UIS - Universiti Islam Selangor

UIS - Universiti Islam Selangor Universiti Islam Selangor (UIS) dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ditubuhkan pada tahun 1995.
(352)

Kampus tetap di Bandar Seri Putra, Kajang Selangor. SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN MENGIKUT FAKULTI
_______________________________________________________________________________
# PUSAT MATRIKULASI #

ASASI - 6 PROGRAM

• FA01 - Asasi Pengajian Islam
• FA02 - Asasi Pengurusan
• FA03 - Pengajian Asas Teknologi Maklumat
• FA04 - Asasi Bahasa Arab
• FA05 - Asasi Komunikasi
• FA06 - AsasI

Bahasa Inggeris
_______________________________________________________________________________
# FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM (FPPI) #

DIPLOMA - 5 PROGRAM

• IS11 - Pengajian Bahasa Al-Quran
• IS13 - Akidah dan Pemikiran Islam
• IS14 - Al-Quran dan As-Sunnah
• IS15 - Dakwah
• IS16 - Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) - 7 PROGRAM

• BI02 - Al-Quran & Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
• BI03 - Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
• BI04 - Al-Quran & Al-Qiraat (Kepujian)
• BI05 - Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
• BI06 - Pengajian Islam (Bahasa Arab dengan Multimedia) (Kepujian)
• BC01 - Pengajian Bahasa Al-Quran (Kepujian)
• BC03 - Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) (Kepujian)
_______________________________________________________________________________
# FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (FSU) #

DIPLOMA - 2 PROGRAM

• IS12 - Pengajian Syariah
• IS18 - Syariah dan Perundangan Islam
• ES01 - Eksekutif Pengurusan Zakat

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)

• BS02 - Syariah dengan Muamalat (Kepujian)
• BS03 - Syariah dan Undang-undang (Kepujian)
_______________________________________________________________________________
# FAKULTI PENGURUSAN & MUAMALAH (FPM) #

DIPLOMA - 6 PROGRAM

• MS31 - Perakaunan
• MS32 - Pengurusan Perniagaan
• MS33 - Perbankan Islam
• MS34 - Pengurusan Sumber Manusia
• CS41 - Komunikasi
• LS43 - Pengajian Bahasa Inggeris
• EB01 - Eksekutif Pengurusan Masjid

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) - 8 PROGRAM

• BB01 - Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
• BB02 - Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
• BB03 - Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)
• BB04 - Perakaunan (Kepujian)
• BB05 - Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
• BB08 - Pengurusan (Industri Halal) (Kepujian)
• BB09 - Bachelor of English (Honours) with Corporate Communication
• BC02 - Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
_______________________________________________________________________________
# FAKULTI MULTIMEDIA KREATIF & KOMPUTERAN (FMKK) #

DIPLOMA - 2 PROGRAM

• MS36 - Multimedia
• MS39 - Sains Komputer

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) - 4 PROGRAM

• BT01 - Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)
• BT02 - Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
• BT04 - Multimedia Kreatif (Rekabentuk Digital) (Kepujian)
• BT05 - Sistem Maklumat (Kepujian)
_______________________________________________________________________________
# FAKULTI PENDIDIKAN #

DIPLOMA - 2 PROGRAM

• ES52 - Perguruan (TESL)
• ES53 - Perguruan (Pendidikan Islam)

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) - 3 PROGRAM

• BE01 - Perguruan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dengan Multimedia (Kepujian)
• BE02 - Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
• BE03 - Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
_______________________________________________________________________________
# PROGRAM YANG MENAWARKAN PENGAJIAN SEPARUH MASA #
• IS12 - Pengajian Syariah
• IS13 - Akidah & Pemikiran Islam
• IS14 - Al-Quran & Al-Sunnah
• IS15 - Dakwah
• ES52 - Perguruan (TESL)
• BI05 - Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
• BS02 - Syariah dengan Muamalat (Kepujian)
• BS03 - Syariah dan Undang-undang (Kepujian)
• BE01 - Perguruan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dengan Multimedia (Kepujian)
• BE02 - Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
_______________________________________________________________________________
# PASCASISWAZAH #

