Aiman Psikologi

Aiman Psikologi Psikologis klinikal yang aktif berkongsi kesedaran dan kepentingan kesihatan mental masyarakat di Malaysia. Layari www.aimanpsikologi.com untuk maklumat lanjut.
(232)

Aktif beri talk secara online dan offline berkaitan psikologi, kesihatan mental, personaliti dan sebagainya.

22/07/2026

šŸ“¢ PERHATIAN SEMUA PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA!

Pernah tertanya-tanya tentang kesihatan mental tetapi tidak tahu di mana hendak bermula? Atau ada persoalan yang ingin ditanyakan tetapi belum pernah berpeluang?

Jom sertai Breaking the Silence: Understanding Mental Health & Seeking Help, sebuah webinar PERCUMA khas untuk pelajar universiti bagi meningkatkan kefahaman tentang kesihatan mental, mengurangkan stigma, dan mengetahui cara mendapatkan bantuan yang sesuai.

✨ Apa yang anda akan pelajari:
- Memahami kesihatan mental dan isu-isu kesihatan mental yang biasa dialami.
- Menghapuskan stigma dan salah faham mengenai kesihatan mental.
- Mengetahui saluran bantuan serta langkah mendapatkan sokongan yang sesuai.

Sesi ini juga bersifat interaktif, jadi bawalah soalan anda! Kami akan mengadakan sesi Soal Jawab (Q&A) secara langsung bersama penceramah pada penghujung webinar.

šŸ“Œ Penyertaan adalah PERCUMA. Daftar sekarang di: https://forms.gle/jGNSTwCcfXYtQ7VA9

Nota: Webinar ini dijalankan sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan universiti. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar universiti di Malaysia yang bersetuju untuk melengkapkan soal selidik ringkas sebelum dan selepas webinar.
Anda dikehendaki masuk ke dalam Kump**an WhatsApp selepas selesai menjawab borang soal selidik. Kump**an WhatsApp ini hanya digunakan untuk berkongsi maklumat dan kemas kini berkaitan webinar sahaja. Tiada spam, mesej yang tidak berkaitan, atau kandungan promosi akan dihantar.

Terima kasih dan selamat mempelajari sesuatu! ā¤ļø

Kami lelaki penat bekerja cari rezeki untuk isteri dan anak-anak, bagi cukup makan, minum, bayar rumah, kereta dll. Taha...
19/07/2026

Kami lelaki penat bekerja cari rezeki untuk isteri dan anak-anak, bagi cukup makan, minum, bayar rumah, kereta dll.

Tahan stres, pendam emosi dan simpan sendirian saja apa-apa tekanan, sebab kalau diluahkan akan dilabel lembik, pondan, lelaki tak boleh menangis dll.

Pendek kata, kena tunjuk kuat sepanjang masa, sebab imej sebagai ketua dan pelindung keluarga.

Jadi, waktu demam sajalah kami boleh jadi ā€˜vulnerable’ sebentar, luahkan habis segala-mala perasaan sakit yang disimpan selama ini 🫣

Kasi can okay? šŸ˜

TERBONGKAR! KENAPA LELAKI BARU DEMAM SUDAH NAK ā€œBUAT WASIATā€, TAPI WANITA SUHU 40°C MASIH BOLEH DRIVE KE KLINIK?

Tular perkongsian seorang petugas kesihatan mengenai pesakit wanita yang datang ke klinik dengan wajah tenang. Apabila diperiksa, suhu mencecah 38.5°C, 39°C malah 40°C.

Lelaki p**a kadang-kadang baru rasa menggigil sedikit, satu rumah sudah tahu dia sedang sakit.

Kelakar, tetapi adakah ā€œman fluā€ benar-benar wujud?

Jawapannya: Ada sedikit asas biologi, tetapi bukan semudah ā€œlelaki manja, wanita kuatā€.

Sistem imun lelaki dan wanita tidak bertindak dengan cara yang sama. Secara umum, hormon estrogen dan gen berkaitan imun pada kromosom X boleh membantu wanita menghasilkan tindak balas imun yang lebih kuat. Androgen seperti testosteron p**a boleh menekan sebahagian tindak balas imun.

