10/01/2022
DOA : KEPERLUAN ATAU SURUHAN?
"Adakah aku betul-betul perlu berdoa?"
"Hari-hari aku doa, tapi masih tak nampak Allah makbulkan doa aku"
"Nabi suruh doa, aku doa jelah".
===========
Macam-macam rasa hati dan persoalan yang timbul apabila melibatkan doa. Ada di antara kita yang tidak pernah lazimi doa, sekali berdoa memohon sungguh-sungguh kepada Allah, dan Allah terus memakbulkannya. Mungkin juga kita pernah rasa berdoa setiap hari, pagi.. petang.. malam.. hari-hari kita berdoa dan mengharapkan Allah makbulkan doa kita. Namun, kita masih belum nampak tanda-tanda doa kita diperkenankan.
Tenang sahabat-sahabatku,
Jawapan doa itu adalah Rahsia Allah. Yakinlah Allah As-Sami', Al-Basir, Al-'Aalim, pasti tahu segala keperluan yang kita perlukan dan butuhkan. Dia Maha Tahu bila dan bagaimana doa yang kita pohonkan akan diperkenankan.
Jika benar kita adalah Muslim dan Mukmin yang beriman kepada Allah, meyakini dan merasai kewujudan dan ke-EsaanNya, sudah tentu kita tak akan ragu apabila berdoa. Kerana doa adalah keperluan seorang hamba yang fakir, yang kerdil, yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan Tuhan-Nya.
Justeru, berdoalah, nescaya Allah perkenankan, “ادْعُوْنِيْ أَسْتَجِبْ لَكُمْ" .
Adakah Allah suruh kita berdoa?
Ya. Namun, jika kita adalah orang yang beriman kepada Allah, ia adalah salah satu bentuk jaminan buat kita bahawa doa-doa yang kita panjatkan akan dikabulkan 🤍
Suruhan ini dalam sisi lain, ditujukan buat mereka yang sombong dan tidak mahu berdoa kepada Allah. Bersama-sama suruhan ini Allah mengancam mereka kerana kesombongan mereka bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam.
Mengapa?
Kerana mereka merasakan kehidupan mereka di dunia ini adalah atas hasil usaha mereka sendiri tanpa bantuan Allah. Pada hakikatnya, semua yang mereka capai dan perolehi itu merupakan pemberian dan rezeki yang Allah berikan, tiadalah hasil usaha mereka itu tanpa bantuan Allah, Tuhan mereka.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang tidak berputus asa dalam berdoa dan dijauhkan daripada tergolong dalam kalangan mereka yang sombong dan tidak mahu berdoa.
“Mohonlah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan”.
Jom doa,
AQL Centre.