Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin Putra Mahkota

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin Putra Mahkota Membina Generasi Unggul, berusaha menjadi pemimpin beriman yang memiliki ciri-ciri insan rabbani.

Sukacitanya diumumkan bahawa SRI Al-Amin Bangi akan membuka sekolah baharu yang dinamakan SRI Al-Amin Bangi Cawangan Putra Mahkota (SAABPM). SAABPM terletak di Bangi Avenue (sebaris dengan Hong Leong Bank, Bangi Avenue) berdekatan dengan Bangi Lama, Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota. Pembukaan cawangan baru ini diwujudkan bagi menampung permintaan murid
Tahun 1 di SRI Al-Amin Bangi dan menawarkan pendidikan kepada penduduk yang berdekatan. InsyaAllah, SAABPM akan memulakan operasi pada sesi persekolahan tahun 2016 dengan mengambil murid Tahun 1 sahaja sebanyak 3 kelas sebagai permulaan

25/08/2026

Rindu yang paling dalam adalah rindu pada insan yang tidak pernah kita tatap wajahnya, namun sepanjang hidup dan perjuangannya sentiasa mendoakan keselamatan kita, umatnya.

اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وسلم

JOM BERSELAWATBersempena dengan sambutan MaulidurRasul, marilah kita bersama-sama membasahkan lidah dan menyuburkan rasa...
24/08/2026

JOM BERSELAWAT

Bersempena dengan sambutan MaulidurRasul, marilah kita bersama-sama membasahkan lidah dan menyuburkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah Al-Ahzab: 56)

✨اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ✨

Bersama kita hidupkan hari-hari dengan selawat. Semoga dengan memperbanyakkan selawat, hati kita semakin dekat, cinta kita semakin subur dan keinginan untuk mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ semakin mekar dalam diri.

✨ اللهم صل وسلم على نبينا محمد ✨




TAHNIAH & Selamat maju jaya buat Harraz Danial tahun 4 Umar. Alhamdulillah selamat mendarat bagi menggalas cabaran dalam...
20/08/2026

TAHNIAH & Selamat maju jaya buat Harraz Danial tahun 4 Umar. Alhamdulillah selamat mendarat bagi menggalas cabaran dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Antarabangsa. Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 - 24 Ogos 2026

Lokasi: Bogor, Jakarta, Indonesia 🇮🇩

Kejohanan: Garuda International Cup 2026 ⚽

Mohon titipan doa daripada semua. Kami mendoakan agar beliau selamat pergi dan pulang, dilindungi sepanjang kejohanan, serta beroleh kejayaan yang cemerlang. Semoga pulang membawa kemanisan kemenangan buat kita semua! 🏆🏅

Insya-Allah, mudah-mudahan. Amin

Tahniah anak-anak! Teruskan berusaha, kekalkan fokus dan jangan lupa iringi setiap usaha dengan doa serta tawakal kepada...
19/08/2026

Tahniah anak-anak! Teruskan berusaha, kekalkan fokus dan jangan lupa iringi setiap usaha dengan doa serta tawakal kepada Allah SWT.

“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.”
(Surah An-Najm: 39)

💪 Terus bersemangat!
🤲 Terus berdoa!
🌟 Berikan yang terbaik untuk hari terakhir!

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anak-anak, menenangkan hati, melapangkan fikiran dan mengurniakan kejayaan yang terbaik buat antum.

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Ujian Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM-Musleh (SPPIM) bagi anak-anak Tahun 6...
18/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Ujian Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM-Musleh (SPPIM) bagi anak-anak Tahun 6 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin (Putra Mahkota).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak atas usaha, kesungguhan dan ketenangan sepanjang menduduki ujian hari ini. ✨

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman, ketenangan dan kelancaran kepada anak-anak dalam menjawab setiap soalan, serta mengurniakan hasil yang terbaik atas segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan. 🤲🏻

Teruskan semangat untuk hari-hari seterusnya!


18/08/2026
بالتوفيق والنجاح في الامتحان
15/08/2026

بالتوفيق والنجاح في الامتحان

14/08/2026
Dalam dunia pendidikan, pentaksiran sering dikaitkan dengan markah, gred dan pencapaian akademik. Namun, dalam kerangka ...
12/08/2026

Dalam dunia pendidikan, pentaksiran sering dikaitkan dengan markah, gred dan pencapaian akademik. Namun, dalam kerangka pendidikan Musleh, pentaksiran mempunyai peranan yang lebih luas.

Ujian bertulis SPPIM hanyalah sebahagian daripada elemen pentaksiran. Penilaian terhadap murid turut mengambil kira pelbagai aspek yang membentuk peribadi dan kemenjadian mereka agar gambaran yang diperoleh tidak terhad kepada pencapaian akademik semata-mata.

Hal ini selari dengan matlamat pendidikan Islam yang bukan hanya melahirkan insan berilmu, tetapi insan yang mampu menjadikan ilmu sebagai panduan dalam kehidupan.

https://alaminputra.edu.my/


Musleh Integrated Education Berhad

Address

No 82 A-1
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin Putra Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin Putra Mahkota:

Shortcuts

Share