KADRI - Kajian Dasar IKRAM

Call Directions Website Contact the school

KADRI - Kajian Dasar IKRAM KAJIAN DASAR IKRAM (KADRI)

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari MalaysiaMalaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita warisi, tetapi sebuah masa depan yang kita bina b...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia

Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita warisi, tetapi sebuah masa depan yang kita bina bersama.

Di sebalik kepelbagaian wilayah, latar belakang dan pengalaman hidup, kita berkongsi harapan yang sama - sebuah Malaysia yang lebih adil, sejahtera dan saling menghormati.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perbezaan realiti tidak seharusnya memisahkan. Sebaliknya, ia menuntut kita untuk lebih memahami, merapatkan jurang dan memastikan setiap suara serta setiap wilayah turut mendapat tempat dalam pembangunan negara.

Malaysia Milik Bersama.
Berbeza Realiti. Berkongsi Negara. Membina Masa Depan.

πŸ“’ SUARAKAN PANDANGAN ANDA!Kami sedang menjalankan Soal Selidik Kesedaran Masyarakat Terhadap Implikasi Perkahwinan Bawah...
03/09/2026

πŸ“’ SUARAKAN PANDANGAN ANDA!

Kami sedang menjalankan Soal Selidik Kesedaran Masyarakat Terhadap Implikasi Perkahwinan Bawah Umur.

Kajian ini bertujuan memahami tahap kesedaran masyarakat dari aspek:
🩺 Kesihatan, 🧠 Psikososial, πŸŽ“ Pendidikan dan πŸ’° Sosioekonomi.

Anda layak menyertai sekiranya:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Beragama Islam
βœ… Berumur 18 tahun dan ke atas

⏱️ Hanya mengambil masa beberapa minit. Penyertaan adalah secara sukarela dan maklumat responden adalah sulit.

πŸ”— Sertai survei di sini:
https://www.surveymonkey.com/r/kajianPBU

Mohon juga bantu sebarkan kepada keluarga, rakan dan kenalan yang memenuhi kriteria.

Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda. πŸ™

πŸ“’ Geran Kajian Lanjutan IMNR’25 kini dibuka!KADRI & IKRAM menjemput para penyelidik, pengkaji dasar, ahli akademik dan p...
17/06/2026

πŸ“’ Geran Kajian Lanjutan IMNR’25 kini dibuka!

KADRI & IKRAM menjemput para penyelidik, pengkaji dasar, ahli akademik dan penggerak masyarakat untuk memohon Geran Kajian Lanjutan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025.

Daripada dapatan kajian kepada cadangan polisi dan advokasi strategik, inilah peluang untuk menyumbang idea dan penyelesaian bagi membina Malaysia yang lebih rahmah.

πŸ’° Dana kajian sehingga RM7,000
πŸ“… Hantar permohonan lengkap sebelum 25 Jun 2026, 11.59 malam

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan:
πŸ“§ [email protected]

πŸš€ GERAN PEMBANGUNAN SOLUSI TEKNOLOGI (GPST) 2026 KINI DIBUKA!Adakah anda mempunyai idea teknologi yang boleh membantu me...
04/06/2026

πŸš€ GERAN PEMBANGUNAN SOLUSI TEKNOLOGI (GPST) 2026 KINI DIBUKA!

Adakah anda mempunyai idea teknologi yang boleh membantu menyelesaikan masalah masyarakat?

KADRI - Kajian Dasar IKRAM dan Pertubuhan IKRAM Malaysia mempelawa semua untuk memohon Geran Pembangunan Solusi Teknologi (GPST) 2026.

πŸ’‘ Tema GPST 2026
Membangunkan Solusi Teknologi Berteraskan Nilai Kemanusiaan untuk Kesejahteraan Masyarakat

🎯 Kami mencari projek yang membangunkan solusi teknologi yang praktikal, berimpak dan boleh diuji dalam komuniti sebenar.

πŸ“ŒBidang Fokus
Teknologi Sosial & Komuniti
Makanan, Pertanian & Ekonomi Setempat
Air, Sanitasi, Tenaga & Kelestarian
AI, Automasi & Pendigitalan Komuniti

πŸ’° Dana sehingga RM8,000 bagi setiap projek
⏳ Tempoh pelaksanaan 20 minggu
πŸŽ“ Terbuka kepada institusi dan inovator

πŸ“… Tarikh Tutup Permohonan
15 Jun 2026 (Isnin), 5.00 petang

πŸ”— Borang Permohonan:
https://bit.ly/BorangGPST2026

πŸ”— Muat Turun Templat Kertas Cadangan:
https://bit.ly/ProposalGPST2026

Bina solusi. Uji di lapangan. Cipta impak untuk masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H πŸŒ™Maaf Zahir dan Batin.Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima, dan semog...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H πŸŒ™
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima, dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan dan ketenangan kepada kita semua. Mudah-mudahan perayaan ini juga menjadi ruang untuk kita memperbaharui komitmen -bukan sahaja sebagai individu, tetapi juga dalam peranan kita sebagai sebahagian daripada masyarakat, organisasi dan negara.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

πŸ“’ IKLAN JAWATAN: PEMBANTU PENYELIDIK Kajian Dasar IKRAM (KADRI) membuka peluang kepada anda yang berminat dalam penyelid...
19/03/2026

πŸ“’ IKLAN JAWATAN: PEMBANTU PENYELIDIK

Kajian Dasar IKRAM (KADRI) membuka peluang kepada anda yang berminat dalam penyelidikan & dasar awam untuk menyertai kami sebagai Pembantu Penyelidik.

