Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains

Share

SRIITS/SRIIKP sebuah institusi pendidikan rendah swasta yang menawarkan sistem pendidikan bersepadu Private School

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 11/05/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAGUHATI KAMIL ZON 2026

Tahniah diucapkan kepada semua peserta KAMIL ZON 2026 yang telah mewakili SRIIKP pada sesi ini.

🤝Pencapaian keseluruhan seperti berikut:

🥇KALAM JAMAEI: JOHAN

🥈TILAWAH AL QURAN (P) : NAIB JOHAN

🥉NASYID: TEMPAT KE-3

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 11/05/2026

LANTIKAN MUSYRIF DAN MUSYRIFAH (PENGAWAS) BAGI SESI 2026

Pada 11 Mei 2026, seramai 16 orang murid SRI Integrasi Kajang Perdana telah dilantik sebagai Musyrif dan Musyrifah bagi sesi 2026.

SENARAI MUSYRIF DAN MUSYRIFAH SESI 2026

MUSYRIF
1. AHMAD HARRAZ RIZQI BIN AHMAD ZULQURNAIN
2. IRFAN FATEH BIN MOHD KHAIRUL NAZIRI
3. MUHAMMAD AZRI AZEEM BIN MOHD ABU HOLEK
4. MUHAMMAD FATIH BIN MOHD KHAIRUL HAZWAN
5. MUHAMMAD IMAN ZAHIN SYAH BIN IRWANSYAH
6. MUHAMMAD UWAIS AMSYAR BIN SAUFI SAFIAN
7. MUHAMMAD ZAID BIN MUHAMMAD
8. NURI MUHAMMAD RAYYAN BIN NURI JAZULI
9. SHEIKH LUQMAN BIN SHEIKH RAMDHAN

MUSYRIFAH
1. HANIN SAAFIA BINTI SAFERI
2. HILYAH MAHFUZAH BINTI MD MU'ADZ
3. INARAH KAISAH BINTI MAZLAN
4. INSYIRAH KAISAH BINTI MAZLAN
5. NURDAMIA RAYSHA ALEESHA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS
6. SITI NASUHA BINTI MOHD NIZAM
7. SYAFAA'ATUL A'DAWIYAH BINTI SYAFIEE

Unit Disiplin (HEM SRIIKP)
11 Mei 2026

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al-Quran dan Hadith"

08/05/2026

English (6 Thalhah)
Friday (8th May, 2026)
Topic: Life in the Past (Used to & Didn’t use to)

Turning grammar into a station game (gallery walk) because worksheets alone are just too boring 🤭 trying to convince year 6 students that grammar can actually be fun ✨

01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Islam mengajar umatnya agar menjadi muslim yang rajin bekerja dan membantu orang lain. Insan yang paling mulia di muka bumi ini adalah para nabi. Tugas yang mereka di dunia ini sangat mulia, iaitu berdakwah kepada agama Allah dan mengajarkan risalahnya kepada manusia yang lain. Allah sering mengisahkan kepada kita perjuangan dakwah mereka dalam Al Qur`an.

Namun begitu, di dalam Al Qur`an juga Allah menyebutkan sisi lain dari kehidupan mereka. Mereka juga seperti manusia yang lain pada umumnya, termasuk dalam hal bekerja dan mencari penghidupan.

Nabi kita yang mulia juga pernah bekerja sebagai penggembala kambing. “Tidaklah Allah mengutus seorang nabi melainkan pernah menjadi penggembala kambing.” Para sahabat berkata, “Begitu juga engkau?” beliau bersabda, “Ya, aku pernah menggembala kambing penduduk Makkah
dengan upah sejumlah wang.” (HR Bukhari).

Baginda Rasulullah saw juga berdagang. Beliau pernah melakukan perjalanan bisnes ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan milik Khadijah radhiyallahu
‘anha.

Seperkara yang lebih penting lagi bagi seorang muslim adalah
memastikan pekerjaan yang dilakukan bernilai ibadah dengan ciri berikut.
1) Pekerjaan yang halal dan baik
2) Bekerja dengan profesional dan penuh rasa bertanggungjawab
3) Ikhlas dalam bekerja
4) Tidak lalai dari melakukan kewajipan kepada Allah

Oleh itu, umat Islam seharusnya menjadi kuat dan rajin berusaha kerana Islam sangat mendorong umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari penghidupan.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 30/04/2026

PROGRAM LAWATAN TAHAP 1

Pada 29 April 2026 telah dijalankan program lawatan untuk murid-murid Tahun 1,2 dan 3 bertempat di Pusat Sains Negara dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Objektif lawatan ini adalah:

1. Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep sains dan teknologi melalui pengalaman pembelajaran secara interaktif.

