Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor

Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor

Share

Tadika Terbaik
50% Pembelajaran Al-Quran
50% Pembelajaran Akademik

Photos from Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor's post 08/08/2026

Alhamdulillah, selesai parents tcer meeting, layan ibubapa yang datang survey tadika untuk intake 2027.

Lepas tu memecut p**a ke sebuah tadika sahabat untuk beri kursus cara mudah menulis untuk kanak kanak.

Sesi kursus berlangsung dengan begitu padat sampai lupa nak break sekejap 😅

Seronok sangat time praktikal menulis, macam macam teknik dan lagu keluar. Guru guru pun sporting. Kejap berlakon jadi guru, kejap jadi anak murid..hihi

Semoga segala usaha kami pada hari ini diberkati Allah dan jadi asbab kebaikan....aamiiin.


Photos from Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor's post 08/08/2026

Alhamdulillah, Parents tcer meeting hari ni.

Semua ibubapa tersenyum gembira, kami barisan pendidik turut gembira.....berkongsi pengalaman dan cerita lucu anak anak.

Alhamdulillah selesai membentangkan prestasi anak anak sejak mula masuk hingga ke hari ini.

Semoga ibubapa terus mendoakan dan menyokong segala usaha kami.

Terima kasih sekali lagi atas kehadiran dan review yang diberikan...ALHAMDULILLAH.



Photos from Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor's post 28/07/2026

Program Usahawan.

Alhamdulillah, anak anak akan berlatih jadi usahawan seperti Rasulullah S.A.W.

Bonda ajar packing maruku untuk dijual ye.

Bonda pesan siap siap, jangan tumpah....masa packing kena fokus dan jangan bercakap.

Hahaha....comel masing masing, siap je packing, happy semacam. Baru tau susahnya nak sediakan barang jualan.

Selama ni asyik jadi pembeli je kann, kali ni tukar p**ak jadi penjual.

Jual kat mama atau papa. Sebut Encik atau puan dan nama penuh tau...barulah tau nama mama atau papa.

Harga jualan ialah RM 2. Duit tersebut masuk dalam tabung anak anak. Jangan p**ak memandai nak bagi kat Bonda atau teacher 🤣

Jangan lupa masa jual kena yakin, berani, mesra dan jaga adab. Jangan paksa paksa suh beli hihihi.

Oh ya, lepas jual nanti, boleh makan sama sama dengan mama tau, mesti sedap !









22/07/2026

Mixture of Colours
❤️🩷🧡💛💚💙🩵💜🤎🖤🩶🤍

Aktiviti menyeronokkan Kelas 4 tahun, hari ini.

Masing masing teruja.....muka ada senyummm hihihi.

Alhamdulillah, masing masing cermat, ikut arahan, dapat mewarna garisan dengan baik dan fokus dengan tugasan masing masing.

Berbanding 3 bulan pertama persekolahan, kini sangat banyak perubahan yang membanggakan.

Ibubapa pasti bangga !

Baby mama dah makin pandai 🥰









22/07/2026

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita.

Anak soleh solehah 4 dan 3 tahun di Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor sentiasa mendoakan ibubapa.

Comel masing masing kan ?

Okay..balik ni berlatih lagi di rumah. Terus doakan ibubapa sehingga akhir hayat tau !

Lots of love 🥰









22/07/2026

Lucu betul petang ni...semua "in character".

Baca cerita ✅️
Baca dialog ✅️
Berlakon jadi suara anjing✅️
Menganjing❌️

Semua suara anjing comel, kalau Bonda yang baca...pasti suara anjing tua 🤣🤣

Lain kali baca cerita gajah, kita buat suara gajah p**a, barulah seronok 🤗.

Photos from Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang Selangor's post 22/07/2026

Posting hari ini nak cerita pasal kenangan indah.

Zahra 6 tahun.

Abangnya Ahmad Eizzat dulu pun belajar dengan Bonda juga.

Seingat Bonda, masa tu Zahra dalam perut mama lagi.

Suatu hari Bonda tunjukkan telefon PVC yang mama hias masa Abang Eizzat belajar dengan Bonda.

Tersenyum girang Zahra beritahu kawan kawan.

Kecohlah satu kelas, Akmal kata "abang saya pun belajar dengan Bonda, kakak saya pun sama !
(Rasa menang leteww sebab 2 orang 😂)

Ya.....ramai ibubapa yang hantar anak lebih dari seorang.

Walaupun Bonda ni ala ala naga Tasik Chini tapi agaknya dimata ibubapa macam Ustazah Asma Harun, kot 🤣🤣🤣, gurau je.

