ALFATEH QURAN ACADEMY

ALFATEH QURAN ACADEMY

Share

Moto
MUSLIH.MADANI.INSAN KAMIL

Misi
MENDIDIK GENERASI BERTERASKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH

Visi
MEWUJUDKAN KETAMADUNAN ISLAM UNGGUL DALAM MASYARAKAT

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 15/04/2023



INFAQ 10 HARI AKHIR RAMADHAN 1444H/2023M

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai & pada setiap tangkai seratus biji.. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.. Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui..”.
[ Surah Al-Baqarah : 261 ]


“Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan & Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril.. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an.. Kedermawanan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus..”.
[ HR al-Bukhari ]


“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda.. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya’..”.
[ HR Muslim ]


“Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya..”.
[ HR At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Ibnu Khuzaimah ]


“Allah SWT memiliki 2 malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: ‘Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak’.. Kemudian yang kedua p**a berdoa: ‘Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak’..”.
[ HR Muslim ]


“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api..”.
[ HR Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim ]




21/04/2022

INFAQ 10 HARI AKHIR RAMADHAN 1443H/2022M



23/04/2020

SALAM RAMADHAN 1441H

Moga kita semua dapat memaknai erti & objektif sebenar Ramadhan sepertimana yang disyariatkan olehNya sementelah dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020.

Sudah saban tahun kita dikurniakan bulan yang mulia ini & kita masih lagi diberikan peluang pada kali ini meskipun negara kita secara khususnya & seluruh dunia amnya diuji dengan wabak penyakit sekarang ini.

Pesan Nabi S.A.W (mafhumnya):-

“Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan & pengharapan (akan redha Allah S.W.T), maka InsyaAllah, akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu..”.

Siru’ Ala Barakatillah.. Barakallahu Fikum 🤲🏻💚

19/08/2019

INFAQ WAQAF jariah dana pembangunan untuk yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Rm500,000 / Rm50 = 10,000 bahagian penderma sahaja diperlukan.

Sebarkanlah maklumat ini agar lebih ramai lagi yang dapat berinfaq untuk kelangsungan & kelestarian usaha Fisabilillah ini.

Moga setiap harta yang disalurkan ke jalan agama ini diganjari dengan sebesar-besar nikmat di akhirat kelak. Allahumma Ameen.

Siru ‘Ala Barakatillah.








05/05/2019

Assalamulaikum w.b.t.

Ramadhan Kareem. Semoga semuanya sihat sejahtera dalam peliharaan rahmat Allah S.W.T hendaknya.

Kami dari pihak Alfateh Quran Academy (AQuA) ingin memohon sumbangan penajaan juadah berSAHUR, berBUKA PUASA & MOREH untuk kami di sini bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak 2019M/1440H nanti.

Anjuran ini selari dengan sabda Nabi S.A.W (mafhumnya):-
"Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut walaupun sedikit".
[Riwayat Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i]
________________________________________

Berikut adalah butiran-butirannya:-

Seisi AQuA = Rm200/sehari shj.

ALFATEH ACADEMY
562834637529
Maybank

ALFATEH ACADEMY
12029010074295
Bank Islam
________________________________________

Semoga segala sumbangan yang diinfaqkan akan dikurniakan keberkatan & rahmat serta pahala dariNya.. Ameen.

Sekian, Jazakumullah Khairan Jazak.

Barakallahu Fikum😊

27/11/2018

TIPS HAFAL AL-QURAN

1. LEPAS ASAR: Baca (tengok) betulkan tajwid
2. LEPAS MAGHRIB: Mula hafal dan fokus!
3. LEPAS SUBUH: Ulang hafalan semalam, baca kembali depan kawan dan jangan salah!
4. LEPAS ISYAK: Ulang (murajaah) hafalan semalam sampai lancar.

* * *

PERINGATAN!

1. Tinggalkan maksiat agar mudah menghafal!
Tengok movie, bacaan lagha, wasap mengarut, video lalai, gelak sakan, kutuk kawan, lambat solat dan lain-lain.

2. Digalakkan guna al-Quran yang bersaiz BESAR. Kerana bila kita menghafal pandangan kita kepada mushaf akan lebih jelas dan luas. Quran KECIL sesuai digunakan ketika murajaah sahaja. Tak digalakkan guna untuk menghafal dikhuatiri tak nampak huruf disebabkan tulisannya yang kecil.

3. Ketika menghafal lontarkan SUARA dengan KUAT (bukan menjerit), ini kerana bila kita menghafal dengan mengeluarkan suara yang kuat secara tidak langsung kita menggunakan dua kemahiran. Hafal dengan cara MEMBACA dan MENDENGAR.

4. Jangan 'berani-berani' nak HAFAL berseorangan tanpa ada yang 'menilai' (menyemak) bacaan kita sekalipun kita seorang Quraa' yang hebat!
Dikhuatiri bacaan kita salah, tertambah atau tertinggal huruf. Contoh: وﻻ تسألوا kita baca وﻻ تسألون.

5. Selepas hafaz, pastikan hafazan kita itu disemak oleh sahabat-sahabat. JANGAN MALAS!

6. Hafazlah dengan bacaan yang PALING BAIK kerana kebiasaannya hafalan yang pertama ini akan menjadi 'bacaan kekal' kita. Jika baik hafalan kita, baiklah ia hingga ke akhirnya. Jika buruk dan cacat hafalan kita, maka buruk dan salahlah bacaan kita.