Sebab itu, bagi sesetengah jangkitan virus pernafasan, lelaki boleh mengalami komplikasi atau penyakit yang lebih teruk. Namun kesannya berubah mengikut jenis virus, umur, status hormon dan kehamilan. Ia bukan peraturan mutlak untuk semua penyakit atau semua orang.

Tetapi biologi hanyalah sebahagian daripada cerita.

Ramai wanita sudah terbiasa meneruskan rutin walaupun sedang sakit, senggugut, migrain atau keletihan. Ada anak yang perlu dijaga, makanan perlu disediakan dan kerja yang masih perlu diselesaikan.

Mereka kelihatan tenang bukan kerana tidak sakit. Mereka mungkin sudah terlatih untuk terus berfungsi ketika sakit.

Lelaki p**a sering diajar supaya ā€œtahanā€ dan tidak mengadu ketika gejala masih ringan. Apabila badan akhirnya benar-benar tidak mampu bertahan, segala ketidakselesaan itu keluar serentak.

Namun jangan salah faham. Wanita bukan semestinya mempunyai toleransi kesakitan lebih tinggi, dan lelaki yang mengadu bukan semestinya mengada-ngada. Perbezaan pengalaman sakit dipengaruhi oleh hormon, sistem imun, psikologi, budaya dan cara seseorang belajar menghadapi penyakit.

Paling penting, jangan menilai tahap penyakit melalui wajah seseorang.

Wanita yang masih tersenyum dengan suhu 40°C tetap memerlukan pemeriksaan segera. Lelaki yang kelihatan ā€œdramatikā€ juga mungkin benar-benar mengalami sakit badan, menggigil dan keletihan yang teruk.

Periksa suhu, pernafasan, tahap kesedaran, pengambilan air dan tanda dehidrasi. Jika terdapat sesak nafas, sakit dada, keliru, terlalu lemah atau demam tinggi berterusan, dapatkan rawatan.

Kesimp**annya, ā€œman fluā€ mungkin ada sedikit sains di sebaliknya. Tetapi kadang-kadang wanita bukan kurang sakit.

Mereka cuma tidak diberi peluang untuk sakit.

19/07/2026
19/07/2026

Bayangkan kalau anak kecil anda meninjau ke luar tingkap kereta, lalu bertanya.

"Apa yang wow tu ayah?"

Dari iklan haram tepi traffic light dia berevolusi...
..kepada iklan-iklan berbayar dengan innuendos di socmed...
..kepada doktor-doktor jual ubat kuat dan tahan lama di facebook...
.kepada influencer-influencer buat live di TT, sambil bawa pisang, model 'barang', pakai seluar kerat sebab nak tunjuk 'hasil'..
.sekarang dah berjangkit ke institusi p**a.

Begitulah jahiliyyah berevolusi. Sedikit-sedikit sampai akhirnya yang salah orang akan anggap biasa dan betul.

Hilang kesopanan dan kesusilaan. Hilang budaya hidup beragama yang berakhlakkan al-haya' (malu).

I have no words.

15/07/2026
14/07/2026

Mengikuti isu cabul terhadap beberapa orang kanak-kanak di page YB Mohd Noor Helmy membuatkan aku rasa sukarnya nak fahamkan budak serta ibubapa mereka betapa dahsyatnya sexual grooming (pengantunan seksual) terhadap kanak-kanak!

Beberapa hari lepas, YB ada bertemu dengan mangsa-mangsa beserta mak ayah mereka untuk tahu apa yang berlaku. Kebetulan masa tu pelaku sedang menaiki motor dengan membawa seorang kanak-kanak yang lain. Alang-alang ada polis sekali dalam meeting berkenaan, apa lagi terus kena cekup mamat tu!

8 laporan polis telah dibuat malam tadi. Hari ni p**a arahan reman 7 hari dikeluarkan untuk soal siasat tertuduh!

Tahniah YB, tahniah pihak polis, tahniah ibubapa, tahniah komuniti masyarakat di Duyong!

Namun kerisauan saya yang sebenar adalah bila kanak-kanak yang menjadi mangsa mula bertanya,

"Macam mana keadaan Abang Epul sekarang?"

Walhal lelaki tu cabul mereka, buat benda jijik, tapi mereka lebih risaukan Abang Epul berbanding kerisauan terhadap diri sendiri!

Kenapa sampai jadi macam tu?

Bukan patut depa cakap,

"Padan muka. Lelaki tak guna!"

