SK Beranang - Rasmi

Call Directions Website

SK Beranang - Rasmi Memaparkan program & aktiviti yang dijalankan di SK Beranang.

🛸PERTANDINGAN ROBOTIK & DRONE (Peringkat Kebangsaan)📅12 & 13 SEPTEMBER 2026📍FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAMBINA, UKMPencapai...
26/09/2026

🛸PERTANDINGAN ROBOTIK & DRONE (Peringkat Kebangsaan)
📅12 & 13 SEPTEMBER 2026
📍FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAMBINA, UKM

Pencapaian Pasukan Robotik SK Beranang :
🏅PASUKAN ISOBOT - Berjaya mendapat tempat ke 7 daripada 87 penyertaan
🏅PASUKAN DRONE OBSTACLE - Tempat ke 14 ,18 dan 20
🏅PASUKAN SKY SOCCER - Tempat ke 3 dalam kumpulan

Terima kasih Puan Guru Besar, Puan Nor Azwana, barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan✨

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat & guru-guru pembimbing yang tidak jemu memberi tunjuk ajar.


PPD Hulu Langat Rasmi

☢️PELANCARAN BULAN STEM, KMR & MAKMAL AKTIF LESTARI📅21 SEPTEMBER 2026Bulan STEM,KMR & Makmal Aktif Lestari SK Beranang 2...
23/09/2026

☢️PELANCARAN BULAN STEM, KMR & MAKMAL AKTIF LESTARI
📅21 SEPTEMBER 2026

Bulan STEM,KMR & Makmal Aktif Lestari SK Beranang 2026 telah dilancarkan dengan penuh semangat dan keceriaan! 🎉✨

Bulan STEM menjadi wadah untuk menyemarakkan minat murid terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, di samping menggalakkan mereka meneroka, mencuba, mencipta dan berfikir secara kreatif serta kritis. 💡🔍

Semoga pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan sepanjang Bulan STEM dapat mencetuskan rasa ingin tahu, meningkatkan keyakinan dan melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. 🌟

🚀 Teroka • Cipta • Inovasi • Inspirasi 🚀

Ayuh, kita semarakkan budaya STEM dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan! 💙

STEM: Hari Ini Meneroka, Esok Mencipta! 🔬✨



PPD Hulu Langat Rasmi

🇲🇾MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2026📅15 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, tirai Bulan Kebangsaan 2026 telah dilabuhkan de...
23/09/2026

🇲🇾MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2026
📅15 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, tirai Bulan Kebangsaan 2026 telah dilabuhkan dengan penuh semangat, keceriaan dan rasa bangga sebagai anak Malaysia. ❤️🤍💙💛

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan bukan sahaja menceriakan warga sekolah, malah menyemai rasa cinta akan negara, menghargai sejarah dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan murid. 🇲🇾

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid dan warga SK Beranang yang telah bersama-sama menjayakan setiap aktiviti sepanjang bulan ini. 👏🏻✨

Semangat patriotik bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk terus diamalkan.
Ayuh kita terus suburkan rasa cinta kepada Malaysia dalam setiap langkah dan tindakan. ❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🎉🇲🇾

🇲🇾

PPD Hulu Langat Rasmi

⛺PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM📅11-12 SEPTEMBER 2026🎗️ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SKB (Penyelaras : Pengakap Kanak-K...
18/09/2026

⛺PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
📅11-12 SEPTEMBER 2026
🎗️ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SKB (Penyelaras : Pengakap Kanak-Kanak)

🏕️💚 Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform!

Terima kasih banyak-banyak buat anak-anak yang join perkhemahan kali ni. 🥰 Terima kasih atas semangat, kerjasama dan sikap sporting sepanjang program. Walaupun penat, tetap buat yang terbaik! 👏🏻❤️

Tak lupa juga, terima kasih kepada semua cikgu yang sama-sama bertungkus-lumus, meluangkan masa dan tenaga untuk memastikan program berjalan lancar. Penat sama-sama, susah senang pun sama-sama. 🫶🏻

Dan buat ibu bapa, terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kerana menyediakan keperluan anak-anak untuk perkhemahan ini. ❤️

Semoga perkhemahan kali ini menjadi kenangan manis dan pengalaman yang bermakna buat semua.

Terima kasih semua! Kalian memang terbaik! 🥰🏕️💚

PPD Hulu Langat Rasmi

⛺PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM📅11-12 SEPTEMBER 2026🎗️ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SKB (Penyelaras : Pengakap Kanak-K...
18/09/2026

⛺PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
📅11-12 SEPTEMBER 2026
🎗️ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SKB (Penyelaras : Pengakap Kanak-Kanak)

Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform yang telah berlangsung pada 11-12 September 2026. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua murid yang telah menyertai perkhemahan ini dengan penuh semangat, komitmen dan kerjasama. 🥰

Terima kasih anak-anak kerana sentiasa mencuba, saling membantu dan memberikan yang terbaik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Semoga segala pengalaman sepanjang perkhemahan ini menjadi kenangan indah serta membentuk diri kamu menjadi insan yang lebih berdisiplin, berdikari, berani dan bertanggungjawab. ❤️

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus, meluangkan masa, tenaga dan memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Segala penat lelah, pengorbanan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. 🌷👏🏻

Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan antara guru dan murid. 🤝🏻

Terima kasih semua atas kenangan, pengalaman dan kebersamaan yang sangat bermakna. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal dan menjadi kenangan manis buat kita semua. 🫶🏻

Syabas dan tahniah anak-anak!
Terima kasih guru-guru!
Kamu semua memang hebat! ❤️🏕️


PPD Hulu Langat Rasmi

🇲🇾 PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM PRA SEKOLAH & PERTANDINGAN KOIR / PERSEMBAHAN KREATIF PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEBANGSAAN...
14/09/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM PRA SEKOLAH & PERTANDINGAN KOIR / PERSEMBAHAN KREATIF PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 🤍💛♥️💙

📌 INFO PERHIMPUNAN KOKURIKULUM 14 September 2026 (Isnin)
13/09/2026

📌 INFO PERHIMPUNAN KOKURIKULUM
14 September 2026 (Isnin)

🎮🏆 TAHNIAH PASUKAN GAMER CILIK SK BERANANG! 🏆🎮Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Gamer Cilik SK Beranang atas k...
13/09/2026

🎮🏆 TAHNIAH PASUKAN GAMER CILIK SK BERANANG! 🏆🎮

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Gamer Cilik SK Beranang atas kejayaan melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya melayakkan diri ke Peringkat Negeri Selangor! 🎉👏

💪 Usaha • Semangat • Kerjasama • Strategi

Setiap permainan mengajar erti disiplin, fokus dan kerja berpasukan.
Teruskan perjuangan dan berikan yang terbaik di peringkat Negeri Selangor! 🔥🎮

MAJLIS PELUNCURAN & AMBANG KEMERDEKAAN SESI PETANG ❤️🤍💙💛
29/08/2026

MAJLIS PELUNCURAN & AMBANG KEMERDEKAAN SESI PETANG ❤️🤍💙💛

🕌 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Sesi Petang🗓️ 27 Ogos 2026📝 Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Ba...
29/08/2026

🕌 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Sesi Petang
🗓️ 27 Ogos 2026
📝 Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
🌿 Tema: Madani Dihayati Ummah Diberkati

Address

Jalan Beranang Kajang. (Menghala Ke Mantin)
Kajang
43700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387667226

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Beranang - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share