KUISCELL

KUISCELL Digital Media
Training & Certification
Production
Event Kursus Pendek & Pengajian Kitab
Produksi TV
Khidmat video korporat
Kursus & Latihan awam

20/08/2026

MALAM INI BERSAMA MURSYID, PU HAFIZ ๐ŸŒ™๐Ÿ“–โœจ

Malam ini, anak-anak Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 berkesempatan mengikuti sesi bersama Mursyid, PU Hafiz. ๐Ÿ’š

Sesi yang pastinya penuh dengan perkongsian ilmu, nasihat dan suntikan semangat buat anak-anak Huffaz Cilik dalam meneruskan perjalanan mereka.

Apa agaknya pesanan dan perkongsian daripada PU Hafiz malam ini? ๐Ÿ‘€

๐Ÿ“ฒ Ikuti media sosial KUISCELL untuk melihat lebih banyak momen dan perkembangan anak-anak Huffaz Cilik sepanjang program berlangsung.

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’: ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡BANGI, 20 Ogos - Seramai 14 Huffaz C...
20/08/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’: ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡

BANGI, 20 Ogos - Seramai 14 Huffaz Cilik berusia lima tahun memulakan perjalanan mereka dalam Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (Huffaz Cilik) Musim Ke-2 yang berlangsung di Auditorium Mohd Adanan Isman, Universiti Islam Selangor (UIS), hari ini.

Sesi pagi dimulakan dengan Sesi Ramah Mesra Bersama Mudir AAGT, YBhg Prof Madya Datoโ€™ Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, yang juga Naib Canselor UIS.

Sesi ini bagi menyelaras persediaan logistik dan cabutan giliran peserta, selain membina keyakinan huffaz cilik menerusi sesi suai kenal bersama barisan pengurusan akademi. Anak-anak ini turut dibimbing oleh Murshid, PU Hafeez dan Fasilitator daripada Yayasan Pahang sepanjang pelaksanaan akademi.

Kesemua peserta terbabit merupakan huffaz cilik terbaik yang mewakili negeri masing-masing, dipilih daripada kira-kira 120,000 kanak-kanak di 8,245 TABIKA KEMAS yang melaksanakan Program Pra Tahfiz.

Kemuncak sesi pagi menyaksikan Sesi Cabutan Giliran Huffaz Cilik sebelum peserta meneruskan pelbagai pengisian sepanjang akademi yang berlangsung selama tiga hari sehingga 22 Ogos. Pelbagai aktiviti berkaitan al-Quran disusun sebelum kemuncaknya menerusi Showcase Road to Grand Finale.

Hanya enam peserta terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Grand Finale Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026. ๐’๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐€๐ฅ๐ฉ๐ก๐š ๐†๐ž๐ง ๐“๐š๐ฅ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ (๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค) ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ ๐Š๐ž-๐Ÿ, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ž๐ฉ๐ข๐ฌ๐จ๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Ž๐Š๐„๐˜ ๐๐š๐ง ๐‘๐“๐Œ ๐“๐•๐Ÿ.

LAWATAN TAPAK FESMA 2026 @ UISKUISCELL Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (...
20/08/2026

LAWATAN TAPAK FESMA 2026 @ UIS

KUISCELL Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sempena Lawatan Tapak FESMA 2026 yang diketuai oleh Ketua Pengarah KEMAS, bersama Timbalan Ketua Pengarah KEMAS serta Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua KEMAS Negeri seluruh Malaysia.

Sebagai sekretariat dan urus setia pelaksanaan, KUISCELL telah menyelaras lawatan ini bagi meninjau kemudahan, lokasi program serta keperluan logistik dalam memastikan penganjuran Festival Sukan Masyarakat (FESMA) 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Terima kasih kepada seluruh delegasi KEMAS atas kesudian hadir. Semoga kerjasama strategik antara KEMAS, UIS dan KUISCELL terus diperkukuhkan demi menjayakan FESMA 2026 sebagai platform yang menyatukan komuniti serta memperkasa pembangunan masyarakat.

20/08/2026

DEBARAN BERMULA HARI INI! ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅ

Hari yang dinantikan akhirnya tiba!

Siri 1 Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 dimulakan dengan Majlis Taklimat bersama para peserta yang bakal memulakan perjalanan penuh ilmu dan inspirasi. ๐Ÿ“–โœจ

Turut bersama memberi panduan dan suntikan semangat ialah Mudir, Datoโ€™ Farid Ravi. Mursyid, PU Hafiz serta para Mualimah daripada Yayasan Pahang dan Universiti Islam Selangor (UIS) yang akan membimbing anak-anak Huffaz Cilik sepanjang program ini. ๐Ÿ’š

Siapa yang bakal menyerlah?
Siapa yang bakal mencuri perhatian para penonton dan juri? ๐Ÿ‘€

๐Ÿ“ฒ Nak kenal peserta-peserta hebat ini dengan lebih dekat? Ikuti media sosial KUISCELL untuk perkembangan terkini dan momen menarik sepanjang program berlangsung.

