26/02/2026
Assalamualaikum.
Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini, SMAPK mengadakan program Tabung Infak Ramadan mengikut Rumah.
Oleh itu, ibu bapa, AKP dan guru digalakkan untuk memberi sumbangan melalui akaun berikut:
📌 Bank Muamalat
📌 No. Akaun: 12070004037715
📌Rujukan : Tabung Infak (Rumah)
Cth: Tabung Infak (UZ)
Dan menghantar butiran pembayaran melalui pautan
https://forms.gle/bmWdytRvxFkW973H9
Semoga setiap amalan mendapat keberkatan dari Allah.
30/01/2026
Assalamualaikum
Bilik Uthman Al-‘Affan (UA) telah siap dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan pelajar, khususnya untuk kegunaan sesi kelas satu tingkatan atau kelas Fastaqim. Bilik ini dijangka akan mula digunakan sepenuhnya pada minggu hadapan.
Proses naik taraf Bilik UA dan Bilik Kuliyyah ini telah mendapat tajaan daripada pihak An-Nadi, hasil sumbangan infaq orang ramai berjumlah RM30,000.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini.
Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
YDP 2025/2026
25/01/2026
Kem Kemampatan Jati Diri Badan Kepimpinan Murid (BKM) bermula 23-25 Januari 2026.
Program yang melibatkan 80 pelajar yang terdiri daripada Ketua Pelajar, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Semoga dapatan daripada kem 3 hari 2 malam ini menjadikan mereka pemimpin yang menjadi contoh teladan yang baik kepada semua pelajar bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan akhlak.
17/01/2026
SMAPK berselawat sempena Sambutan Isra' wa Mi'raj peringkat sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Ahnad Syawal Nizam
01/01/2026
Kenapa pelajar SBP bertali leher?
Kerana di situ terikat maruah dan amanah.
Kenapa pelajar SBP memakai tie clip?
Kerana ketelitian kecil melahirkan disiplin besar.
Kenapa pelajar SBP berbaju blazer?
Kerana di bahu itu terpikul nama, sejarah dan maruah sebuah sekolah.
Kenapa pelajar SBP berbaju korporat?
Kerana mereka diasuh dengan nilai profesionalisme, keyakinan dan kepimpinan.
Kenapa pelajar SBP berkasut kulit atau PVC?
Kerana setiap langkah dilatih agar beradab, tersusun dan berprinsip.
Kenapa pelajar SBP berbaju batik pada hari Khamis?
Kerana mereka diajar menghargai warisan dan jati diri bangsa.
Kenapa pelajar SBP bersampin atau berkain tenun pada hari Jumaat?
Kerana di situlah tersimpan adat, sopan santun dan kehalusan budi Melayu.
Kenapa lencana tersemat kemas di dada, baju dimasukkan rapi, stoking seragam, rambut disisir tertib?
Kerana daripada perkara kecil itulah lahir disiplin, rasa bangga dan tanggungjawab.
Ini bukan sekadar pakaian.
Ini pembentukan jiwa.
Inilah identiti ribuan lepasan pelajar SBP yang kini bekerjaya di luar sana.
Daripadanya lahir generasi berilmu, berdisiplin tinggi, berakhlak terpuji berakar pada tradisi, bersedia memimpin masa depan.
(Gambar hiasan)
16/12/2025
Program Bacaan Yasin & doa 9 Penjuru SBP buat pelajar² SPM Kertas Bahasa Arab
Program bacaan Yasin & Doa SPM 2025 akan diadakan bersama seperti ketetapan berikut :
▪︎ Khamis | 18 Dis 2025 |9 mlm
Aturcara majlis.
9.00pm - Ucapan pengerusi Majlis.
9.05pm - Bacaan Yassin & Doa.
9.30pm- Ucapan ringkas dari wakil setiap sekolah
Majlis akan dipimpin oleh Ustaz Fazilan Bin Othman dari KSIB KISAS.
Semoga usaha bersama ini dapat mengangkat lagi doa kita semua dan diperkenankanNYA, insyaallah. Amin.
15/12/2025
HARI KE 9- KERTAS MATEMATIK TAMBAHAN
“Ya Allah, kami melihat segala usaha anak-anak kami.
Kami melihat kesungguhan mereka bangun awal dan tidur lewat,
kami melihat buku-buku yang tidak pernah sunyi daripada ulang kaji,
dan kami melihat wajah-wajah yang menahan letih demi sebuah harapan.
Ya Allah, mungkin usaha mereka tidak sempurna di mata manusia,
tetapi Engkau Maha Mengetahui setiap niat dan pengorbanan mereka.
Terimalah segala penat lelah mereka sebagai amal yang Engkau redhai.
Kurniakanlah kepada mereka balasan yang terbaik menurut ketentuan-Mu,
sama ada dalam bentuk kejayaan, ketenangan hati,
atau jalan hidup yang Engkau pilihkan dengan penuh hikmah.
Jadikanlah mereka anak-anak yang kuat jiwanya,
tidak mudah berputus asa,
dan sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan.
Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.”
13/12/2025
Antara kemeriahan sempena sambutan Hari Koperasi SMAPK 2025 yang disempurnakan oleh Pengetua Tuan Hj Abdul Rashid
09/09/2025
السلام عليكم ورحمۃ الله
SMAP KAJANG telah kehilangan seorang kakitangan Pengawal Keselamatan yang dedikasi pada Sabtu lalu *Almarhum Mohd Isa bin Ismail*. Kami merakamkan takziah kepada keluarga beliau.
Dengan rendah hati ingin membuka ruang kepada keluarga besar SMAP KAJANG dan komuniti untuk menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga beliau.
Sumbangan ikhlas tuan puan bolehlah disalurkan ke akaun berikut:
BANK MUAMALAT: MASJID AL EHSAN SMAPK
12070004037715
(Catatkan di bahagian recipient reference: *Almarhum Md Isa*
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada PK HEM:
Hj Kosim: 013-3214473
semua dariNya
kita kembali