Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains

Directions Contact the school

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains SRIITS/SRIIKP sebuah institusi pendidikan rendah swasta yang menawarkan sistem pendidikan bersepadu Private School

🌟 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐆𝐈 — 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 !🌟𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐣𝐨𝐦 𝐢𝐬𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚...
23/09/2026

🌟 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐆𝐈 — 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 !🌟

𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐣𝐨𝐦 𝐢𝐬𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐨𝐧𝐨𝐤𝐤𝐚𝐧, 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧. ✨

Kami bawakan 2 program menarik untuk anak-anak anda:

___________________________________

🔬 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐐
— 𝐁𝐈𝐍𝐀, 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐄𝐑𝐈𝐌𝐄𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀!

📍8–10 Disember 2026
📍7 - 12 Tahun

Anak s**a bertanya, mencuba dan meneroka?

Program STEM Q menggabungkan elemen Science, Technology, Engineering, Mathematics & Al-Quran dalam aktiviti yang hands-on dan menyeronokkan!

📖 Hafazan bertema potongan ayat Al-Quran
🧪 Kemahiran saintifik & eksperimen
🤖 Modul robotik

⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Sri Integrasi Kajang Perdana
💰 RM 350
🔥𝐄𝐚𝐫𝐥𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 𝐑𝐌 𝟐𝟗𝟓
🍱Bahan modul 3 hari + 2x makan

____________________________________

🚀 𝐓𝐔𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐑𝐀𝐂𝐊

📍14–17 Disember & 21–24 Disember 2026
📍7 - 12 Tahun

Nak anak lebih bersedia menghadapi sesi persekolahan akan datang?

Jom manfaatkan cuti dengan sesi pembelajaran yang fokus, santai & intensif.

📚 𝟒 𝐒𝐔𝐁𝐉𝐄𝐊
• 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮
• 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐬
• 𝐌𝐚𝐭𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤
• 𝐉𝐚𝐰𝐢

⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Sri Integrasi Kajang Perdana
💰 RM80/sehari
🍱4 subjek + 2x makan

✨ 𝐀𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝟒 𝐡𝐚𝐫𝐢!

📌 Tarikh tutup penyertaan: 5 November 2026

📲 Tempat adalah terhad
Untuk pendaftaran & pertanyaan:

Pn. Aqilah — 011 3932 5291

Selamat menjalani peperiksaan PSRA bagi calon tahun 2026.رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْد...
21/09/2026

Selamat menjalani peperiksaan PSRA bagi calon tahun 2026.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Ya Allah, lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Didoakan semoga semua murid-murid SRIIKP dapat melakukan yang terbaik, dipermudahkan untuk menjawab dan seterusnya beroleh kecemerlangan.

Selamat Menjalani Peperiksaan Semua! 😊

Pengurusan SRIIKP
21 September 2026

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al Quran dan Hadith"

5 FAKTA TENTANG 16 SEPTEMBER1. 16 September merupakan tarikh memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963...
16/09/2026

5 FAKTA TENTANG 16 SEPTEMBER

1. 16 September merupakan tarikh memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

2. 16 September merupakan Hari Penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

3. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil - wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

4. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

5. Bermula pada tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPKK DAN PSRATarikh: 12 September 2026 (Sabtu)Lokasi: Masjid Penjara Alhamdulilla...
14/09/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPKK DAN PSRA

Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Penjara

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu telah dijalankan Majlis Solat Hajat melibatkan semua ibu bapa bagi calon-calon peperiksaan UPKK dan PSRA sesi 2026.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan yang cemerlang kepada semua anak-anak.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan yang berterusan buat semua anak-anak yang terlibat pada tahun ini.

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN MAULIDUR RASULTarikh: 11 September 2026Lokasi: Dewan SRIIKPAktiviti yang telah ...
11/09/2026

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN MAULIDUR RASUL

Tarikh: 11 September 2026
Lokasi: Dewan SRIIKP

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Kemerdekaan dan Maulidur Rasul:
1. Rekacipta Bendera Malaysia menggunakan bahan terpakai
2. Rekacipta Sepanduk bertemakan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan

11/09/2026

Antara aktiviti mengasah minda dan fikiran di SRIIKP adalah melalui latihan permainan catur.

SRIIKP turut menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan peringkat MSSD Hulu Langat.