7. Pastikan niat hafal al-Quran kita betul!
Upgrade sikit niat kita. Andai hafal Quran sebab nak exam. Habis exam CONFIRM Quran hilang.
Tapi kalau hafal niat untuk tambah koleksi 'ayat hafazan' kita, exam gagal pun Quran still ada dan tak lari. Tak percaya? Cubalah!

8. Al-Quran bukan milik kita! Kalau kita permainkan dia dengan niat untuk cari makan, lulus exam dan lain-lain pastinya Allah takkan benarkannya duduk dalam hati kita. Percayalah!

9. JANGAN BERANI nak hafal 'ayat baru' selagi kita tidak betul-betul ingat ayat sebelummya!

10. HP JANGAN LETAK TEPI! Letak jauh-jauh!
Ya! Letak jauh dari pandangan mata dan hati.

11. Dah seronok hafal, jangan lupa untuk MENGAMALKAN apa yang ada dalam al-Quran. Berakhlak dengan akhlak al-Quran, setiap tutur kata dijaga dan gurauan tidak berlebihan kerana lidah dan mulut kita 'mempunyai kesan' dari ayat-ayat al-Quran. Peliharalah lidah kita agar mudah untuk melantunkan kembali ayat suci al-Quran

Mana mungkin seorang penghafaz Al-Quran bercakap perkara yang sia-sia, lagha, mengumpat dan apatah lagi mencarut?! Nauzubillah.

* * *

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk MENAMBAH 'Koleksi Ayat Hafazan' kita. Jika sebelum ni di dalam solat kita kerap baca والعصر dan قل هوالله. Upgrade sikit dengan surah lain, agar solat kita itu semakin indah dan cantik!

Sekadar perkongsian ringkas dari diri yang lemah.

Muhd Bazli Zakaria
Khadam Kepada Al-Quran
_______________________________________

*Jazakallahu Khairan Kathira buat Ust.Bazli Zakaria Al-Misri Al-Hafiz, seorang Guru Al-Quran Anak Melayu kita yang menetap di Mesir yang juga kenalan rapat kepada Mudir AQuA.

Allahu A’lam.

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

Tanpa AYAH & IBU, siapalah kita di dunia ini.

Hargailah mereka selagi mana mereka masih hidup di dunia ini dengan menjadi anak yang baik.

Sekiranya ditakdirkan mereka pergi terlebih dahulu daripada kita, sentiasalah titipkan doa kerahmatan & maghfirah buat mereka di sana.

Itulah antara tanda anda seorang ANAK yang SOLEH / SOLEHAH.

Pesan Nabi S.A.W bahawa tiada apa yang mampu seseorang anak Adam itu bawa bersama ketika matinya (di Alam Kubur) nanti melainkan dengan 3 perkara:-

1) Sedekah Amal Jariah.
2) Ilmu Yang Bermanfaat.
3) Doa Anak (Zuriat / Keturunan) Yang Soleh & Solehah.

Allahu A’lam.

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

Lawatan Sambil Belajar Para Huffaz AQuA Ke Pusat Percetakan Al-Quran (Yayasan Restu) Di Putrajaya.

“Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, bertambah tajam ilmu pengetahuan agar terus hidup berpaksikan Akhlak & Iman..”.

Nahnu Jilul Quran.

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

📚 UJIAN PENGGAL 2018 📚

Subjek:-
1. Syafawi (Bacaan) Hafazan Quran.

2. Tahriri (Penulisan) Rasm Quran.

3. Tajwid.

4. Jawi.

5. Diniyah.
- Tauhid
- Fiqh
- Akhlak
- Sirah
- Tasawwuf

6. Bahasa Melayu.

7. Bahasa Arab.

8. Bahasa Inggeris.

9. Matematik.

10. Sains.

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah S.W.T & selawat serta salam buat Junjungan Mulia S.A.W di atas takdir & natijah yang baik ini.

Berikut adalah senarai para Huffaz kami (4 orang) yang sudah selamat mengkhatamkan Hafazan 30 Juz’ pada tahun 2018 ini:-

1) Muhammad Raziq Fakhrullah Al-Hafiz ~ Mei 2018 *(tiada dalam gambar).

2) Muhammad Iqbal Al-Hafiz ~ Ogos 2018.

3) Muhammad Iqmal Al-Hafiz ~ Oktober 2018.

4) Muhammad Daniel Ikhwan Al-Hafiz ~ Oktober 2018.

Moga Al-Quran & Sunnah Rasulullah terus tersemat di dalam sanubari mereka langsung dapat membentuk keperibadian mulia yang akan menjadi contoh tauladan buat masyarakat di sekeliling mereka kelak.. Allahumma Ameen.

Siru ‘Ala Barakatillah.

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

🕋 KURSUS PRAKTIKAL (TEORI & AMALI) HAJI 2018M / 1439H 🕋

Photos from ALFATEH QURAN ACADEMY's post 27/11/2018

Simulasi KHUTBAH JUMAAT.

Antara aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam sesi P&P subjek “DINIYAH” (Tauhid, Fiqh, Sirah, Akhlak, Tafsir, Hadith, Tasawuf, dsb.).

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


PT18148
Kajang
18148

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00