πŸ“… Tempoh: 3–12 bulan (bergantung kepada kajian/projek)

πŸ“© Mohon sekarang:
https://bit.ly/2026ResearchAssistant

πŸ“ž Pertanyaan:
WhatsApp: +6010-7717989 (Hari Bekerja, 9.00 pagi – 5.00 petang)
πŸ“§ [email protected]

27/01/2026

Masa yang dinantikan hampir tiba!

Adakah rakyat Malaysia merasakan negara kita ini sudah mencapai sebuah Negara Rahmah?

Apakah kayu ukur bagi sesebuah negara untuk mencapai Rahmah?

IKRAM & KADRI telah menjalankan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) kali ke-4 termasuk pembentangan besok.

Rakyat sudah berpuas hati dengan pencapaian Negara ini?

Saksikan secara langsung besokπŸ“²

Melangkah ke 2026 dengan tekad untuk memperkukuh dasar berasaskan bukti, memperluas impak penyelidikan, dan mempererat k...
01/01/2026

Melangkah ke 2026 dengan tekad untuk memperkukuh dasar berasaskan bukti, memperluas impak penyelidikan, dan mempererat kerjasama demi kemajuan bersama.

Selamat Tahun Baharu 2026.

Kami di Kajian Dasar IKRAM (KADRI) sedang mencari individu yang bersemangat dan komited untuk menyertai pasukan kami seb...
16/12/2025

Kami di Kajian Dasar IKRAM (KADRI) sedang mencari individu yang bersemangat dan komited untuk menyertai pasukan kami sebagai Pembantu Tadbir .

πŸ”Ή Kelayakan:
βœ… Minima Diploma dalam Pengurusan atau bidang berkaitan
βœ… Sikap proaktif, komited, dan sedia belajar

πŸ”Ή Skop Kerja:
πŸ–₯ Mengendalikan tugas pentadbiran dan akaun
πŸ“‚ Mengurus dokumen serta pemfailan
πŸ”„ Melaksanakan tugas pentadbiran ad-hoc

πŸ“Œ Berminat? Mohon sekarang!
https://bit.ly/adminKADRI2025

Sebarang pertanyaan, hubungi kami:
πŸ“§ [email protected]
πŸ“ž 010-771 7989 πŸš€

|| Lensa Wanita IKRAM || 13 November 2025Perbincangan Meja Bulat: Generasi Digital - Garis Panduan, Polisi & Solusi Alha...
19/11/2025

|| Lensa Wanita IKRAM || 13 November 2025
Perbincangan Meja Bulat: Generasi Digital - Garis Panduan, Polisi & Solusi

Alhamdulillah, perbincangan meja bulat anjuran Wanita IKRAM Malaysia bersama Kajian Dasar IKRAM (KADRI) melalui Kempen Sayangi & Lindungi Anak-anak Malaysia (SALAM) telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Sesi ini mempertemukan pakar polisi, keselamatan digital, akademia serta aktivis lapangan untuk membincangkan masa depan generasi digital negara.

Perbincangan menekankan kepentingan pendedahan digital yang berperingkat, pengukuhan peranan ibu bapa dan sekolah sebagai pelindung utama, serta keperluan mengimbangi dunia skrin dengan aktiviti komuniti, seni, sukan dan pembelajaran luar bilik darjah. Turut disentuh ialah kepentingan kerjasama sistematik antara NGO, PIBG dan sekolah, serta usaha merangka garis panduan kebangsaan yang lebih holistik dalam aspek adab digital, keselamatan dalam talian, mekanisme aduan dan pendidikan teknologi.

Aspek sokongan psikososial dan penglibatan keluarga juga diangkat sebagai teras perlindungan digital yang perlu diperkasa, khususnya bagi keluarga berisiko.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi digital yang lebih selamat, beradab dan berdaya tahan.

Moga Allah memelihara anak-anak kita daripada mudarat dunia digital, mengurniakan hikmah dalam mendidik, dan menerima setiap langkah kecil ini sebagai amal jariah yang berkekalan.🀲


Address

Bandar Puteri Bangi
Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60107717989

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KADRI - Kajian Dasar IKRAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KADRI - Kajian Dasar IKRAM:

Shortcuts

Share