"Setan ni patut meringkuk dalam penjara je!"

"Sebat punggung dia sampai hancur!"

Tapi ia tak berlaku. Bukan itu yang diungkapkan mangsa, tapi mereka lebih peduli keadaan pemangsa ok ke tak!

Apa yang berlaku pada mereka sebenarnya?

Ya, inilah yang dinamakan sebagai Sexual Grooming atau dalam akta kanak-kanak dipanggil sebagai Pengantunan Seksual!

*********

Dalam isu pengantunan seksual (sexual grooming), ada 6 peringkat yang akan dilakukan oleh penjenayah seksual (sexual predator/ pedofilia) untuk membina kepercayaan dan mengawal mangsa secara berperingkat sebelum depa dicabul atau diperlakukan lebih teruk dari itu.

Ia biasanya berlaku secara perlahan sehingga mangsa tidak menyedari dirinya sedang dimanip**asi. Yang lebih parah dah kena cabul pun kanak-kanak tetap rasa sayang pada pelaku.

Berikut ialah 6 peringkat utama pengantunan seksual :

1. Dia akan target dulu mangsa (Targeting)

Pelaku mengenal pasti individu yang dianggap mudah dimanip**asi. Mangsa mungkin seorang yang kesunyian, kurang perhatian ibu bapa, mudah mempercayai orang, atau sedang mengalami masalah emosi.

Kat mana pemangsa boleh cari mangsa? Kawasan kejiranan, sekolah, asrama, umah pengasuh, rumah di kampung, dalam bas, sosial media bahkan di dalam rumah sendiri!

Contoh situasi :

a) Seorang jurulatih atau guru yang memberi perhatian khusus kepada murid yang sering bersendirian.

b) Seorang individu di media sosial menyasarkan remaja yang kerap memuat naik luahan perasaan.

Macam kes yang YB Helmy kongsikan ni, rasa-rasa dia jumpa kanak-kanak di mana? Padang bola? Kedai makan? Tempat biasa budak-budak ni melepak? Sekolah?

2. Membina Kepercayaan (Gaining Trust)

Pelaku berusaha menjadi orang yang dipercayai oleh mangsa dan kadangkala oleh ibu bapa atau penjaga.

Contoh situasi :

a) Sentiasa membantu mangsa menyiapkan tugasan.
Memberi hadiah, belanja makanan atau bawa mangsa menaiki motor atau kenderaan dia.

b) Berkawan baik dengan keluarga mangsa supaya tidak menimbulkan syak. (Terutama pelaku yang keluarga mangsa kenal)

Ingat lagi kes PU Azman yang disabitkan bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak? Bayangkan grooming yang beliau lakukan hingga mangsa datang ke rumah beliau serta ke homestay beramai-ramai! Mak ayah pun percaya ke beliau. Ya lah, ustaz kan. Sekali kena oral seks dan diajar untuk melalukan sodomi!

Kalau kes di asrama lagilah, senior akan bina trust dengan junior dengan menjadikan hubungan mereka adik abang angkat!

3. Penuhi Keperluan Mangsa dan Mewujudkan Rasa Kebergantungan (Fulfilling Needs)

Pelaku menjadikan dirinya tempat mangsa bergantung dari segi emosi, kewangan atau sokongan.

Contoh situasi :

a) Menjadi tempat mangsa meluahkan masalah.
Ada ketika pelaku akan memberi wang saku atau hadiah mahal.

b) Mengatakan, "Hanya abang yang betul-betul faham awak." "Mak ayah memang macam tu, depa mana faham kita." "Abang pernah ada kat tempat adik dulu. Abang faham sangat." "Abang ok je kalau adik nak luahkan."

Masa peringkat ni mangsa akan mula terdetik dalam hati, "abang ni baiklah." "Abang ni faham aku." "Abang ni tak macam mak bapak aku."

Bayangkan andai pelaku tu ada akses terus dengan kanak-kanak di sekolah? Rumah pengasuh? Asrama? Apalah yang akan dia buat kepada kanak-kanak berkenaan?

4. Mengasingkan Mangsa (Isolation)

Pelaku cuba mengurangkan hubungan mangsa dengan individu yang boleh melindunginya seperti ibu bapa, guru atau rakan.

