DOA : KEPERLUAN ATAU SURUHAN?
"Adakah aku betul-betul perlu berdoa?"
"Hari-hari aku doa, tapi masih tak nampak Allah makbulkan doa aku"
"Nabi suruh doa, aku doa jelah".
===========
Macam-macam rasa hati dan persoalan yang timbul apabila melibatkan doa. Ada di antara kita yang tidak pernah lazimi doa, sekali berdoa memohon sungguh-sungguh kepada Allah, dan Allah terus memakbulkannya. Mungkin juga kita pernah rasa berdoa setiap hari, pagi.. petang.. malam.. hari-hari kita berdoa dan mengharapkan Allah makbulkan doa kita. Namun, kita masih belum nampak tanda-tanda doa kita diperkenankan.
Tenang sahabat-sahabatku,
Jawapan doa itu adalah Rahsia Allah. Yakinlah Allah As-Sami', Al-Basir, Al-'Aalim, pasti tahu segala keperluan yang kita perlukan dan butuhkan. Dia Maha Tahu bila dan bagaimana doa yang kita pohonkan akan diperkenankan.
Jika benar kita adalah Muslim dan Mukmin yang beriman kepada Allah, meyakini dan merasai kewujudan dan ke-EsaanNya, sudah tentu kita tak akan ragu apabila berdoa. Kerana doa adalah keperluan seorang hamba yang fakir, yang kerdil, yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan Tuhan-Nya.
Justeru, berdoalah, nescaya Allah perkenankan, “ادْعُوْنِيْ أَسْتَجِبْ لَكُمْ" .
Adakah Allah suruh kita berdoa?
Ya. Namun, jika kita adalah orang yang beriman kepada Allah, ia adalah salah satu bentuk jaminan buat kita bahawa doa-doa yang kita panjatkan akan dikabulkan 🤍
Suruhan ini dalam sisi lain, ditujukan buat mereka yang sombong dan tidak mahu berdoa kepada Allah. Bersama-sama suruhan ini Allah mengancam mereka kerana kesombongan mereka bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam.
Mengapa?
Kerana mereka merasakan kehidupan mereka di dunia ini adalah atas hasil usaha mereka sendiri tanpa bantuan Allah. Pada hakikatnya, semua yang mereka capai dan perolehi itu merupakan pemberian dan rezeki yang Allah berikan, tiadalah hasil usaha mereka itu tanpa bantuan Allah, Tuhan mereka.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang tidak berputus asa dalam berdoa dan dijauhkan daripada tergolong dalam kalangan mereka yang sombong dan tidak mahu berdoa.
“Mohonlah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan”.
Jom doa,
AQL Centre.
Himpunan Doa AL-Quran
Perkongsian TIPS dan AMALAN tentang Doa menurut Al Quran. Like page ini sekarang!
08/12/2021
[KISAH JIN DENGAN AL-QURAN]
Jika seburuk-buruk makhluk bernama Jin pun boleh beriman. Malah turut mendapatkan ilmu tauhid dan menyampaikan ajaran tauhid itu kepada kaum mereka hanya dengan mendengar bacaan Al-Quran dari Rasulullah saw.
Tentu lebih mudah bagi kita untuk tingkatkan iman sebagai seorang hamba 💖
Mahu pelajari dengan lebih lanjut? Jom sertai webinar percuma, “Al-Quran Berbicara Tentang Iblis & Syaitan”
Nak daftar, klik link di bawah 😍
https://chat.whatsapp.com/BAN2C7y7QtRIPZKBko2vuK
16/08/2021
[EKSKLUSIF PRAKTIKAL TADABBUR AL-QURAN]
Webinar Percuma khas melalui jemputan istimewa dibawakan oleh AQL Centre dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Sembilan.
Apa yang akan dipelajari
1. Mempelajari jenis ayat Al-Quran dan cara tadabburkan mengikut kalimah
2. Bimbingan praktikal tadabbur Al-Quran mengikut kaedah kata kunci
3. 3 Cara atasi kesukaran tadabbur secara sendirian
Mudah-mudahan cara praktikal ini membantu sahabat Quran untuk lebih menjiwai dan menikmati bacaan Al-Quran 💖
Untuk penyertaan dan dapatkan akses zoom meeting, klik link di bawah
https://t.me/tadabburAQLCentre
Terhad kepada 100 orang yang pertama 🥰
19/04/2021
DI MANAKAH LETAKNYA DOA KITA KEPADA ALLAH PADA RAMADHAN INI?
=============
Allah membuka pintu-pintu sangat luas untuk hambaNya berdoa semasa ramadhan yang tidak pernah diberikan pada umat-umat yang terdahulu.
Seorang Mukmin yang berdoa tidak seharusnya berputus asa sekiranya doa itu belum dimakbulkan lagi, kerana dia sedang memohon pada Dzat Yang Maha Mulia, Maha Kaya Khazanahnya, Maha Pemberi Rezeki yang tidak akan habis kekayaan Nya.
