Alhamdulilah, buat kali pertama saya berkesempatan hadir ke Musabaqah Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri Gong Badak Kuala Terengganu.
Ketika meninjau ke booth pameran, terjumpa booth Klinik Al-Fatihah oleh Syeikh Dr Essam dari Mesir.
Alhamdulilah, rugi rasanya kalau tak ambil peluang untuk perdengarkan bacaan Fatihah saya dan menceduk mutiara ilmu Al-Quran dari Syeikh Dr. Dan Alhamdulilah mendapat pujian dari Syeikh Dr.
Belajarlah Al-Quran selagi ada umur di kandung badan, ketika Allah masih berikan peluang masa dan kesihatan. Kerana tuntutan bertalaqqi Musyafahah Al-Quran adalah kepada semua Muslim, dan bukannya terhad kepada Ustaz, Imam dan Tok Guru sahaja.
Maaf kerana kualiti audio yang kurang baik dan video yang terpotong akibat terstop di tengah rakaman.
SYIFA Musyafahah
Kelas Pengajian Al-Quran dan Qiraat ONLINE Secara Talaqqi dan Musyafahah dengan sanad bacaan bersamb
Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
Ayat 79 Surah Ali Imran.
وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
Tiada istilah terlewat dalam mempelajari Al-Quran.
Tiada istilah sudah lambat untuk mendampingi dan menjadi Ahli Al-Quran.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi mata belum terpejam tertutup rapat buat selamanya, belajarlah, dampingilah, sibukkan diri dengan Al-Quran.
Daripada Anas Bin Malik R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: "هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
Maksudnya: Sesungguhnya bagi Allah terdapat ahli-Nya dikalangan manusia. Mereka bertanya, hai Rasulullah siapakah mereka?Jawab baginda, mereka ialah ahli al-Quran, ahlullah dan yang diistimewanya.
Riwayat Ibn Majah (215)
Benarlah kata Imam Ibn al-Jazari:
وَأَنَّهُم فِي النَّاسِ أَهلُ اللهِ وَأَنَّ رَبَّنَا بِهِم يُبَاهِي
وَقَالَ عَنْهُم فِي القُرءَانِ وَكَفَى بِأَنَّهُ أَورَثَهُ مَنِ اصْطَفَى
Bahawa sesungguhnya mereka di kalangan manusia sebagai ahlullah
Sesungguhnya Tuhan kami dengan mereka pasti berbangga
Dia berfirman tentang mereka dalam al-Quran dan memadai
Bahawa sesungguhnya Dia mewariskannya siapa yang terpilih.
"Jika kalian sungguh-sungguh belajar Al-Quran, demi Allah, Allah tidak akan meninggalkan kalian" : Dr Ayman Suwaid.
Bacalah Al-Quran dengan perasan cinta dan malu pada NYA
"Perlu diingatkan bahawa cara Talaqqi dan Musyafahah sahaja yang menentukan insan mukmin membaca Al-Quran dengan betul," : Allahyarham Ustaz Mohd Rahim Jusoh al-Hafiz, Pensyarah Al-Quran dan Qiraat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, juga Penasihat Persatuan Qiraat Malaysia.
Assalamu'alaikum tuan puan sahabat-sahabat Iqra'ul Quran yang saya kasihi.
Dukacita dimaklumkan bahawa kelas online FB Live Iqra'ul Quran terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Saya pohon jutaan kemaafan dari tuan puan sahabat-sahabat semua.
InsyaAllah saya akan maklumkan semula bila kelas akan kembali bersiaran.
Harap maaf dan harap maklum.
Assalamu'alaikum sahabat2 yang saya kasihi.
Kelas FB Live kita cuti pagi ni ya.
InsyaAllah kita akan kembali bertemu dalam kelas FB Live seperti biasa pada pagi esok.
Harap maklum.
Jazaakumullahu khairan kathira.
Assalamu'alaikum tuan puan sahabat-sahabat yang saya kasihi.
InsyaAllah pagi ni kita akan kembali bertemu dalam kelas FB Live seperti biasa pada jam 730pagi sebentar lagi.
Assalamu'alaikum sahabat2 Kelas FB Live Iqra'ul Quran yg saya kasihi lagi saya hormati.
Untuk minggu ni, sekali lagi saya dgn berat hati terpaksa maklumkan yg kelas FB Live kita masih terpaksa bercuti kerana saya terpaksa menghantar dan menemani isteri outstation dalam keadaan saya dan isteri yg masih belum sihat sepenuhnya dari demam dan masalah saraf.
Harap sahabat2 sudi lah medoakan kesihatan buat kami berdua, juga Selamat dlm perjalanan pergi dan balik.
Saya berharap dan berdoa moga kita dapat kembali bertemu dalam kelas FB Live seperti biasa pada hari Isnin 2Jun seperti biasa insyaAllah.
Jazaakumullahu khairan kathira
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kajang
43650