Contoh situasi:

a) Meminta mangsa merahsiakan hubungan mereka.

b) Mengajak berjumpa tanpa pengetahuan keluarga.

c) Menghasut mangsa supaya tidak mempercayai ibu bapa atau guru.

5. Sexualizing the Relationship

Pelaku mula menguji sejauh mana mangsa akan menerima tingkah laku secara seksual. Ia biasanya bermula dengan perkara yang kelihatan "biasa" sebelum menjadi semakin serius.

Contoh situasi :

a) Kerap memberi pelukan yang tidak diperlukan.

b) Menyentuh bahu, tangan, leher, p**i, paha atau punggung dengan alasan bergurau atau menyatakan ia tanda dia sayang kepada mangsa.

c) Menghantar mesej yang bersifat terlalu peribadi atau tidak sesuai untuk hubungan tersebut.

d) Mengajar kanak-kanak menonton video lucah.

e) Meminta mangsa memberikan gambar tidak berpakaian kepadanya.

f) Mengajar mangsa bagaimana lakukan onani.

g) Mengajar mangsa untuk onanikan pelaku.

Dan ada 1001 lagi perbuatan jijik yang mereka akan lakukan!

Ingat ya, masa peringkat kelima ni, mangsa dah tak rasa benda tu salah. Bahkan rasa seronok. Rasa sayang. Rasa excited sebab diajar buat perkara yang tak pernah didedahkan sebelum ni! Allah!

6. Kawalan dan Eksploitasi (Control & Exploitation)

Pelaku akan memanip**asi, mengugut, mewujudkan rasa bersalah terhadap diri mangsa. Kanak-kanak akan diminta untuk merahsiakan hal berkenaan.

Contoh situasi :

a) Mengugut akan memutuskan hubungan jika mangsa bercerita kepada orang lain.

b) Mengatakan, "Kalau awak beritahu sesiapa, tiada siapa akan percaya awak."

c) Membuat mangsa berasa bersalah atau takut untuk mendapatkan pertolongan.

d) Buatkan mangsa rasa seronok dan rasa ingin lagi dilakukan secara seksual oleh pemangsa.

e) Jika di media sosial, mereka akan ugut akan viralkan gambar atau video yang tak senonoh yang telah diberi oleh mangsa kepada pelaku.

Seperti peringkat kelima, stage enam ini juga pelaku akan gunakan 1001 cara agar mangsa tak berkongsi kepada sesiapa!

***********

Apa-apapun, dalam kes yang YB Helmy kongsi ni, anak-anak masih bercerita kepada orang dewasa yang dipercayai. Tahniah anak-anak!

Buat mak ayah, tolong alert dengan perkara ini. Risau anak kita juga jadi mangsa sexual grooming Nauzubillah!

1. Anak terlalu rapat dengan seorang dewasa secara luar biasa.

2. Kerap menerima hadiah tanpa sebab yang jelas.

3. Banyak menyimpan rahsia tentang seseorang.

4. Perubahan emosi atau tingkah laku secara mendadak.

5. Kerap berhubung secara peribadi melalui telefon atau media sosial dengan individu tertentu.

6. Menjauhkan diri daripada keluarga atau rakan.

Penting untuk difahami bahawa pengantunan seksual tidak hanya berlaku oleh orang yang tidak dikenali.

Dalam banyak kes, pelaku ialah individu yang dikenali dan dipercayai mangsa seperti ahli keluarga sendiri, cikgu, ustaz, warden, senior di asrama, rakan 1 batch di asrama, pemandu bas sekolah, pengawal keselamatan di sekolah, coach, pemimpin komuniti, atau individu berpengaruh.

Ingat, sexual grooming juga berlaku di dalam institusi keagamaan seperti tahfiz, madrasah, pondok dan lain-lain.

Tolong sangat didik anak-anak tu. Jika anak kita tak jadi mangsa, ajar mereka untuk peduli dengan perubahan kawan-kawannya.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Syukur, JKM Melaka dah uruskan anak-anak ini. Mereka wajib dibantu dari awal agar kelak tak menjadi pemangsa yang merosakkan kanak-kanak yang lain atau alami tekanan mental yang sangat teruk Nauzubillah!

14/07/2026

Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bagi merangka pendekatan baharu menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar menerusi program kokurikulum di luar silibus sekolah.