=============
Bulan ramadhan ni, anda ada rancang untuk amalkan doa-doa dalam Al-Quran?
Kesemua doa tersebut sangat hebat dan luar biasa kesannya pada jiwa jika kita fahami apa yang kita harapkan dan pohonkan pada Allah 🥰.
Sudah 4 kali kelas belajar dalam KLINIK DOA AL-QURAN bersama Ustazah Afeefah Zainal.
Anda cenderung untuk minta dan mohon apa pada Allah? Semua hajat dan keperluan kita ini telah Allah zahirkan doanya di dalam Al-Quran, nak belajar dengan mendalam?
12/04/2021
Seorang Mukmin yang sejati ketika menyambut ramadhan, dia berusaha untuk mengenal tuhannya, berharap terhapus dosanya, merasa dirinya paling rendah dan paling memerlukan kasih sayang Allah ❤️.
Mudah mudahan kita mendapat taufik sehingga digolongkan dengan orang orang yang soleh.
Ramadhan Kareem Sahabat Al-Quran. Waktu ini lah bermulanya perjalanan yang paling tepat dengan menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karib.
10/02/2021
Ilmu adalah kunci untuk beramal.
Tanpa ilmu, tak mampu nak faham doa.
Tanpa ilmu, tak mampu nak menjiwai doa.
Tanpa ilmu, tak mampu nak menangis semasa berdoa.
30/01/2021
*ISTIMEWA UNTUK ANDA😍😍😍*
_LAMA DAH AKU BERDOA AKU RASA SAMA JA TIADA PERUBAHAN_
_ASAL BERDOA JA MENGANTUK MENGUAP😩_
Perasan tak? Sampai bila kita nak biarkan diri kita begini😔
Anda nak tahu caranya memperbaiki diri dan doa yang kita kehendaki?
Jom bersama kami😉🥳
Dalam QURAN TALK ONLINE bertajuk:
📜Tajuk: "Cara Berdoa Agar Dimakbulkan"
🧕🏻Penyampai:
*Ustazah Afeefah Zainal*
(Konsultan Pendidikan Al Quran)
*Zahirah*
(Penulis & Founder Zahiras)
🗓️Tarikh:30 Januari 2021, Sabtu
⏰Masa: 11.00 a.m.- 12.30 p.m
🎥Platform: Google meet
Link pendaftaran:
https://forms.gle/ZA5uVpoDZURXfRB76
Jemput ke Channel Tadabbur Al Quran😉🌸 untuk perkongsian dan maklumat lanjut
https://t.me/joinchat/V9EDtT8p8g4rwRbl
Set alarm dan save the date ya, Quranic Warrior sekalian 😉✨
Sebarkan kepada rakan taulan, keluarga dan kenalan-kenalan yang disayangi, supaya kebaikan ini tersebar✨
24/01/2020
Bencana terbesar manusia adalah dia melupakan Allah.
BERDOA SEBAB SYARAT ATAU BERDOA SEBAB HAJAT?
Secara asasnya ramai yang akan berdoa selepas mereka melakukan solat fardhu dan sunat.
Tapi, perasan tak bila kita berdoa tu, adakah sebab orang lain pun berdoa maka kita pun berdoa atau kita betul-betul ikhlas mengharapkan dari Allah akan hajat kita?
Rasulullah SAW bersabda:
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai”
(Riwayat Tirmidzi)
Bila berdoa, kita kena menumpukan sepenuh perhatian kita dalam berdoa. Yakin bahawa setiap doa kita itu, Allah akan dengar dan Allah akan kabulkan sesuai dengan masanya. Dan kuasa menerima ibadat yang benar hanyalah Allah SWT. Barulah doa kita tu, FIRST CLASS!
Jom fokus berdoa! Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bermunajat kepadaNya!
YA ALLAH, MASUKKAN LAH AKU KE DALAM SYURGAMU!🤲🏻
Semua orang nak masuk syurga. Dan tiada siapa pun nak masuk neraka. Walaupun kita tahu banyaknya dosa kita, layak ke kita ni masuk ke syurga? Allahu Akbar..
Allah sebenarnya dah bagi panduan dah kat kita untuk meraih syurgaNya. Sama ada kita nak ikut atau tidak je.
Syeikh al-Maraghi menyatakan bahawa orang-orang yang membenarkan Allah dan rasul-Nya, beriman dengan hari akhirat, melakukan amal soleh, menunaikan kewajipan, meninggalkan segala maksiat adalah orang-orang yang layak untuk memasuki syurga sebagai ganjaran di atas ketaatannya, pergantungannya serta keikhlasannya kepada Allah di waktu sembunyi dan terang-terangan.
Sebagai seorang Muslim, kita kena terus berusaha untuk menjadi Mukmin sejati! Kena terus-menerus berdoa dan basahkan lidah dengan berzikir, agar kita peroleh syurgaNya yang tertinggi.
InshaAllah. Moga Allah permudahkan urusan kita semua..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kajang
43650