08/07/2026
😭❤️ Saat melihat wajah anak-anak yang pada awalnya malu dan ragu-ragu, akhirnya mampu menjawab soalan dengan yakin, kami tahu usaha ini sangat berbaloi.
Alhamdulillah, Bengkel Simulasi PKSK 2026 Sekolah Impian bersama murid tahun 5 & 6 bagi persediaan kemasukan ke SBP, MRSM & SMKA 2027 telah berlangsung dengan penuh semangat dan aura positif! ✨
Perkara yang paling menggembirakan kami bukan sekadar kehadiran yang ramai, tetapi perubahan yang berlaku pada anak-anak:
📌 Kini mereka lebih mengenali format sebenar peperiksaan PKSK.
📌 Mereka belajar teknik dan strategi daripada guru-guru berpengalaman.
📌 Mereka mula yakin untuk melangkah ke sekolah berasrama impian.
📌 Dan ya… makanan pun sedap! 😋🍱
Antara kata-kata yang paling menyentuh hati:
“Cikgu, saya rasa lebih yakin nak cuba masuk MRSM.”
“Baru saya faham cara jawab soalan PKSK.”
Ibu bapa, kejayaan tidak berlaku secara kebetulan. Anak-anak yang bersedia lebih awal mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan lebih jelas halatujunya. 🌟
Jika anak anda bercita-cita untuk ke SBP, MRSM atau SMKA, jangan tunggu hingga saat akhir. Berikan mereka pendedahan awal dan peluang untuk merasai pengalaman simulasi sebenar.
📣 Slot bengkel seterusnya akan FOKUS UJIAN KHAS dan TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN ARTIKULASI PENULISAN . Jangan lupa sertainya!
Tinggalkan komen “NAK” atau PM kami untuk mendapatkan maklumat awal. Tempat adalah terhad!
Bersama kita bantu lebih ramai anak melangkah ke Sekolah Impian. 💙📚
Sekolah Impian