MEREKA DAH SAMPAI! ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅAnak-anak Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 kini sudah tiba! ๐Ÿ“–โœจSuasana semakin meriah, debaran pun ...
19/08/2026

MEREKA DAH SAMPAI! ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅ

Anak-anak Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 kini sudah tiba! ๐Ÿ“–โœจ
Suasana semakin meriah, debaran pun makin terasa! ๐Ÿ’š

Apa yang bakal berlaku esok?
Siapa bakal menyerlah? Siapa bakal mencuri perhatian? ๐Ÿ‘€

Nantikan esok! ๐Ÿ”ฅ
Kita saksikan perjalanan Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 bersama-sama!

Bahang Alpha Gen Talent Huffaz Cilik musim ke 2!Persiapan sedang giat dilakukan bagi menyambut kehadiran anak-anak Huffa...
19/08/2026

Bahang Alpha Gen Talent Huffaz Cilik musim ke 2!

Persiapan sedang giat dilakukan bagi menyambut kehadiran anak-anak Huffaz Cilik yang bakal mencuri perhatian tidak lama lagi.

Daripada persiapan para Mualimah hinggalah usaha Jawatankuasa kerja KUISCELL bersama pelajar Universiti Islam Selangor, semuanya sedang disusun rapi untuk memastikan perjalanan Huffaz Cilik @ KEMAS โ€“ Musim Ke-2 berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Apa agaknya yang sedang disiapkan?

Dan siapa p**a bakal menyerlah dengan bakat luar biasa mereka?

Debaran semakin terasaโ€ฆ nantikan kemunculan mereka. Kita jumpa tak lama lagi! ๐ŸŒŸ

18/08/2026

KUISCELL menghargai kepercayaan diberi pihak Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah ( KKDW ) & Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ). KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Terima kasih juga RTM! RTM - Radio Televisyen Malaysia

Alpha Gen Talent Huffaz Cilik โ€” Membangunkan Ummah Dari Akar UmbiSemalam, KUISCELL berbesar hati menghadiri Majlis Pelan...
18/08/2026

Alpha Gen Talent Huffaz Cilik โ€” Membangunkan Ummah Dari Akar Umbi

Semalam, KUISCELL berbesar hati menghadiri Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bakat Alpha Gen Talent Huffaz Cilik, sebuah inisiatif nasional di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang mengangkat Al-Quran dan nilai-nilai Islam dalam pembentukan generasi kanak-kanak.

Sebuah program realiti televisyen berimpak tinggi yang menggabungkan pendidikan, hiburan dan pembentukan sahsiah, dalam usaha mencungkil bakat anak-anak serta membina generasi yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan dengan melantik KUISCELL sebagai rakan strategik dalam menjayakan inisiatif nasional ini.

Sebuah amanah yang besar, namun lebih besar lagi harapan untuk melihat lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berilmu, berbakat dan memiliki sahsiah yang unggul.

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar besar untuk membangunkan ummah dari akar umbi.




17/08/2026

MEMARTABATKAN AL-QURAN, MEMBINA GENERASI ๐Ÿ“–โœจ

KUISCELL berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Akademi Alpha Gen Talent @ KEMAS (Huffaz Cilik) Musim 2 yang berlangsung hari ini.

Program ini menjadi platform dalam mencungkil bakat, membina keyakinan serta menyemai kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Dalam masa yang sama, semangat cintakan negara turut disemarakkan menerusi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Tahun 2026.

Dua inisiatif yang membawa satu aspirasi โ€” membentuk generasi masa depan yang berilmu, berakhlak, yakin dan cintakan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“–

๐ŸŽ“ Jom Sertai KUISCELL Job On Campus! ๐Ÿš€Nak tambah pengalaman, bina kemahiran dan jana pendapatan sambil belajar? Inilah p...
17/07/2026

๐ŸŽ“ Jom Sertai KUISCELL Job On Campus! ๐Ÿš€

Nak tambah pengalaman, bina kemahiran dan jana pendapatan sambil belajar? Inilah peluang anda!

โœจ Apa yang anda akan dapat?
โœ… Waktu kerja yang fleksibel
โœ… Pengalaman kerja sebenar
โœ… Elaun yang kompetitif
โœ… Pembangunan kemahiran & kerjaya
โœ… Peluang menyumbang kepada komuniti kampus

๐Ÿ“ฒ Scan QR Code pada poster untuk memohon sekarang!

๐Ÿ“ Terbuka kepada SEMUA pelajar aktif Universiti Islam Selangor (UIS).

Sila hubungi: 013 635 1636

Work. Learn. Grow. Inspire.
Your Campus. Your Growth. Your Future. ๐Ÿ’œ

Address

Selangor International Islamic University, Persiaran Sri Putra 1 Bangi
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60389121636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUISCELL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share