21/08/2026
Alhamdulillah sekali lagi SMAPK terpilih sebagai tempat anak-anak cemerlang berkumpul. Moga semua berjaya dengan gemilang. Sesuai dgn slogan di sini pemimpin di lahirkan. Terima kasih SBP memberi kepercayaan kepada SMAPK AL ULA. Juga penghargaan kepada guru-guru dan AKP yg berkorban demi anak bangsa.
Bermula 21 - 23 Ogos 2026, SMAP Kajang menganjurkan Bengkel Kecemerlangan SAINS KOMPUTER A+ SBP peringkat Kebangsaan dengan disertai 14 buah SBP dan 2 sekolah Jemputan; KYS dan MTD. Semoga ilmu yang diberikan membawa keberkatan dan kecemerlangan dalam SPM 2026.
20/08/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Motivasi & Retreat “Minda Juara” Tingkatan 3 Batch Dhiaul Adilin pada:
📅 15 – 16 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam
Program yang merupakan kolaborasi antara Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Puncak Alam ini menghimpunkan para pelajar Tingkatan 3 SMAP Kajang dalam sebuah program yang sarat dengan motivasi, pembinaan jati diri, pengukuhan ukhuwah dan persediaan menghadapi cabaran akademik serta kehidupan.
Program anjuran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dhiaul Adilin ini menjadi platform untuk para pelajar mengenali potensi diri, membina keyakinan, memupuk semangat berpasukan dan menetapkan hala tuju untuk melangkah lebih jauh sebagai insan yang cemerlang. Turut bersama menjayakan program ini adalah barisan fasilitator dari Persatuan Kaunseling Universiti Malaya (PERKUM)
Minda Juara, Jiwa Juara, Masa Depan Juara!
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang dua hari satu malam ini menjadi bekalan untuk anak-anak Tingkatan 3 terus melangkah dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan guru, penceramah, fasilitator, urusetia, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menjayakan program ini.
Kita bina anak-anak hari ini untuk menjadi juara pada masa hadapan.
19/08/2026
Tahniah anakanda Umar Uzair Bin Mohd Rafie. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang 4 bulan di Kanagawa, Jepun utk program pertukaran pelajar.
Umar telah terbang ke sana pagi tadi dan akan belajar di sana sehingga 15 Disember 2026.
-ULA
05/08/2026
Terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh atas peluang dan kepercayaan yang diberi kepada SMA Persekutuan Kajang
04/08/2026
Selamat datang delegasi educational trip magister pedagogi yang juga merupakan calon calon pengetua sekolah di Indonesia.
Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2026, telah berlangsung Program Kunjungan Akademik dari Universitas Lancang Kuning, Pekanbaru, Indonesia ke SMAP Kajang.
Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan akademik antara institusi, memperluaskan jaringan kerjasama, serta membuka ruang perkongsian ilmu, penyelidikan dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.
30/07/2026
Warga SMAP Kajang mengucapkan Tahniah dan selamat datang kepada Tuan Pengarah BPSBP. Mohon bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami memacu kecemerlangan sekolah ini.
17/07/2026
“Dan hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang .” ( Surah Ar-Ra’d : 28)
Kesihatan mental bukan tanda kelemahan, sebaliknya ia adalah asas kepada pembelajaran yang berkesan dan hubungan yang sihat dan kehidupan yang seimbang.
Sehubungan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Persekutuan Kajang telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan kecemerlangan minda sihat dalam kalangan murid dengan mengadakan satu Program 5 Minit Minda Sihat Bersama Kaunselor. Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua warga SMAPK tentang kesihatan minda masing masing.
Jaga minda. Jaga emosi. Jaga hubungan dengan Allah.
16/07/2026
Puasa salah satu kaedah mujahadatunnafsi dan baiki diri. Moga hati anak-anak Abati Allah bersihkan. Insyaallah mudah faham, taat dan beradab.
10/07/2026
Johan Silver Pool, Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan Kategori Lelaki.
Tahniah kepada pasukan hoki lelaki SMAP KAJANG atas kejayaan merangkul Johan Silver Pool dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan.
Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang hadir dengan mudah. Di sebalik kemenangan ini tersimpan pelbagai cabaran, pengorbanan, keringat, dan dugaan yang ditempuhi sepanjang perjalanan. Ada jatuh bangun, ada kecewa dan ada yang hampir berputus asa, namun semangat juang, disiplin, dan kesungguhan anak anak dan guru tidak pernah luntur. Dan di sebalik senyuman kemenangan hari ini, tersimpan seribu cerita yang hanya mereka yang melalui perjalanan ini benar-benar memahaminya.
Tahniah buat seluruh pemain yang berjuang tanpa mengenal lelah, para jurulatih yang tidak pernah jemu membimbing, barisan pengurusan, ibu bapa, alumni dan warga sekolah serta semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan.
Tahniah, Wira-Wira Hoki.