Berita penuh: https://shorturl.at/bYxy8

13/07/2026

Pengamal bidang kesihatan mental yang bertauliah dan berlesen, perlulah elakkan diri daripada menulis dan berkongsi kisah klien/pesakit di media sosial.

- Walaupun tak tulis nama (atau guna nama samaran)

- Walaupun tiada identiti didedahkan (guna istilah ā€œmakcik/ada gadis/seorang lelakiā€ dll)

- Walaupun dengan niat untuk berkongsi teladan dan pengajaran bersama

TETAPI,

Kerahsiaan klien/pesakit tetap perlu dijaga. Tak terhad pada identiti, tetapi juga kandungan/kisah yang mereka luahkan dalam sesi yang sepatutnya ruang selamat (safe space) untuk mereka.

Bayangkan begini,

Anda akhirnya pergi ke sesi terapi, beranikan diri untuk buka cerita peribadi dengan pakar yang anda percaya, setelah bertahun-tahun hadap seorang diri.

Tiba-tiba pakar itu bercerita kisah anda di media sosial, dengan gaya cerpen, dan ramai orang boleh baca secara terbuka.

Walaupun dia tak sebut nama anda, tetapi daripada kisah itu, anda tahu ia berkait rapat dengan situasi anda

Apa perasaan anda sebagai klien/pesakit?

Apa terjadi kepada kepercayaan anda terhadap sistem rawatan?

Selepas ini, nak datang sesi lagi tak?

——-

Saya faham ada orang kata, kisah tersebut boleh jadi inspirasi, teladan, pengajaran kepada orang awam.

Tetapi, banyak lagi cara lain untuk sebarkan kesedaran tersebut. Antaranya:

1. Buat kisah fiksyen (alang-alang nak menulis cerpen)

2. Guna kajian kes yang memang dah diterbitkan dalam kertas akademik (pesakit dalam itu biasanya sudah beri dan sign consent)

3. Tulis daripada refleksi diri (perspektif apa kita belajar dan nak masyarakat tahu, tanpa beritahu cerita peribadi sesiapa)

Masyarakat sekarang perlukan lebih banyak pendedahan kesedaran dan tip/strategi untuk urus emosi dan mental.

Peranan pengamal kesihatan mental yang ada, untuk mengisi keperluan ini, tetapi masih berpegang kuat kepada etika dan akta yang ada.

Sama-sama lah kita jadi pengamal yang bukan saja ada kelayakan profesional yang sahih, tetapi dipercayai oleh klien/pesakit kita.

Nota:
Saya tulis ini juga untuk peringatan diri sendiri supaya berhati-hati. Sebab kerja harian saya banyak berjumpa klien untuk psikoterapi, pada masa sama saya juga aktif di media sosial.

Jika anda perasan saya cenderung melanggar etika ini tanpa disedari, mohon tegur saya šŸ™šŸ¼

12/07/2026

10 ISU DAN CADANGAN SOLUSI BERKAIT ISU KESIHATAN MENTAL MURID DI SEKOLAH (KHUSUS DALAM ASPEK PEMERKASAAN GURU KAUNSELOR)

Dari dulu lagi banyak yang saya sudah sentuh tentang pemerkasaan kesihatan mental di sekolah. Sebahagian hanya jadi posting yang lalu lalang. Sebahagian mungkin ada yang telah pun berjalan Alhamdulillah.

Sejujurnya, sebagai pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, berita dan tragedi yang tak putus-putus berlaku dalam ekosistem pendidikan negara sudah tentu merisaukan. Namun kami hanya duduk di barisan hujung kesihatan mental ini sudah tentu tak tercapai untuk reach out every single students/sekolah. Ekosistem kanak-kanak dan remaja ini sangat luas. Jadi mahu tak mahu, kita perlu perkasakan our first-liners di sekolah, terutamanya kaunselor untuk mengurangkan jurang akses yang sedia ada.

ini antara 10 cadangan yang saya kemukakan semula (walaupun saya tahu yang di atas tak tentu kisah pun). Saya buat kerja saya sahaja untuk mengingatkan.

