15/09/2026
Tangisan anak yatim mahukan mak yang sudah tidak mahu membelanya. Ada anak-anak, hidupnya dikelilingi orang disayanginya tapi ada yang jalani penuh duka. Moga adik membesar dan dilimpahi rezeki.
Info ini dikongsikan oleh pengusaha rumah anak-anak yatim, Tuan Herman Sudil.
“Nak mak… nak mak…”
Anak yatim berusia 8 tahun ini menangis teresak-esak di depan saya.
Ayahnya sudah meninggal dunia.
Tangannya penuh berkudis.
Di tangannya cuma ada sebuah beg.
Dan hari itu…
ibunya p**a tidak mahu menjaganya lagi.
“Nak mak…”
Dia menangis lagi.
Saya tengok muka anak kecil itu dan dada saya rasa sesak.
Umur baru 8 tahun.
Dia belum mengerti kenapa ayahnya pergi dahulu menghadap Allah.
Dan mungkin dia juga belum mampu memahami…
kenapa sekarang mak p**a tak mahu dia.
Dia cuma tahu satu perkara.
Dia nak emak dia.
“Nak mak…”
Sampai hari ini saya masih boleh terbayang bagaimana dia memegang beg itu sambil menangis.
Saya pandang tangannya yang berkudis.
Saya pandang beg yang dipegangnya.
Saya pandang wajah kecil yang basah dengan air mata.
Ya Allah…
apa yang ada dalam hati seorang anak berusia 8 tahun apabila dia rasa sudah tidak ada sesiapa yang mahukan dia?
Saya mahu menangis.
Tapi saya tahan.
Saya menangis dalam hati kerana saya tidak mahu dia melihat kesedihan pada wajah saya.
Pertemuan itu berlaku 6 tahun lalu pada tahun 2020.
Dan sejak hari itulah satu persoalan mula bermain dalam fikiran saya…
Kalau anak-anak seperti ini tidak ada tempat untuk p**ang, siapa yang akan menjaga mereka?
Kerana rupanya dia bukan seorang.
Ada kanak-kanak yang didera.
Ada yang menjadi mangsa cabul.
Ada yang diabaikan.
Ada yang ibu bapanya bergelut dengan dadah.
Ada yang ibu atau ayahnya sedang menjalani hukuman di penjara.
Malah ada yang masih terlalu kecil untuk memahami kenapa hidup mereka jadi begini.
Mereka tidak pernah meminta semua ini.
Mereka cuma mahu disayangi.
Mahu dipeluk.
Mahu bersekolah.
Mahu makan bersama sebuah keluarga.
Mahu tahu bahawa apabila malam tiba…
ada sebuah rumah untuk mereka p**ang.
Tetapi saya tidak pernah menyangka apa yang Allah tuliskan selepas pertemuan pertama kami.
Tahun demi tahun berlalu.
Kemudian pada tahun 2022, apabila TBQ Amal mula menerima anak-anak untuk dijaga…
Allah pertemukan jalan kami sekali lagi.
Anak yatim yang saya lihat menangis 2 tahun dahulu itu…
menjadi salah seorang penghuni pertama .
Saya terdiam bila mengenangkan aturan Allah.
Budak yang dahulu duduk menangis di hadapan saya, merintih:
“Nak mak…”
akhirnya Allah hantar kepada kami untuk dijaga.
Dan sehingga hari ini… dia masih bersama kami.
Dulu tangannya berkudis.
Dulu dia cuma memegang sebuah beg.
Dulu dia menangis mencari emak.
Hari ini, bila saya melihat dia membesar di depan mata… saya selalu teringat pertemuan pertama itu.
Rupa-rupanya 6 tahun lalu Allah bukan sekadar mempertemukan saya dengan seorang anak yatim.
Allah sedang memperkenalkan saya kepada salah seorang anak yang suatu hari nanti akan menjadi amanah kami.
Saya tidak mampu menggantikan arwah ayahnya.
Saya juga tidak mampu memadam segala luka yang pernah dilaluinya.
Tetapi satu perkara yang saya boleh janjikan…
InsyaAllah, selagi Allah beri kami umur, rezeki dan kemampuan, kami akan jaga dia.
Bukan setahun.
Bukan dua tahun.
Insya-Allah sampai dia besar.
Sampai dia mampu berdiri sendiri.
Sampai dia mempunyai masa depan yang dahulu mungkin dia sendiri tidak berani impikan.
Kadang-kadang kita sangka kita sedang menyelamatkan seorang anak.
Tetapi sebenarnya…
mungkin Allah menghantar anak itu untuk menyelamatkan hati kita dan mengajar kita erti sebuah amanah.
6 tahun lalu saya mendengar tangisannya.
Hari ini saya faham kenapa Allah izinkan saya berada di situ.
“Nak mak…”
Suara itu rupa-rupanya menjadi antara titik awal sebuah perjalanan yang mengubah hidup saya.
TBQ bukan sekadar sebuah rumah perlindungan.
Bagi anak-anak ini…
Saya mahu ia menjadi tempat terakhir mereka perlu takut akan ditinggalkan lagi.
Cuba zoom ke tangan anak itu.