memastikan kelancaran majlis dari awal hingga akhir.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan.

Photos from PASTI Little Ikhwan I - Prima Saujana Kajang's post 25/11/2025

HARI INTERAKSI 2025/1447H

Alhamdulillah, Hari Interaksi telah berlangsung dengan lancar dan penuh rasa ukhuwah antara ibu bapa, guru-guru dan para pelajar.
Program ini diadakan bagi memberikan ruang perbincangan, penilaian perkembangan murid serta memastikan kerjasama yang berterusan dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak.

Melalui sesi pertemuan ini, para ibu bapa berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan anak-anak, manakala guru-guru dapat berkongsi usaha, perancangan serta cadangan penambahbaikan bagi tahun seterusnya.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen. Semoga kerjasama ini menjadi asbab keberkatan dalam perjalanan pendidikan anak-anak, serta membuahkan generasi yang beradab, berilmu dan berakhlak mulia.

12/09/2025

Sehari Satu Hadis πŸ₯°

05/09/2025

Ya Allah, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan kasih sayang-Mu kepada Nabi Muhammad ο·Ί, ahli keluarga baginda, para sahabat, serta umat baginda hingga ke hari kiamat.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


13A, Jalan Prima Saujana 1/1A, Seksyen 2 Taman Prima Saujana
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30