25/08/2026
💙 TENAGA CARE: HEART OF HOPE 2026
📅 22 Ogos 2026
📍 Rumah Penyayang Tun Abdul Razak
Mencetus idea, membina kerjasama, menyemai harapan.
Itulah yang mewarnai TENAGA Care: Heart of Hope 2026, sebuah program yang menggabungkan elemen pembelajaran, kreativiti dan keceriaan bersama para penghuni Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.
🤖 Melalui AI Innovation Challenge: Imagine a Better Future, para peserta meneroka potensi STEM dan kecerdasan buatan (AI) dengan menghasilkan idea inovatif bagi menyelesaikan pelbagai isu semasa.
🏃 Kemeriahan diteruskan dengan aktiviti Explorace yang menguji kerjasama, komunikasi dan semangat berpasukan dalam menyelesaikan setiap cabaran.
Program ini diakhiri dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jwatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.
❤️ Dalam majlis yang sama, turut disampaikan sumbangan hasil kutipan yuran penyertaan TENAGA Charity Ride & Run Challenge yang telah berlangsung pada 22 Jun hingga 5 Julai 2026. Selain itu, kit sumbangan makanan turut diserahkan kepada pihak pengurusan Rumah Penyayang Tun Abdul Razak untuk kegunaan dan manfaat para penghuni.
YB Dato’ turut merakamkan penghargaan atas sumbangan dan keprihatinan semua pihak serta mendoakan agar usaha murni ini terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja atas sokongan dalam menjayakan program ini. ⚡
Tidak dilupakan, terima kasih kepada seluruh peserta TENAGA Charity Ride & Run Challenge yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Setiap penyertaan dan sumbangan anda telah menjadi sebahagian daripada usaha membawa keceriaan dan manfaat kepada para penghuni Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.
Program ini merupakan anjuran bersama USDIC UBS KSHAS, Yayasan Canselor UNITEN, UNITEN Accounting Club (UNAC); Entrepreneur Development Club; dan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga setiap aktiviti yang dianjurkan memberi pengalaman yang bermakna dan impak yang positif kepada para penghuni Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, serta menjadi kenangan manis yang akan terus terpahat di hati mereka.