The Moose Academy

The Moose Academy

Share

Dalam misi untuk mengurangkan jurang antara graduan dan industri dalam bidang Computer Science dah Software.

Photos from The Moose Academy's post 20/11/2025

How to train a world champion in mobile app development?

Baru-baru ini saya berpeluang membantu persediaan akhir wakil Malaysia ke WorldSkills Asia seorang peserta berusia 21 tahun yang akan bertanding dengan pesaing hebat dari negara gergasi seperti China, Korea dan Chinese Taipei.

Pengalaman ini membuat saya tertanya-tanya: Bagaimana kita boleh melahirkan lebih ramai anak muda Malaysia yang mampu bersaing — dan menang — di peringkat dunia pada usia 21 tahun?

Pada pandangan saya, perjalanan ini perlu bermula jauh lebih awal. Untuk menjadi juara dunia pada usia 21 tahun, seseorang pelajar mungkin perlu menjadi juara kebangsaan seawal usia 19 tahun. Ini bermakna pengesanan bakat dan latihan berstruktur mesti bermula di peringkat sekolah menengah, sebelum masuk universiti.

Kita sudah ada platform awal yang baik seperti Malaysia Techlympics, MYdigitalmaker, dan sekolah khusus seperti DIP di Malaysia Digital Economy Corporation Permata Pintar.

Satu lagi sumber bakat penting ialah pelajar terbaik dan berprestasi tinggi dalam mata pelajaran Sains Komputer, yang biasanya menunjukkan kemahiran awal dalam penyelesaian masalah, pemikiran algoritma dan kreativiti teknikal.

Golongan ini juga perlu dikenal pasti dan dibimbing melalui laluan pembangunan kemahiran yang jelas.

Langkah seterusnya ialah memastikan bakat-bakat ini disalurkan ke ekosistem latihan yang sesuai — contohnya di institusi seperti FTMK UTeM — untuk mempersiapkan mereka ke standard antarabangsa.

Saya ingin dengar pandangan anda:

Apa lagi yang Malaysia perlu lakukan untuk membina aliran bakat muda bertaraf dunia secara konsisten?

Photos from The Moose Academy's post 02/09/2025

Sebagai CEO FTMK UTeM, saya komited untuk melaksanakan peranan dalam perkongsian ilmu dan meningkatkan pendedahan terhadap trend serta teknologi baharu.

Baru-baru ini, saya telah menyertai program Train the Trainer bagi Platform-Based Development, yang merangkumi latihan selama 3 hari mengenai "Web Application Development with React.js and Next.js".

Sepanjang program tersebut, saya turut berkongsi beberapa cabaran industi dan bidang penyelidikan yang boleh diterokai oleh para pensyarah, antaranya:

1) Perbandingan prestasi SSR vs. CSR vs. Prerendering

2) Web Components vs SPA Components

3) Evolusi SPA vs. SSR vs. Arkitektur Hibrid

Saya berharap fakulti dapat mempertimbangkan untuk mengintegrasikan topik-topik ini ke dalam kurikulum memandangkan permintaan terhadap kemahiran ini semakin meningkat di Malaysia.

Saya juga menyuarakan hasrat agar diadakan bootcamp di akhir PSM pelajar untuk memperkukuh kemahiran praktikal mereka.

Bagi yang berminat dengan technology stack ini, marilah kita terus berhubung dan mungkin bersama-sama menyokong perjalanan mereka.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

03/06/2025

Minggu lalu berlangsung kursus React.js untuk pemula, termasuk integrasi dengan Frappe Marley, bagi Hospital Perubatan Universiti Sains Malaysia.

Pemilihan React di atas platform Frappe Marley bertujuan untuk membangunkan sistem yang lebih berprestasi tinggi. Diharapkan projek ini berjalan lancar dan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu penjagaan kesihatan di Malaysia.

21/05/2025

Kelas Laravel Web Development + Pensijilan Laravel bersama TP Iverson KL!

Sepanjang latihan, peserta telah menjalani sesi latih tubi intensif bagi persediaan peperiksaan. Beberapa pelajar turut dikenalpasti berpotensi untuk menduduki pensijilan tahap senior.

Semoga para pelajar dari Jabatan Akaun Malaysia berjaya dengan 100% kadar kelulusan!

24/03/2025

Kelas subjek baru di tempat baru.

Kelas subjek baru Android Kotlin with Jetpack Compose untuk Panasonic System melalui Peoplelogy Skills Sdn Bhd.

Mana-mana institutusi yang nak update dari Android XML based to Jetpack compose boleh info

27/02/2025

Kami akan mengadakan sesi coding moreh secara dalam talian setiap malam selepas berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Jika berminat, sila hantarkan mesej ke inbox kami.

