19/02/2026
π Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H π
Daripada Warga Kerja
PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota
Bulan yang dinanti telah tiba. Bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah membentuk jiwa dan mendidik sabar, menyemai taqwa dan memperkukuh kasih sayang dalam keluarga serta masyarakat.
Sebagai warga pendidik di PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota, kami beriltizam untuk terus mendidik anak-anak dengan nilai ilmu, iman dan akhlak, agar Ramadan ini menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik dan bukan sahaja buat mereka, tetapi juga buat kita semua.
Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT,
setiap doa diangkat tanpa hijab, dan setiap langkah menuju kebaikan digandakan ganjarannya.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Marilah kita rebut peluang sebulan ini untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan-Nya.
Ikhlas daripada,
Warga Kerja PASTI Ar Raihan
Bandar Bukit Mahkota
19/02/2026
Jom...
Sikit lagi tau, kurang sejam je!
Hari ni kan cuti lagi pasang kat rumah pun boleh.
20/12/2025
π *JOM SAMA-SAMA BINA MASA DEPAN UMMAH!* π
*DANA PEMBANGUNAN PASTI AR RAIHAN*
π Seksyen 3 & Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
Anak-anak kita, harapan ummah! π§π§βπ
Kini PASTI Ar Raihan memerlukan sokongan anda untuk pembangunan Permis Seksyen 3 & 5 dengan sasaran dana sebanyak *RM100,000*.
Antara keperluan segera:
1οΈβ£ *Penambahan 3 Bilik Kelas & Renovasi 2 buah PASTI* β
RM 40,000 Seksyen 3 & 5
2οΈβ£ *Pemasangan Aircond* β RM15,000
3οΈβ£ *Kabin Stor* β RM5,000
4οΈβ£ *Penambahan Bilik Transit & 2 Tandas* - RM40,000
β¨ *Sumbangan anda, pelaburan akhirat yang kekal berpanjangan!*
π βBarangsiapa membina untuk Allah sebuah tempat ilmu, Allah bina untuknya istana di syurga.β
π Sebarkan! Kongsi! Infaqkan!
19/12/2025
Ucapan Penghargaan Pelajar Cemerlang
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anak-anak, bimbingan penuh kasih para guru serta sokongan berterusan daripada ibu bapa.
Semoga kecemerlangan ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang berterusan, membentuk anak-anak yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu, selaras dengan matlamat PASTI untuk mendidik anak soleh dan membina generasi rabbani.
Teruskan berusaha, teruskan berdoa dan jadilah kebanggaan agama, bangsa dan negara. Tahniah sekali lagi atas kejayaan yang diraih.
19/12/2025
Pentas ini saksi usaha guru, sokongan ibu bapa dan kesungguhan anak-anak
Tahniah buat semua pelajar PASTI Ar Raihan! π
19/12/2025
Ketegasan, keberanian dan adab di pentas
Cerminan kejayaan pendidikan awal Islam di PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota.
Mereka menghayati penderitaan rakan seusia mereka di Palastin, Tarbiyah awal membina jati diri Insan Mulia...
18/12/2025
Anak-anak hebat, didikan penuh berkat
Persembahan istimewa pelajar PASTI Ar Raihan sempena Majlis Anugerah Prestasi Pelajar PASTI
18/12/2025
Bukan sekadar persembahan, tetapi tarbiah dan pembentukan sahsiah
Anak-anak PASTI Ar Raihan melangkah yakin, membawa mesej Islam sejak usia dini.
18/12/2025
Kecil di usia, besar pada akhlak dan keyakinan
Inilah benih generasi Rabbani yang sedang disemai. πΏ
Bacaan ayat al Quran dari Pelajar Pasti Tahun 6
18/12/2025
Setiap langkah kecil hari ini, membina generasi besar masa hadapan. Persembahan penuh yakin oleh pelajar Tahun 4 PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota sempene Majlis Anugerah Prestasi pelajar Pasti 2025
,