JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-26
Dengan segala hormatnya kami menjemput Tuan/Puan/Dato/Datin/Dato Seri/Puan Seri/Dr ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-26 pada :
Tarikh : 10 Jun 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pavilion SK Saujana Impian
Semoga dengan kehadiran semua para jemputan dapat memberikan pandangan dan berkongsi buah fikiran untuk kecemerlangan serta kemenjadian anak-anak murid SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi SBT pada masa hadapan.
PIBG SK Saujana Impian
Laman Facebook Rasmi PIBG SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
27/05/2023
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SANTAI AIDILFITRI SKSI 2023
Pada 26 Mei 2023 (Jumaat) Telah berlansung Majlis Sambutan Hari Raya Santai Aidilfitri SKSI 2023 bertempat di Pavillion SeImpian SK Saujana Impian.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seluruh barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibubapa, murid-murid serta seluruh warga seimpian. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Adun Kajang YB Hee Loy Sian semalam.
Terima kasih kepada semua para jemputan yang hadir memeriahkan majlis ini.
20/05/2023
Kemajuan Projek Pembinaan Surau SKSI
Hari ini NYDP PIBG Dr Norakir bin Nordin dan AJK PIBG En. Muhammad Khairul Amal telah meluangkan masa melawat projek surau yang sedang dalam pembinaan. Alhamdulillah kemajuan projek sangat memuaskan dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih pada semua para penyumbang projek pembinaan surau ini. Semoga diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada semua para penyumbang..
16/05/2023
Selamat Hari Guru 2023
"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang bergelar Cikgu, Guru, Teacher, Ustaz, Ustazah dan sebagainya, khususnya warga pendidik SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi SBT yang sangat-sangat kami kasihi.
Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam amarahnya ada kasih,
Dalam diamnya ada hikmah,
Di tangannya ada hukum yang ditetapkan.
Jasamu akan sentiasa kekal abadi wahai Guru.
Ikhlas daripada
PIBG SK Saujana Impian
16/02/2023
MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIH BERSEMPENA HARI PERSARAAN PK KOKURIKULUM PUAN NORLEHA BINTI ADAM DAN GURU BAHASA INGGERIS PUAN ROSNI BINTI ALI
Hari ini 16 Februari 2023 (Khamis) Telah berlangsung hari bersejarah Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih bertempat di Pavillion SeImpian SK Saujana Impian bersempena hari persaraan 2 tokoh guru hebat PK Kokurikulum Puan Norleha binti Adam dan Guru Bahasa Inggeris Puan Rosni binti Ali.
Majlis telah dihadiri seluruh barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan seluruh warga Seimpian. Turut meraikan dan memeriahkan majlis dengan kehadiran rakan-rakan dan ahli keluarga kedua-dua tokoh guru serta mantan pentadbir dan mantan guru-guru yang telah berkhidmat di SK Saujana Impian.
Pihak Pentadbir dan PIBG SKSI serta Seluruh warga Seimpian dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti kedua-dua orang guru hebat yang akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada hari ini.
Pihak Sekolah dan PIBG SKSI juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru, murid-murid, ibubapa alumni SKSI, alumni SKSI serta PIBG SK Saujana Impian yang telah memberikan sumbangan untuk pembelian cenderahati berupa Gelang Emas sebagai tanda kenangan dan penghargaan diatas jasa bakti Pn Norleha dan Pn Rosni sepanjang berkhidmat di SK Saujana Impian.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon camara,
Akhir kalam penyudah bicara,
Moga bahagia di alam pesara.
Semoga Pn Norleha dan Pn Rosni bahagia di samping keluarga tercinta.
14/02/2023
MAJLIS APRESIASI KECERMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SK SAUJANA IMPIAN
Sazali gesa ibu bapa sokong minat anak | Harian Metro Kuala Lumpur: Bekas atlet bina badan negara, Sazali Samad menegaskan sokongan ibu bapa amat penting dalam mencorak minat anak masing-masing menceburi bidang yang mereka minati termasuk sukan.
14/02/2023
MAJLIS APRESIASI KECERMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SK SAUJANA IMPIAN
Pada 31 Januari 2023 (Selasa) Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi SBT telah diadakan bertempat di Pavillion Seimpian SK Saujana Impian.
Majlis turut dihadiri Yang Berusaha Guru Besar SKSI SBT Bonda Hjh. Suminah binti Kasolang, PK HEM Ustaz Mohd Faizal bin Tukijan, PK KOKO Pn Norleha binti Adam, PK Pentadbiran Pn Hjh. Zuraida binti Mohamed Omar, YDP PIBG Tn. Hj. Salahudin bin Amir Hassan, NYDP Dr Norakir bin Nordin, AJK PIBG En. Muhammad Khairul Amal Bin Md Akhir, Barisan Pentadbir serta Guru SK Saujana Impian.
Perasmian majlis telah disempurnakan tetamu undangan khas Saudara Sazali Samad, Jaguh Bina Badan Negara dan dimeriahkan dengan kehadiran Ibu Bapa murid-murid yang menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum dan sukan.
Majlis juga turut memberikan penghargaan pada guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi di dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah dan memastikan murid-murid mencapai kejayaan di dalam sukan masing-masing.
Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan penghargaan di majlis tersebut. Tahniah juga pada barisan AJK program dan guru-guru yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga anak-anak SKSI akan lebih banyak mencapai kejayaan di tahun-tahun akan datang nanti.
31/01/2023
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi SBT pada 31 Januari 2023 hari Selasa.
Undangan Khas Saudara Sazali Samad, Jaguh Bina Badan Negara
10/01/2023
07/01/2023
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PEMBINAAN SURAU RAUDHATUL SAKINAH DAN CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN OLEH USTAZ ZUL RAMLI M. RAZALI
Hari ini 07 Januari 2023 (Sabtu) Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Pembinaan Surau & Ceramah Motivasi KeIbuBapaan pada awal pagi tadi sebagai program pembukaan tahun 2023 Sekolah Kebangsaan Saujana Impian SBT.
Majlis di mulakan dengan sesi pendaftaran, sarapan pagi dan diteruskan dengan bacaan yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Tujikan.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Bonda Hjh. Suminah binti Kasolang Guru Besar SKSI SBT dan seterusnya ceramah motivasi keibubapaan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli M. Razali.
Pihak Sekolah Kebangsaan Saujana Impian SBT dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ibu Bapa dan warga SKSI serta seluruh penduduk dikawasan sekitar yang hadir memenuhi jemputan bagi bersama-sama menjayakan majlis ini..
Jutaan terima kasih juga pada ibubapa dan warga SKSI yang tersangat-sangat bermurah hati memberikan sumbangan sarapan pagi untuk para jemputan dan sumbangan wang tunai kepada PIBG untuk majlis ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua barisan pentadbiran sekolah, AJK Program, AJK PIBG dan guru-guru yang membantu membuat persiapan dan persediaan bagi menjayakan majlis ini dari mula dan sehingga selesai majlis ini.
Semoga segala hajat dan doa kita semua diterima Allah SWT dan segala ilmu yang kita dapat di dalam majlis ini bermanfaat untuk menghadapi cabaran masa kini bagi membesar dan mendidik anak-anak menjadi pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran dan insan yang berguna di dalam kehidupan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |