Muassasah Darul Fuqaha Official

Call Directions Website Contact the school

Muassasah Darul Fuqaha Official SEKOLAH INTEGRASI TAHFIZ & AKADEMIK diperingkat rendah dan menegah
(Maahad Tahfiz Darul Fuqaha)....
(Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Fuqaha)

Institusi Muassasah Darul Fuqaha ditubuhkan dengan tujuan:

1.Memberi peluang pendidikan menengah secara PERCUMA kepada anak-anak yatim yang fakir miskin
2.Memberi peluang pendidikan dengan yuran mengikut kemampuan bagi anak ibu tunggal dan fakir miskin.
3.Menyediakan pendidikan integrasi antara hafazan al-Quran, pengajian Agama dan pengajian Akademik KBSR dan KBSM
4.Menyediakan suasana kehidupan yang selesa bagi pertumbuhan minda dan perkembangan akhlak MISI
PERTAMA
menjadi sebuah pusat pendidikan Islam yang melahirkan umat yang beriman dan bertaqwa yang bersedia mewakafkan dirinya untuk Islam seterusnya berusaha membangun tamadun dunia berasakan panduan Al-Quran dan As-Sunnah
KEDUA
menjadi pusat pembangunan sosio ekonomi yang berusaha membangunkan kekuatan ekonomi umat serta menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan bantuan supaya mereka sentiasa dekat dengan Islam

22/09/2026

mari bantu

09/05/2026

ASSALAM WBT.

TUAN/PUAN yang dihormati

Darul Fuqaha membuka peluang penajaan pendidikan bagi pengurusan pelajar-pelajar anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Semoga dengan sedikit rezeki yang dikongsikan memberi manfaat yang besar dalam perkembangan pendidikan mereka.
اجرك الله فيما اعطيت وبارك الله فيما ابقيت وجعله لك طهورا

"semoga Allah memberi pahala ke atas apa yang telah anda berikan. Semoga Allah memberkati harta yang masih berbaki dan semoga apa yang ditunaikan menjadi pembersih bagi diri dan harta anda"

Amin..

Terima kasih

09/05/2026

ayuh berinfaq

19/02/2026
26/11/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Berbakti Kepada Ibu*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَأْمُرُنِي قَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ فَقَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ بَرَّ أَبَاكَ

_*Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya; "Apa yang engkau perintahkan kepadaku?" maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, "lalu ia mengulangi pertanyaannya, dan baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu," lalu ia mengulangi pertanyaannya hingga yang keempat kalinya, maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada bapamu."*_ (HR Ahmad No: 8850) Status: Hassan

*Pengajaran:*

1. Berbakti kepada ibu adalah kewajipan tertinggi seorang anak selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul.

2. Keutamaan berbuat baik kepada ibu melebihi dari ayah sama ada dalam kasih sayang, penjagaan mahupun kebajikan. Mengikut Ibn Battal, ibu perlu diutamakan kerana ibu mengalami tiga kepayahan:

a. Pertama ketika mengandung;
b. Kedua ketika melahirkan dan;
c. Ketiga ketika menyusu dan membesarkan.

3. Ayah juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh anak. Walaupun ibu lebih diutamakan, ayah tetap berhak dihormati dan ditaati, kerana dia menjadi pelindung dan pemberi nafkah kepada keluarga.

4. Keutamaan pada sianak ialah berbakti kepada ibu kemudian kepada bapa.

5. Islam menuntut umatnya menghargai jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Berusahalah untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapa kerana ia adalah ibadah besar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta menjadi jalan menuju syurga bagi mereka yang melakukannya dengan penuh kasih, hormat dan ikhlas.

*Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama*

05hb Jamadil Akhir 1447H
26hb November 2025

alhamdulillah
13/11/2025

alhamdulillah

Firman Allah SWT,“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar...
11/11/2025

Firman Allah SWT,
“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.”
(Al-An’am, Ayat 115)

Saya ingin memaklumkan bahawa Nik Radhiah binti Nik Suhaidi yang berumur 17 tahun telah Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juz pada hari Selasa (19 Ogos 2025).

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pelajar ini terus mengulang Al-Quran, mengamalkannya dan mengajarkannya.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing Nik Radhiah sehingga mencapai hasratnya mengkhatamkan hafazan Al-Quran. Moga sekolah dapat melahirkan lagi para hafiz dan hafizah. Insya-Allah, amin.

Sekian, terima kasih.

🎓💫 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2026 KINI DIBUKA! 💫🎓Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌿Berita gembira buat i...
11/11/2025

🎓💫 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2026 KINI DIBUKA! 💫🎓
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌿
Berita gembira buat ibu bapa dan penjaga!
✨ Maahad Tahfiz Darul Fuqaha kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi persekolahan tahun 2026!
🌸 Pendidikan berteraskan al-Quran, akademik dan pembinaan sahsiah pelajar dalam suasana Islamik yang harmoni.
🏫 PILIHAN PENGAJIAN
🏠 Pelajar Harian
🏡 Pelajar Asrama (Lelaki & Perempuan)
📚 SYARAT KEMASUKAN
✅ Telah menguasai asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
✅ Boleh membaca al-Quran dengan baik
✅ Berminat & bersemangat untuk menghafal al-Quran
✅ Berakhlak baik dan mampu menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran Islamik
🔥 AKTIVITI & KOKURIKULUM MENARIK!
Di Maahad Tahfiz Darul Fuqaha, pelajar bukan hanya belajar — tetapi dibentuk menjadi insan seimbang dunia & akhirat 🌟
💪 Badan Beruniform
🥋 Kelab Seni Mempertahankan Diri (Silat & Taekwondo)
🌾 Program Kepimpinan
📖 Kem Hafazan & Motivasi
🎯 Aktiviti Sahsiah & Kecemerlangan Diri
📅 Pendaftaran kini dibuka!
Tempat adalah TERHAD bagi setiap sesi kemasukan 🏃‍♂️🏃‍♀️
📲 Daftar secara online di:
🔗 https://pitas.awfatech.com/fuqaha
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi Admin:
📱 013-538 3473 (Admin Pendaftaran)
💬 “Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Beramal, Bertaqwa dan Berakhlak.”

Address

Darul Fuqaha Lot 3283 Jalan Ipis Sg. Merab Luar
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muassasah Darul Fuqaha Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Muassasah Darul Fuqaha Official:

Shortcuts

Share