ISU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

1. Nisbah kaunselor kepada murid masih tidak seimbang, menyebabkan kaunselor sukar memberi intervensi yang intensif kepada murid berisiko tinggi.
2. Peranan kaunselor masih dibebankan dengan tugasan pentadbiran dan program sekolah, sekali gus mengurangkan masa untuk sesi kaunseling dan intervensi.
3. Tahap latihan dalam pengendalian isu kesihatan mental yang kompleks tidak seragam, khususnya berkaitan bunuh diri, kecederaan kendiri, trauma dan gangguan psikiatri.
4. Sistem saringan dan pengesanan awal kesihatan mental belum dilaksanakan secara menyeluruh dan standard di semua sekolah.
5. Kerjasama antara sekolah dan perkhidmatan kesihatan mental masih boleh diperkukuhkan, termasuk laluan rujukan, maklum balas kes dan konsultasi pakar.
6. Masih terdapat stigma terhadap kesihatan mental, menyebabkan sebahagian murid dan ibu bapa lambat mendapatkan bantuan.
7. Penglibatan ibu bapa dalam intervensi kesihatan mental belum konsisten, sedangkan sokongan keluarga merupakan faktor penting dalam pemulihan.
8. Guru masih memerlukan lebih banyak latihan untuk mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan membuat rujukan yang tepat.
9. Sokongan kepada kesejahteraan kaunselor sendiri masih terhad, sedangkan mereka juga berisiko mengalami tekanan emosi dan burnout akibat mengendalikan kes yang semakin kompleks.
10. Pemantauan keberkesanan program kesihatan mental di sekolah boleh diperkukuhkan melalui penggunaan data, penilaian impak, dan penambahbaikan berterusan.

SOLUSI KEPADA ISU-ISU INI

1. Menambah bilangan kaunselor sekolah bagi mencapai nisbah kaunselor kepada murid yang lebih sesuai. Nisbah 1:500 ni sudah outdated. Prevalance of mental illness dalam kalangan remaja di MAlaysia ialah 1:6, jadi anda calculate sendiri berapa yang guru kaunselor kena uruskan dalam satu-satu masa.
2. Menyediakan latihan profesional berterusan dan penyeliaan klinikal dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, pencegahan bunuh diri, penjagaan berasaskan trauma, dan intervensi krisis. Ini antara yang guru-guru kaunselor selalu luahkan pada saya - "kami pun buat ikut apa yang kami belajar dulu doktor. Kadang-kadang lost". Saya dah sebut dahulu banyakkali, Kementerian kena ada educational psychologist and school psychologist di setiap PPD. Sila hantar kaunselor untuk buat master/PhD dengan biasiswa HLP.
3. Mengurangkan beban tugas pentadbiran supaya kaunselor dapat memberi lebih tumpuan kepada intervensi dan sokongan kepada murid. Ramai yang mengadu kena jadi guru ganti. Saya harap perkara ini tak benar. betulkans saya jika silap.
4. Memperkukuh laluan rujukan dan kerjasama multidisiplin antara sekolah, fasiliti kesihatan, ahli psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan mental komuniti.
5. Membangunkan protokol standard bagi saringan kesihatan mental, penilaian risiko, dan pengurusan krisis di sekolah. Sila update Saringan Minda sihat yang dah dibuat bertahun-tahun dengan menambah baik standard operasi berdasarkan data-driven.
6. Meningkatkan keupayaan guru untuk mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan membuat rujukan awal yang sesuai.
7. Melaksanakan program promosi dan pencegahan kesihatan mental secara berkala di peringkat sekolah, termasuk program daya tahan (resilience), literasi kesihatan mental, dan pencegahan buli.
8. Memperkukuh penglibatan ibu bapa melalui program psikoedukasi dan kerjasama dalam menyokong kesejahteraan mental anak-anak.
9. Menyediakan akses kepada sumber kesihatan mental digital dan khidmat nasihat pakar bagi membantu kaunselor menguruskan kes yang kompleks.
10. Menjaga kesejahteraan kaunselor sekolah melalui sokongan rakan sekerja, program kesejahteraan, dan langkah-langkah pencegahan burnout.

Semua ini tak akan berjalan kalau isu-isu lain dalam pendidikan tidak turut diselesaikan, sebab ia saling berkait (isu silibus berat, murid padat, fasiliti, buli dll). Isu kaunSelor ini hanya "a fraction" sahaja. Tapi saya sentuh juga sebab saya tahu kaunselor sekolah tak berani nak sebut, nanti kena panggil orang atasan.

Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aiman Psikologi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Aiman Psikologi:

Shortcuts

Share