14/11/2024

Syabas diucapkan kepada Raziq, bekas intern di syarikat kami, yang berjaya meraih Pingat Emas dalam kategori Pembangunan Aplikasi Mudah Alih WSMB (Bawah 21 Tahun) dan Pembangunan Sistem Mudah Alih WSMUni (Bawah 25 Tahun).

Raziq telah menjalani kursus Flutter bersama kami selama 3 bulan sebelum memulakan latihan industri, diikuti tempoh internship 3 bulan dengan pengkhususan dalam Flutter.

Semoga Raziq terus mengekalkan momentum ini dan melangkah lebih jauh untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Photos from The Moose Academy's post 18/10/2024

Mengajar geng geng IT PTPN (under Iverson Associate) .

Kali ini kelas special kerana pakai modul baru berserta exam preparation.

Semoga pelajar pelajar maju jaya dan berjaya lulus 100 %

Photos from The Moose Academy's post 01/08/2024

Saya sangat berbesar hati dijemput untuk menyampaikan kursus Train the Trainer untuk pensyarah-pensyarah di Universiti Teknikal Melaka, yang memfokuskan kepada pembangunan berasaskan platform (Platform based development) menggunakan Framework Laravel.

Kursus ini, yang dihadiri oleh 20 pensyarah, bertujuan untuk mengintegrasikan Framework ini ke dalam subjek-subjek yang diajar kepada pelajar diploma dan ijazah.

Saya berharap mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini untuk menyelaraskan kurikulum mereka dengan lebih dekat kepada keperluan industri.

20/02/2024

We are planning our calendar for 2024 . Register your interest on comment or Whatsapp us at https://wa.me/601120718552

Also opened for HRD based company and non HRD based company who would like to have private session for the employees.

15/12/2023

Mari belajar membuat aplikasi mobile dengan Flutter. Mari belajar untuk membuat Backend untuk mengendalikan data dengan Spring Boot, Java.
Kami juga akan mengajar bagaimana untuk menghubungkan kedua-duanya seterusnya membuat aplikasi yang lengkap.
Kelas akan bermula pada Selasa, 19 December 2023 ini. Setiap Selasa, Khamis (8pm ke 10pm) dan Sabtu (10 am - 11pm) selama 3 minggu
Jangan terlepas peluang keemasan ini!

Photos from The Moose Academy's post 24/11/2023

Pelajar kami, Zayyad menghadapi frustrasi yang mendalam setelah gagal mendapatkan posisi 3 teratas dalam hackathon RapidKL DataHack, menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh presentation beliau (saya berpendapat ia disebabkan marking scheme yang lebih ke arah data science and intelligence).

Sementara itu, Zakwan ingin membuktikan sesuatu kerana pasukannya lansung tidak terpilih dalam 10 terbaik dalam hackathon tersebut.

Walaupun mengalami kekecewaan ini, saya meminta mereka untuk terus memberi tumpuan kepada penyertaan di WSMUni, di mana mereka telah daftar sebelum ini.

Sejurus selepas hackathon, tanpa rehat mereka hanya mempunyai seminggu untuk bersedia tetapi kami sedari yang teknologi Flutter yang telah diajar secara intensif, tidak boleh digunakan di dalam WSMUni di Malaysia.

Kami cuba mencari strategi yang baru untuk pertandingan ini, saya cuba ajari Kotlin dan Jetpack kepada mereka, tetapi kerana saya sendiri tidak biasa dengan teknologi ini, hari pertama latihan awal kami tidak memberikan hasil yang diinginkan.

Dengan hanya empat hari yang tinggal, satu idea baru muncul - memanfaatkan dua Mac syarikat untuk belajar Swift dan iOS. Kami memulakan kursus intensif selama empat hari dalam pembangunan iOS, mengambil pendekatan the real programmer.

Mereka pulang lewat malam berturut-turut dan datang ke kelas pada hujung minggu, memampatkan pembelajaran sebulan menjadi dalam tempoh 4 hari. Masih jelas ingatan saya frustruation mereka cuba memahami konsep seperti delegate, subscriber observer pada pukul 10:30 malam di hujung minggu.

Usaha keras mereka yang gigih memberi hasil. Saya mendapat berita gembira yang Zayyad memenangi hadiah utama, pingat emas, dan Zakwan menerima Sijil Kecemerlangan dalam kategori aplikasi mudah alih untuk cabaran WSM Uni.

Kedua-duanya hanya berusia 20 tahun, bersaing dengan pelajar dari peringkat diploma hingga ijazah, potensi mereka bersinar terang dan yakinlah kita mempunyai pelapis yang baik di masa hadapan.

Saya berharap dapat melihat mereka mewakili negara kita untuk Worldskills Mobile suatu hari nanti. Dengan kecekapan mereka dalam Flutter yang digunakan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, saya yakin mereka akan mencapai kejayaan untuk negara kita. 🏅 🚀"

WorldSkills Malaysia Kolej Profesional Mara, Beranang Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya Hi-Edu MARA

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kajang
43650