PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota

PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota Bangi

πŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H πŸŒ™Daripada Warga KerjaPASTI Ar Raihan Bandar Bukit MahkotaBulan yang dinanti telah tiba....
19/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H πŸŒ™
Daripada Warga Kerja
PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota

Bulan yang dinanti telah tiba. Bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah membentuk jiwa dan mendidik sabar, menyemai taqwa dan memperkukuh kasih sayang dalam keluarga serta masyarakat.

Sebagai warga pendidik di PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota, kami beriltizam untuk terus mendidik anak-anak dengan nilai ilmu, iman dan akhlak, agar Ramadan ini menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik dan bukan sahaja buat mereka, tetapi juga buat kita semua.

Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT,
setiap doa diangkat tanpa hijab, dan setiap langkah menuju kebaikan digandakan ganjarannya.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Marilah kita rebut peluang sebulan ini untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan-Nya.

Ikhlas daripada,
Warga Kerja PASTI Ar Raihan
Bandar Bukit Mahkota

Jom...
19/02/2026

Jom...

Sikit lagi tau, kurang sejam je!

Hari ni kan cuti lagi pasang kat rumah pun boleh.

🌟 *JOM SAMA-SAMA BINA MASA DEPAN UMMAH!* 🌟  *DANA PEMBANGUNAN PASTI AR RAIHAN*  πŸ“ Seksyen 3 & Seksyen 5, Bandar Bukit Ma...
20/12/2025

🌟 *JOM SAMA-SAMA BINA MASA DEPAN UMMAH!* 🌟
*DANA PEMBANGUNAN PASTI AR RAIHAN*
πŸ“ Seksyen 3 & Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota

Anak-anak kita, harapan ummah! πŸ§•πŸ§‘β€πŸŽ“
Kini PASTI Ar Raihan memerlukan sokongan anda untuk pembangunan Permis Seksyen 3 & 5 dengan sasaran dana sebanyak *RM100,000*.

Antara keperluan segera:
1️⃣ *Penambahan 3 Bilik Kelas & Renovasi 2 buah PASTI* –
RM 40,000 Seksyen 3 & 5
2️⃣ *Pemasangan Aircond* – RM15,000
3️⃣ *Kabin Stor* – RM5,000
4️⃣ *Penambahan Bilik Transit & 2 Tandas* - RM40,000

✨ *Sumbangan anda, pelaburan akhirat yang kekal berpanjangan!*
πŸ’š β€œBarangsiapa membina untuk Allah sebuah tempat ilmu, Allah bina untuknya istana di syurga.”

πŸ” Sebarkan! Kongsi! Infaqkan!

Ucapan Penghargaan Pelajar CemerlangSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang PASTI Ar Raihan, Ba...
19/12/2025

Ucapan Penghargaan Pelajar Cemerlang

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anak-anak, bimbingan penuh kasih para guru serta sokongan berterusan daripada ibu bapa.

Semoga kecemerlangan ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang berterusan, membentuk anak-anak yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu, selaras dengan matlamat PASTI untuk mendidik anak soleh dan membina generasi rabbani.

Teruskan berusaha, teruskan berdoa dan jadilah kebanggaan agama, bangsa dan negara. Tahniah sekali lagi atas kejayaan yang diraih.

Pentas ini saksi usaha guru, sokongan ibu bapa dan kesungguhan anak-anakTahniah buat semua pelajar PASTI Ar Raihan! 🌟   ...
19/12/2025

Pentas ini saksi usaha guru, sokongan ibu bapa dan kesungguhan anak-anak
Tahniah buat semua pelajar PASTI Ar Raihan! 🌟

Ketegasan, keberanian dan adab di pentasCerminan kejayaan pendidikan awal Islam di PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota....
19/12/2025

Ketegasan, keberanian dan adab di pentas
Cerminan kejayaan pendidikan awal Islam di PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota.

Mereka menghayati penderitaan rakan seusia mereka di Palastin, Tarbiyah awal membina jati diri Insan Mulia...

Anak-anak hebat, didikan penuh berkatPersembahan istimewa pelajar PASTI Ar Raihan sempena Majlis Anugerah Prestasi Pelaj...
18/12/2025

Anak-anak hebat, didikan penuh berkat
Persembahan istimewa pelajar PASTI Ar Raihan sempena Majlis Anugerah Prestasi Pelajar PASTI

Bukan sekadar persembahan, tetapi tarbiah dan pembentukan sahsiahAnak-anak PASTI Ar Raihan melangkah yakin, membawa mese...
18/12/2025

Bukan sekadar persembahan, tetapi tarbiah dan pembentukan sahsiah
Anak-anak PASTI Ar Raihan melangkah yakin, membawa mesej Islam sejak usia dini.


Kecil di usia, besar pada akhlak dan keyakinanInilah benih generasi Rabbani yang sedang disemai. 🌿Bacaan ayat al Quran d...
18/12/2025

Kecil di usia, besar pada akhlak dan keyakinan
Inilah benih generasi Rabbani yang sedang disemai. 🌿

Bacaan ayat al Quran dari Pelajar Pasti Tahun 6

Setiap langkah kecil hari ini, membina generasi besar masa hadapan. Persembahan penuh yakin oleh pelajar Tahun 4 PASTI A...
18/12/2025

Setiap langkah kecil hari ini, membina generasi besar masa hadapan. Persembahan penuh yakin oleh pelajar Tahun 4 PASTI Ar Raihan Bandar Bukit Mahkota sempene Majlis Anugerah Prestasi pelajar Pasti 2025

,

18/12/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota serta ibu bapa mereka atas kejayaan dan persembahan cemerlang Kalam Jamaie yang telah dipersembahkan di Universiti Islam Selangor (UIS) pada hari Rabu yang lalu. Persembahan ini bukan sahaja memukau para hadirin, malah mencerminkan bakat, disiplin serta penghayatan nilai-nilai Islam yang diterapkan sejak usia awal.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga turut dizahirkan kepada pihak Universiti Islam Selangor (UIS) atas jemputan yang diberikan serta penghormatan kepada institusi PASTI kami. Kesudian pihak UIS membuka ruang dan platform ini amat bermakna dalam menyemai keyakinan, membina jati diri serta menggalakkan perkembangan bakat anak-anak PASTI.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama antara PASTI dan UIS pada masa hadapan. Teruskan melangkah dengan yakin, kalian adalah kebanggaan kami semua.


Address

Jalan BM5/12, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota:

Shortcuts

Share

Category