Alhamdulillah banyak momen yang indah sepanjang mendidik kedua anak ini. Begitu juga dengan semua anak anak lain.

Selain tu ibubapa & Tokbah Zahra sangat hormatkan Bonda serta Teachers padahal team kami kecil sahaja. Kami sangat terharu 😭

Alhamdulillah, semakin hari Zahra semakin cemerlang. Bonda sangat bersyukur dan berpuas hati terutamanya part yang paling sukar iaitu membaca Al Quran.

Jom tonton video Zahra baca Al Quran. Terus doakan kami ye agar berjaya mendidik Zahra dan kawan kawan dengan didikan dan akhlak Al Quran.

Pasti ramai nak tau kat mana Zahra belajar, klik link dibawah untuk tau maklumat lanjut.

⚠️ Tempat adalah TERHAD!

Makluman & Link pendaftaran sesi 2027, klik pautan di bawah:
https://linktr.ee/ssayerbaloisaujanaimpian









20/07/2026

Wahai ibu bapa, hati anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini memang sangat suci dan tulus.

Mereka mungkin masih kecil, tetapi kasih sayang yang mereka berikan kadang-kadang membuatkan hati seorang guru menjadi sebak tanpa sedar.

Suatu hari, ketika berbual-bual di dalam kelas, seorang anak murid berkata kepada Bonda,

"Nanti bila saya dah besar, saya nak belikan Bonda cincin. Batu permata besaaaar... besar macam ni!"

Sambil menunjukkan penumbuk kecilnya yang digenggam erat.

Terus satu kelas menjadi riuh.

"Saya pun nak belikan Bonda cincin!"

"Saya nak belikan yang batu warna pink!"

"Saya nak belikan yang banyak batu!"

Masing-masing tidak mahu kalah. Semua berebut-rebut mahu menghadiahkan sesuatu kepada guru yang mereka sayang.

Bonda hanya mampu ketawa.

"Jangan cincin batu bata sudahlah..." 😆

Rupa-rupanya semuanya bermula apabila mereka ternampak Bonda memakai cincin pada hari itu. Sebenarnya hujung minggu sebelumnya Bonda menghadiri kenduri dan belum sempat menyimpannya.

Tetapi di mata anak-anak kecil ini, apa sahaja yang mereka nampak pada guru kesayangan mereka akan melekat di hati.

Yang lebih mencuit hati, ada p**a yang tidak mahu membelikan cincin.

"Saya nak buatkan rumah untuk Bonda!"

Masya-Allah.

Terus Bonda mendoakan,

"Wah, bakal kontraktor besar atau bakal arkitek ni. Aamiin."

Senyumannya p**a sampai ke telinga.

Kemudian Bonda berkata kepada mereka,

"Belajarlah rajin-rajin, jadi anak yang baik. Bonda doa kamu semua berjaya. Lebih berjaya daripada Bonda. Lebih kaya daripada Bonda."

Tiba-tiba seorang anak menyampuk,

"Kereta lagi besar daripada Bonda?"

"Ya... lagi besar daripada Bonda."

Terus satu kelas ketawa.

Bonda memandu Ford Ranger. Kalau lebih besar daripada itu, mungkin bas agaknya! 😆

Begitulah dunia anak-anak.

Penuh dengan gelak tawa, imaginasi dan kasih sayang yang tidak dibuat-buat.

Sebelum habis berbual, Bonda sempat berseloroh,

"Nanti kalau awak semua dah berjaya dan kaya, kalau nampak Bonda di tepi jalan, jangan buat tak kenal p**a. Ajaklah Bonda pergi umrah sekali."

Mereka terus mengangguk bersungguh-sungguh.

Pada mereka, semuanya mungkin nampak mudah.

Pada Bonda p**a, kata-kata itu menjadi kenangan yang sangat berharga.

Kerana hakikatnya, bukan cincin, rumah atau kereta yang membuatkan hati seorang guru bahagia.

Tetapi kasih sayang yang lahir daripada hati kecil yang ikhlas.

Doa Bonda sentiasa sama. Semoga anak-anak Tadika Shaaf Solleh Saujana Impian Kajang membesar menjadi insan yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat, serta sentiasa menjaga hati dan akhlak walau setinggi mana mereka melangkah nanti.

Dan andai suatu hari nanti mereka benar-benar berjaya, Bonda tidak mengharapkan cincin atau rumah yang pernah mereka janjikan.

Cukuplah jika suatu hari mereka tersenyum dan berkata,

"Bonda, saya masih ingat Bonda."

Itu sudah menjadi hadiah yang paling mahal buat seorang guru.









Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 16-1 Jalan Impian Perdana, Saujana Impian
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30