SARJANA - 22 PROGRAM

• MC03 - Teknologi Maklumat
• MG01 - Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
• MG02 - Syariah (Pengurusan)
• MT04 - Usuluddin & Pemikiran Islam
• MT05 - Usuluddin (Perbandingan Agama)
• MT06 - Pengajian Al-Hadis
• MT07 - Pengajian Al-Quran
• MT08 - Pengajian Ilmu Qiraat
• MT09 - Dakwah & Pembangunan Komuniti
• MT10 - Pengurusan Sumber Manusia
• MT11 - Ekonomi
• MT12 - Kewangan Islam
• MT13 - Perakaunan
• MT14 - Komunikasi
• MT15 - Pendidikan (Pendidikan Islam)
• MT16 - Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
• MT17 - Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
• MT18 - Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
• MT19 - Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
• MT20 - Sains (Multimedia Kreatif)
• MT21 - Syariah Undang-undang
• MT22 - Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus

DOKTOR FALSAFAH (PhD) - 6 PROGRAM

• PB01 - Pengurusan
• PB02 - Perakaunan
• PE01 - Pendidikan
• PI01 - Islamiyyat
• PI02 - Pengajian Bahasa Arab
• PT02 - Teknologi Maklumat

🌏 Hi-Tea Pelajar Antarabangsa Bersama Naib Canselor ☕✨Universiti Islam Selangor (UIS) berbesar hati menganjurkan program...
21/08/2026

🌏 Hi-Tea Pelajar Antarabangsa Bersama Naib Canselor ☕✨

Universiti Islam Selangor (UIS) berbesar hati menganjurkan program Hi-Tea Pelajar Antarabangsa Bersama Naib Canselor, yang menghimpunkan seramai 30 orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja, Bangladesh, Sudan dan Australia dalam satu sesi ramah mesra yang penuh bermakna.

Program ini memberi peluang kepada para pelajar antarabangsa untuk bertemu dan beramah mesra bersama Naib Canselor UIS, Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, di samping berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan dalam komuniti UIS.

Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan, yang bersama-sama memberikan sokongan kepada komuniti pelajar antarabangsa UIS.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa (Office of International Relations) sebagai salah satu usaha UIS dalam mewujudkan persekitaran universiti yang inklusif, mesra dan berwawasan global. 🌍🤝

Kepada semua pelajar antarabangsa, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga UIS. Bersama-sama, kita terus membina jambatan merentasi budaya dan mewujudkan sebuah kampus yang benar-benar bertaraf global. 💙✨



- - -

🌏 International Student Hi-Tea with the Vice Chancellor ☕✨

Universiti Islam Selangor (UIS) was delighted to host the International Student Hi-Tea Program with the Vice Chancellor, bringing together 30 international students from Indonesia, Singapore, Brunei, Cambodia, Bangladesh, Sudan and Australia for a warm and meaningful meet-and-greet session.

The event provided a valuable opportunity for our international students to meet and engage with the Vice Chancellor, Dato' Professor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, while sharing experiences, exchanging ideas and strengthening connections within the UIS community.
The session was also attended by Associate Professor Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Deputy Vice Chancellor of Academic and Internationalization, who joined the gathering in support of our international student community.

Organised by the Office of International Relations, the hi-tea reflects UIS's commitment to fostering an inclusive, welcoming and globally connected university environment. 🌍🤝

To all our international students, thank you for being an important part of the UIS family. Together, we continue to build bridges across cultures and create a truly global campus. 💙✨

Majlis Apresiasi Atlet Universiti Islam Selangor meraikan wira-wira yang telah mengharumkan nama Universiti Islam Selang...
21/08/2026

Majlis Apresiasi Atlet Universiti Islam Selangor meraikan wira-wira yang telah mengharumkan nama Universiti Islam Selangor sebagai Juara Keseluruhan SUPTIM 2026 dan MASISWA Networking Games 2026.

