Sek Ren Islam Al Husna Hafizin

Sek Ren Islam Al Husna Hafizin

Share

● Kelas tahun 1-6 mengikut silibus JAIS & JAKIM
● UPKK & PSRA
● Al Quran & Hafazan
● Perkhidmatan Van Sekolah ke SKBBM

Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 21/04/2026

Ujian Diagnostik April 2026
بالتوفيق والنجاح لطلاب الحسنى حفيظين

Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 18/04/2026

Sambutan Raya Al Husna Hafizin 2026
04.04.2026
Sungguh meriah. Penuh ceria. Pelbagai hidangan. Mewah kasih sayang.
Terima kasih kepada muallimah², anak² murid dan alumni yang tetap setia menjenguk Al Husna Hafizin setiap kali majlis

Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 01/03/2026

25.2.26
Alhamdulillah keputusan peperiksaan UPKK utk tahun 2025 sudah diumumkan.
Alhamdulillah, keputusan 2025 menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan matapelajaran.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, peratusan lulus adalah 100%. Walaupun bilangan 9a sama dgn tahun lepas tetapi bilangan 8A, 7A, 6A dan 5A meningkat.
Tahniah, tahniah dan tahniah kepada calon UPKK 2025, Mama² dan Papa² serta Muallimah² Sek Ren Islam Al Husna Hafizin atas usaha, sokongan dan dedikasi masing² sehingga kejayaan ini dapat dicapai dengan izin Allah.

Ayuh Lakar Pelangi Al Husna Hafizin kita lebih bersemangat utk PSRA 2026

Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 22/12/2025

UPKK 2025.
17 - 20 November 2025

Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 22/12/2025

Majlis Akhir Tahun 2025
18 Disember 2026

Selamat Tinggal 2025 penuh kenangan.

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Akhir Tahun dan Hari Anugerah 2025.
Selamat Maju Jaya kepada anak² Tahun 6 yg akan meninggalkan Sek Ren Islam Al Husna Hafizin untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Kami muallimah² doakan agar anak² semua kuat dan lebih bersemangat menghadapi warna-warni kehidupan yang lebih mencabar berbanding sekolah rendah.
Sentiasa ingat pesan, nasihat, motivasi dan bebelan Muallimah Haslina Habil Siapa usaha dia dapat. Usaha secupak tidak akan jadi segantang.
Semua orang ada peluang yg sama utk berjaya. Cuma yg membezakan sesuatu kejayaan itu adalah dengan usaha atau malas.
Bagi anak² tahun 1, 2, 3, 4 dan 5, teruskan mengorak langkah mencipta kenangan indah bersama kawan-kawan menimba ilmu di Al Husna Hafizin seterusnya memburu kejayaan demi masa depan masing² melalui 2 peperiksaan besar iaitu UPKK dan PSRA.




Selamat Datang 2026 penuh cabaran.

15/10/2025
Photos from Sek Ren Islam Al Husna Hafizin's post 15/10/2025

PSRA 2025
(Late Post)

Alhamdulillah selesai sudah Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025 yang diadakan pada 29 September hingga 3 Oktober 2025.


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua SRI Al Husna Hafizin menjadi pusat peperiksaan bagi peperiksaan ini. Alhamdulillah, tahun ini menunjukkan peningkatan bilangan calon menduduki PSRA berbanding tahun lepas.
Tahun ini merupakan tahun pertama format baru peperiksaan PSRA dijalankan. Biarpun format peperiksaan berubah, anak-anak SRI Al Husna Hafizin tetap mengikuti kelas harian, kelas tuisyen bermalam, kelas stay back dan kelas gerak gempur seperti tahun-tahun sebelumnya.


Kesungguhan anak-anak untuk menggenggam kejayaan sangat luar biasa. Biar pun dikekang dengan aktiviti-aktiviti sekolah kebangsaan, mereka tetap gigih mengikuti kelas-kelas tuisyen bermalam (kelas bermula pkl 6.00 hari Jumaat sehingga pkl 12.00 tengahari atau 4.00 petang hari Sabtu) dan stay back (kelas sampai pukul 10.30 malam).


Kegigihan anak-anak Al Husna Hafizin sentiasa disokong oleh Mama² dan Papa² mereka yg tidak lokek menyumbang duit dan makanan sepanjang kelas-kelas tuisyen dan gerak gempur diadakan. Malah disepanjang hari peperiksaan dijalankan, anak-anak dijamu dengan berbagai hidangan makanan pagi, rehat pagi, makan tengahari dan rehat petang selepas peperiksaan. Semoga Allah sentiasa limpahi rezeki yg banyak lagi berkah kepada semua Mama² dan Papa² anak tahun 6 2025.


Terima kasih kepada semua muallimah SRI Al Husna Hafizin yang penuh dedikasi dan ikhlas mengajar anak-anak tanpa ada rungutan langsung. Mereka cekap dan pantas bila ditugaskan sesuatu tugasan walaupun ianya sesuatu yang baru bagi mereka.
Selamat maju jaya kepada semua anak-anak tahun 6 2025.


Semoga apa yang anak-anak semua kutip dan timba di SRI Al Husna Hafizin baik dari segi ilmu dalam kelas, persiapan untuk peperiksaan dan pengalaman persahabatan menjadi ilmu dan memori yang sangat berharga sebagai bekalan anak-anak bila keluar dari Al Husna Hafizin nanti. Kejayaan hari ini akan menjadi langkah pertama untuk anak-anak semua mencipta kejayaan demi kejayaan di masa hadapan! Percaya pada diri sendiri yang anak-anak semua akan jadi orang-orang hebat kelak!



Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


41A, Jalan BM2/3, Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00