✨PEMENANG KECERIAAN KESELURUHAN BAGI BULAN JULAI 2026✨Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi kelas yang memenangi anuger...
09/09/2026

✨PEMENANG KECERIAAN KESELURUHAN BAGI BULAN JULAI 2026✨

Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi kelas yang memenangi anugerah Keceriaan Kelas keseluruhan bagi bulan Julai.

Tahap 1
- Johan : 1 Thoriq
- Naib Johan : 1 Usamah
- Tempat Ke-3 : 2 Abdullah

Tahap 2
- Johan : 5 Ibn Umar
- Naib Johan : 5 Abu Ubaidah
- Tempat Ke-3 : 4 Anas

Unit 4K SRIIKP
9 September 2026

TAWARAN KEMASUKAN 2027 BAGI TAHUN 1 HINGGA 6 DI SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI KAJANG PERDANA (SRIIKP)Para ibu bapa penj...
07/09/2026

TAWARAN KEMASUKAN 2027 BAGI TAHUN 1 HINGGA 6 DI SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI KAJANG PERDANA (SRIIKP)

Para ibu bapa penjaga yang berminat adalah dipelawa untuk mendaftarkan anak (lahir antara 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2020) di SRIIKP.

SRIIKP menumpukan kepada aspek pembangunan Insaniah bermula Tahun 1 hingga 4. Pada masa sama, terdapat subjek-subjek akademik, deeniah dan hafazan.

Manakala penekanan pentaksiran selari dengan KPM, JAIS dan JAKIM diberikan untuk murid Tahun 5 dan 6.

-----------------------------------------------------------
Subjek-subjek yang ditawarkan di Sekolah Rendah Islam Integrasi Kajang Perdana (SRIIKP):

1. Tilawah dan Hafazan.
2. Tajwid.
3. Jawi.
4. Feqah.
5. Tauhid.
6. Bahasa Arab.
7. Bahasa Melayu.
8. Bahasa Inggeris.
9. Sains.
10. Matematik.
11. Daya Fikir.
12. Syaksiah.
13. Sirah.
14. Bakat Sukan.
15. Bakat Seni.

Waktu persekolahan: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
SRIIKP beralamat di No 10, Kajang Walk, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.

Yuran Tahunan:
Yuran Tahunan Tahap 1 : RM2,050
Yuran Tahunan Tahap 2 : RM2,100

Yuran Bulanan Murid Baharu 2025: RM610 sebulan
Diskaun 5% yuran bulanan bagi anak kedua dan seterusnya.

Syarat kemas**an murid baharu:
1. Murid bertaraf warganegara Malaysia
2. Murid perlu menjalani Ujian Diagnostik yang disediakan
3. Ibu bapa wajib menyertai Program Keibubapaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
4. Ibu bapa memberikan komitmen terhadap aktiviti/program anak-anak disekolah

NOTA:
Sekiranya ibu bapa membatalkan pendaftaran, BPP RM200 tidak akan dipulangkan.

Tekan FOLLOW dan kenali SRIIKP dengan lebih dekat! ✨

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali ke 69Semangat cintakan negara ini merupakan salah satu elemen penting dalam pembi...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali ke 69

Semangat cintakan negara ini merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya agar kita semua dapat hidup secara rukun dan damai.

Kami, warga kerja SRI Integrasi Kajang Perdana (SRIIKP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke - 69 buat semua rakyat Malaysia.

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐒𝐑𝐈𝐈𝐊𝐏 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!Di SRIIKP, pendidikan bukan hanya di dalam kelas. Murid turut dibentuk melalui ...
28/08/2026

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐒𝐑𝐈𝐈𝐊𝐏 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!

Di SRIIKP, pendidikan bukan hanya di dalam kelas. Murid turut dibentuk melalui Kurikulum Sukan Sunnah Memanah bagi membina keyakinan, disiplin, fokus dan jati diri.

✨ Daftarkan anak anda di SRIIKP bagi sesi 2027.

SRIIKP menumpukan kepada aspek pembangunan Insaniah bermula Tahun 1 hingga 4. Pada masa sama, terdapat subjek-subjek akademik, deeniah dan hafazan.

Manakala penekanan pentaksiran selari dengan KPM, JAIS dan JAKIM diberikan untuk murid Tahun 5 dan 6.

Pertanyaan lanjut hubungi Admin SRIIKP 01156649780

Address

10, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains:

Shortcuts

Share