Terima kasih atas keringat dan komitmen. Anda inspirasi kami! Pengorbanan, disiplin dan semangat juang kalian membanggakan seluruh warga UIS. Teruskan mengharumkan nama universiti!

-CorpComm





🎓 𝗣𝗮𝘀𝗰𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗨𝗜𝗦 — 𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝐾𝑒𝑝𝑎𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑚𝑎𝑐𝑢 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐷𝑒𝑝𝑎𝑛Permohonan dibuka 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 bagi ANDA yang berhasrat...
21/08/2026

🎓 𝗣𝗮𝘀𝗰𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗨𝗜𝗦 — 𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝐾𝑒𝑝𝑎𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑚𝑎𝑐𝑢 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐷𝑒𝑝𝑎𝑛

Permohonan dibuka 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 bagi ANDA yang berhasrat memperkukuh kepakaran dan memperluas sumbangan ilmiah.

📚 Pelbagai pilihan program ditawarkan:
🔹 7 Program Doktor Falsafah (PhD)
🔹 19 Program Sarjana (Penyelidikan)
🔹 3 Program Sarjana (Kerja Kursus)

📅 Tarikh kemasukan : 7 – 8 November 2026

✨ Tingkatkan kepakaran, perkasa kerjaya dan terokai potensi diri melalui pengajian Pascasiswazah di UIS!

Mohon sekarang!
www.uis.edu.my




SEMINAR KESEDARAN SOSIAL PELAJAR IPT & PELANCARAN BULAN PEMBEBASAN RIQAB 2026BANGI, 9 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Sel...
20/08/2026

SEMINAR KESEDARAN SOSIAL PELAJAR IPT & PELANCARAN BULAN PEMBEBASAN RIQAB 2026

BANGI, 9 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Sosial Pelajar IPT yang menghimpunkan lebih 300 mahasiswa Pusat Matrikulasi UIS. Turut hadir Tuan Haji Sabirin Haji Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi & Pembangunan Sosial MAIS; Dr Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor HEPA UIS; Dr Salman Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UIS dan Ustaz Ahmad Shafiq Mat Razali, Pengetua Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar.

Seminar turut menampilkan ceramah bertajuk “Semakin Aku Dekat, Semakin Kuat Aku Diuji” oleh pendakwah selebriti dan penyampai radio ZAYAN FM, Faisal bin Ismail (FBI), selain ceramah berkaitan bahaya dadah, forum santai “Remaja: Scroll, Senyum, Simpan” dan pameran agensi di bawah MAIS.

Dalam program yang sama, turut berlangsung Pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2026 yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Ahli Lembaga Pengarah UIS dan Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS.

Penganjuran seminar ini menjadi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan kesedaran dan informasi berkaitan isu akidah, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial. Kerjasama MAIS dan UIS ini diharapkan dapat membantu mahasiswa membuat pilihan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran kehidupan sebagai golongan belia.




Siri 1 Huffaz Cilik @ KEMAS – Musim Ke-2 kini memasuki fasa pelaksanaan dengan berlangsungnya Majlis Taklimat bersama pa...
20/08/2026

Siri 1 Huffaz Cilik @ KEMAS – Musim Ke-2 kini memasuki fasa pelaksanaan dengan berlangsungnya Majlis Taklimat bersama para peserta.

Majlis taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan berkaitan perjalanan program, selain menyediakan panduan dan persediaan kepada para peserta sebelum mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Turut bersama dalam sesi tersebut ialah Mudir, YBhg. Dato’ Profesor Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Mursyid, PU Hafiz serta para Mualimah daripada Yayasan Pahang dan Universiti Islam Selangor (UIS) yang akan memainkan peranan dalam membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang program berlangsung.




KUNJUNGAN HORMAT KOBANAS KE UIS BUKA RUANG JALINAN KERJASAMA STRATEGIKBangi, 19 Ogos 2026 – Universiti Islam Selangor (U...
20/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KOBANAS KE UIS BUKA RUANG JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

Bangi, 19 Ogos 2026 – Universiti Islam Selangor (UIS) menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) dalam satu pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pengurusan, UIS.