2. Memupuk minat dan penghargaan terhadap seni serta warisan kraf tempatan melalui pendedahan langsung.

3. Membentuk sahsiah dan kemahiran sosial murid seperti kerjasama, disiplin dan tanggungjawab melalui penyertaan dalam aktiviti lawatan sambil belajar di luar bilik darjah.

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa lawatan Tahap 1 yang telah bertungkus lumus menjayakan program lawatan dan perkhemahan pada tahun ini.

Semoga anak-anak SRIIKP beroleh manfaat dari program yang dijalankan.

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al Quran dan Hadith"

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 30/04/2026

PROGRAM LAWATAN TAHAP 2 (2026)

Pada 28 dan 29 April 2026 telah dijalankan program lawatan serta perkhemahan untuk murid SRIIKP tahun 4,5 dan 6.

Objektif lawatan ini adalah:

1. Menguji daya tahan mental dan fizikal murid yang terlibat.
2. Mendedahkan murid dengan alam semulajadi dan sedikit ilmu survival.
3. Melahirkan murid yang mempunyai daya tahan, semangat juang dan tahap kesabaran yang tinggi.

Lokasi lawatan dan perkhemahan murid Tahun 6:
Campsite Sg Lepoh & Air Terjun Sungai Lepoh, Pangsun, Hulu Langat

Lokasi lawatan murid Tahun 4 & 5:
Air terjun Sungai Lepoh, Pangsun, Hulu Langat

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa lawatan Tahap 2 yang telah bertungkus lumus menjayakan program lawatan dan perkhemahan pada tahun ini.

Semoga anak-anak SRIIKP beroleh manfaat dari program yang dijalankan.

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al Quran dan Hadith"

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 28/04/2026

PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT ZON

Tarikh: 23 dan 25 April 2026

Lokasi: SRA Sg Kantan 3

Berikut senarai peserta KAMIL 2026

▶️Nasyid
1. Muhammad Adam Al-Fateh bin Johari
2. Fareez bin Mohd Faizal
3. Muhammad Jamshir Dhabit bin Jamal Arif
4. Ahmad Azhad Firas bin Muhammad Hariz
5. Fahmie bin Mohd Faizal
6. Muhammad Syamil Irsyad bin Mohd Suhairi
7. Solahuddin bin Mohd Khairul Hazwan
8. Ahmad Harraz Rizqi bin Ahmad Zulqurnain

▶️Kalam Jamaie
1. Muhammad Aqeel Hijrie Iskandar Bin Abdul Rashid
2. Najwan Syahmi Bin Mohd Najib
3. Puteri Sofia Binti Megat Ashmir
4. Siti Nadira Binti Mohd Nizam
5. Nur Aafiyah Binti Muhamad Firdaus
6. Muhammad Ammar Nawfal Bin Mohd Abu Holek
7. Muhammad Luqman Faris Bin Mohd Khairul
8. Muhammad Fayyadh Zaumar Bin Muhammad Fazli
9. Nur Adelia Delisha Binti Mohd Nasir
10. Fayyadh Hadeef Bin Mohd Noor Firdaus
11. Wan Umar Zahrawi Bin Zaim Hazin
12. Nur Insyirah Solehah Binti Mohammad Khairul Anwar
13. Tengku Ammar Syazwan Bin Tengku Ahmad Nazamuddin
14. Hanin Saafia Binti Saferi
15. Nur Jannah Madihah Binti Mohammad Saleh
16. Azra Amni Binti Azry
17. Nurqaseh Aleesha Binti Faiz
18. Ahmad Afham Bin Ahmad Zulqurnain
19. Muhammad Amsyar Bin Muhammad Asyraf
20. Aishah Azzahra Binti Mohd Ridhwan

