03/09/2026
Orang yang tidak akan mahir membaca Quran pada adatnya ialah;
1.Orang yang tidak bertalaqqi.
2.Orang yang bertalaqqi dengan guru yang tidak layak mengajar.
3.Orang yang memperlekehkan berkenaan talaqqi Quran.
4.Orang yang tidak s**a guru menegur bacaannya.
5.Orang yang beranggapan bacaannya sudah betul dan tidak menerima teguran guru.
6.Orang yang tidak akur dengan tugasan yang diberi oleh guru.
7.Orang yang bertalaqqi dengan tidak membuang gelaran kebesaran dan kedudukan dunianya.
8.Orang yang tidak menghormati gurunya.
9.Orang yang datang bertalaqqi untuk s**a-s**a bukan kerana tanggungjawab.
10. Orang yang tidak membuat catatan teguran guru.
11.Orang yang tidak membuat latihan selepas bertalaqqi.
12.Orang yang tidak gemar mendengar bacaan rakan sepangajiannya ketika talaqqi depan guru.
13.Orang yang tidak dis**ai oleh gurunya.
14.Orang yang menyangka dirinya mampu membaca kerana dia mampu bercakap arab.
15.Orang yang menyangka bertalaqqi sama dengan membaca kitab ilmu lain dari segi kelebihannya.
16.Orang yang beranggapan talaqqi hanya untuk kanak-kanak bukan untuk orang dewasa.
17. Orang yang beranggapan bacaan Quran tidak penting, yang pentingnya memahami ayat Quran.
18. Orang yang beranggapan bacaan Quran bukanlah zikir yang terbaik, yang terbaiknya zikir yang dibuat ulamak.
19. Orang yang beranggapan hanya fardu ain belajar bacaan Fatihah . Selepas belajar Fatihah tidak perlu belajar Quran kerana fardu ain selepas mempelajari Fatihah ialah aqidah, tasawwuf dan fiqh. GOLONGAN INI TERKENA تلبيس إبليس .
20. Golongan yang beranggapan teguran guru menjatuhkan status keduniaannya.
والله المستعان
JazaakAllahu khairan Kathira buat AlFadhil Tuan Guru Ustaz Tirmizi Taha Ptbr (FB) atas perkongsian ilmu ini.