Kunjungan ini menjadikan platform perbincangan dan perkongsian antara UIS dan KOBANAS dalam usaha mengenal pasti peluang jalinan kerjasama strategik yang bersesuaian dengan keperluan serta kepakaran kedua-dua organisasi.

UIS mengalu-alukan kunjungan hormat tersebut dan berharap pertemuan yang berlangsung dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan memberikan manfaat bersama pada masa akan datang.

-CorpComm




20/08/2026

🎓✨ Setiap perjalanan ada rahsianya, setiap kejayaan ada hikmahnya.

Kadang-kadang kita tidak pernah tahu ke mana langkah kecil hari ini akan membawa kita. Namun, rahsia Tuhan sentiasa lebih indah daripada apa yang kita rancangkan. 🤲🏻💚

Seperti detik itu, senyuman para graduan menjadi bukti bahawa setiap usaha, doa dan penantian akhirnya menemukan jawapannya. 🎓✨

Tahniah & syabas sekali lagi buat seluruh graduan UIS!
Insya Allah, semoga langkah seterusnya dipenuhi lebih banyak rezeki, kejayaan dan keberkatan. 🌟

19/08/2026

"....Kepada para graduan, ke mana sahaja saudara dan saudari melangkah selepas hari ini, bawalah nama Universiti Islam Selangor melalui peribadi yang mulia, fikiran yang bijaksana dan hati yang sentiasa terpandu oleh nilai-nilainya. Mudah-mudahan apabila masyarakat menyebut nama Universiti Islam Selangor, mereka tidak hanya melihat sebuah institusi tetapi sebuah kualiti insan yang dilahirkan.

Selamat melangkah ke medan kehidupan. Bawalah ilmu dengan rendah hati. Peliharalah amanah dengan penuh integriti dan tinggalkan dunia ini dalam keadaan lebih baik daripada ketika saudara saudari mengenalinya.."

-Y.A.D. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pro-Canselor II Universiti Islam Selangor

19/08/2026

🎓✨ Kerana setiap momen indah tidak akan pernah dilupakan.

Saksikan sorotan Sidang Ke-2 & 3 Istiadat Konvokesyen Ke-29 Universiti Islam Selangor (UIS) yang penuh dengan senyuman, kegembiraan dan kenangan manis para graduan. 💐💚

Tahniah dan syabas buat semua graduan! 🎓👏🏻

PROJEK INKLUSIF: MENELUSURI KAMPUS MESRA ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)Bangi, 19 Ogos 2026 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)...
19/08/2026

PROJEK INKLUSIF: MENELUSURI KAMPUS MESRA ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Bangi, 19 Ogos 2026 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Selangor (UIS) Sesi 2026/2027 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UIS menganjurkan Projek Inklusif: Menelusuri Kampus Mesra OKU yang berlangsung di Dewan Senat UIS.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIS, Dr. Abdul Razif bin Zaini dan menjadi platform bagi pihak pengurusan universiti bersama wakil pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) meninjau secara langsung kawasan dan kemudahan di kampus yang dikenal pasti memerlukan penambahbaikan.

Inisiatif yang dicetuskan oleh Senator Orang Kelainan MPP UIS ini bertujuan menyampaikan maklumat secara terus kepada pihak pengurusan UIS terhadap keperluan sebenar warga OKU, di samping mengenal pasti kawasan dan kemudahan yang kurang mesra OKU. Pendekatan turun padang ini turut membuka ruang komunikasi dua hala antara warga OKU dengan pihak pengurusan universiti bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung cabaran dan keperluan yang dihadapi.

Melalui program ini, cadangan penambahbaikan yang lebih praktikal dapat dikenal pasti bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih inklusif dan mesra OKU.




Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60389117073

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UIS - Universiti Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UIS - Universiti Islam Selangor:

Shortcuts

Share