▶️Azan dan Iqamat
1.Muhammad Fatih bin muhd Khairul Hazwan

▶️Khutbah
1. Muhammad Zulfadhli bin Muhammad Zul Fahmi

▶️Hafazan Terjemahan
1. Muhammad Firas Aisar Hanan bin Abdul Malik
2. Durratul Jinan binti Jamal Arif

▶️Hafazan Tafsiran
1. Jibril Khalil bin A. Ahmad Rasheeq
2. Adlina Hasya binti Muhammad Hariz

▶️Tilawah
1. Nawal Najdah binti Mohd Annuar Syafiq

▶️Khat
1. Ahmad Rayyan Zafran Bin Kaharuddin
2. Iffah Nasuha Binti Khairul Izman

▶️Syarahan Bahasa Melayu
1. Khayla Qhaysara binti Nor Azam
2. Sham'un Al Ghazi bin Fazrul Azman

▶️Syarahan Bahasa Arab
1. Nur Aliya Raihanah binti Ahmad Ramadhan

▶️Bercerita
1. Nazmia Al - Jannah binti Mohammad Hasli
2. Ahmad Thalhah Ubaidillah bin Muhammad Bazli

▶️Solat Jenazah

BANIN
1. HAMZAH BIN MOHAMMAD FAIZ
2. ⁠ZAMIR ZAFRE BIN MOHD SHAHRIZA
3. ⁠AAKIF JOHAN BIN ALIF JOHAN
4. ⁠ISAAC PUTRA DAIYAN BIN MOHD FAIZUN HISHAM
5. ⁠ABDULLAH SYAFIE BIN AHMAD SUBKHI
6. ⁠MUHAMMAD DZUL HAQIM BIN MOHAMAD SIDDIQ
7. ⁠MUAYYAD AMJAD BIN MUZAFFAR

BANAT
1. WAN FATIMAH AZ-ZAHRA BINTI NIK HAIRI AZLAN
2. ⁠HANANIA IRDINA BINTI KHAIRUL ANWAR
3. ⁠RAUDHATUL ALYA BINTI KHAIRUL HUSNI
4. ⁠NUR ATILIA BINTI ABDUL MALEK
5. ⁠AMANI ERYNA BINTI ABDUL KADIR JAILANI
6. ⁠DELISHA AMANI BINTI MUHAMAD RIZZWAN
7. ⁠AMNA SUMAYYA BINTI AMAR AKMAL

🤝Pencapaian keseluruhan:

🥇KALAM JAMAEI: JOHAN

🥈TILAWAH AL QURAN (P) : NAIB JOHAN

🥉NASYID: TEMPAT KE-3

Jutaan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili SRII Kajang Perdana.

Semoga semua peserta KAMIL ZON 2026 akan bangkit lebih cemerlang dan berusaha dengan gigih untuk pertandingan yang seterusnya.

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al-Quran dan Hadith"

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 26/04/2026

Kejohanan MSSD Memanah 2026

Tarikh: 20 sehingga 23 April 2026
Tempat: Lapang sasar Saad Bin Abi Waqqas

Acara Recurve Lelaki/perempuan

1. Muhammad Rayyan Ziqri Bin Amirul Safuan
2. Muhammad Zulfadhli Bin Muhammad Zul Fahmi
3. Solahuddin Bin Mohd Khairul Hazwan
4. Muhammad Akif Syafaat Bin Mohd Sukri

1. Faiqah Zeeya Binti Muhammad Fazli
2. Alyssa Binti Mohd Aswad
3. Nur Aliya Raihanah binti Ahmad Ramadhan
4. Nusaibah Binti Fairuz Nizam

Acara Compound Lelaki/perempuan

1. Sham'un Al Ghazi Bin Fazrul Azman
2. Nor Aleesya Binti Muhammad Izwan

22/04/2026

PERSEMBAHAN KALAM JAMAEI

Persembahan Kalam Jamaei sempena Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya SRIIKP yang telah diadakan pada 17 April 2026.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 21/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SRIIKP 2026

Alhamdulillah pada 17 April 2026 bersamaan 29 Syawal 1447h telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan semua ahli keluarga SRIIKP.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis pada hari Jumaat yang lalu. Tahniah juga diucapkan kepada barisan jawatankuasa Sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua sumbangan dan hidangan potluck yang diberikan. Semoga Allah membalas segala kebaikan.

Semoga berjumpa lagi di majlis seterusnya 😊

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


10, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00