30/07/2025
[BELASUNGKAWA]
Almarhum Ustaz Soleh bin Senafi adalah antara perintis terawal dalam penubuhan Sekolah Al Irsyad Kuantan pada tahun awal 90an. Beliau telah berkorban dengan meninggalkan kerjaya sebagai guru baharu di sekolah KPM supaya dapat memberi tumpuan membangunkan Sekolah Al Irsyad Kuantan. Prestasi beliau cemerlang semenjak bertugas sebagai guru hinggalah beliau dilantik sebagai Guru Besar.
Beliau kemudiannya diminta berperanan sebagai CEO Sekolah Al Irsyad Balok bertujuan membangunkan sekolah dari tanah kosong hinggalah menjadi sebuah sekolah serba lengkap. Beliau berpindah beberapa tahun kemudian ke Pulau Pinang setelah dilantik sebagai CEO Pusat Pendidikan Al Itqan di Teluk Kumbar. Beliau terus menabur jasa di Pusat Pendidikan Al Hidayah sebelum bersara.
Dalam pasukan badan beruniform, beliau telah bergiat aktif memimpin pasukan Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia (PSFM) sejak awal penubuhannya sehinggalah PSFM berkembang menjadi Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) dan berdaftar di bawah KPM. Sebagai pegawai KRSM, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi dalam Sekretariat KRS Musleh peringkat Kebangsaan.
Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai staf kontrak dalam Perunding KRS Musleh Sdn Bhd untuk fokus dalam Pembangunan Modal Insan.
Walaupun kesihatan beliau terjejas semenjak beberapa tahun kebelakangan, beliau terus bergerak aktif dan sentiasa berjuang dalam misi membina dan melahirkan Insan Rabbani melalui sistem Pendidikan IKRAM.
Moga-moga Allah swt mengurniakan Almarhum Ustaz Soleh bin Senafi maghfiroh dan tempatkannya bersama-sama para anbiya, siddiqun, syuhada dan solihun โ amiin ya Rabbal aโlamiin.
ุฅูุง ููู ูุฅูุง ุงููู ุฑุงุฌุนูู
Sahabat yang kami kasihi, Lt Kol KRS Soleh bin Senafi, Timbalan Pengerusi KRS Musleh baru sahaja kembali ke rahmatullah selepas isyaโ tadi..
๐๐ ๐ด๐ฟ๐ฟ๐ด๐ป! ๐๐๐๐ข๐๐๐๐โ ๐๐๐, ๐๐โ๐๐๐ก๐๐๐โ ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐, ๐๐ข๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ฆ๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ข๐๐ข๐๐๐ฆ๐. ๐ฝ๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ฆ๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐ฆ๐.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐โ beliau ๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ โ๐๐๐โ.
๐ด๐๐๐โ๐ข๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐..