Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor

Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor

Share

Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor menawarkan program pengajian pendidikan peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

04/05/2026

ππ„π‘πŒπˆππ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”ππ† ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŠπ„ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŒπ€ 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐑𝐃? πŸŽ“

Ada perancangan, tetapi mahu dapatkan maklumat terlebih dahulu?

Sertai sesi santai bersama kami sambil menikmati kopi di Tumbuh Coffee.
Boleh hadir bersama rakan-rakan yang turut berminat.

SEMBANG KOPI: DARI BILIK DARJAH KE DUNIA AKADEMIK

πŸ—“οΈ 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 – 5.00 petang
πŸ“ Tumbuh Coffee, Alam Sari (Β±10 minit dari UIS)
🎟️ Baucar hidangan percuma & sesi konsultasi
πŸ”— Pendaftaran: https://forms.gle/pZh75iagMu8YqZBJ9

Tempat terhad. Daftar segera.

28/03/2026

Tiada siapa dapat menghalang bila Allah SWT ingin anugerahkan kepada hamba-Nya.

Walaupun mengambil SPM 10 kali dan STPM dua kali, lelaki OKU pembelajaran ini tetap berusaha hingga berjaya menjadi guru. Kisahnya menjadi bukti bahawa semangat dan ketabahan mampu membuka pintu yang disangka mustahil.

Artikel penuh: https://mooda.my/abang-oku-guru-10-kali-spm-2-kali-stpm/

20/03/2026

Syawal bukan sekadar kemenangan, tapi peluang untuk memulakan semula dengan hati yang lebih tenang. Maaf zahir dan batin daripada Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti Pendidikan UIS.

Photos from Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor's post 20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026. Semoga Syawal ini membawa seribu rahmat & kemaafan zahir batin dipinta.

Setulus ikhlas daripada Fakulti Pendidikan, UIS.

19/03/2026

Bunga mekar di pagi Syawal,
Hati gembira penuh kegembiraan,
Mari kita eratkan silaturahim,
Salah dan silap harap dimaafkan.

DaripadaΒ seluruhΒ wargaΒ Fakulti Pendidikan, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, danΒ mengeratkanΒ ukhuwah kita semua.

Ikhlas daripada:
WargaΒ Fakulti Pendidikan
Universiti Islam Selangor

22/02/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada:

FATIHATUL BADRIYYAH BINTI MOHD ABD LATIF HILMI
No. Matrik: 25BE02048
Program: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Multimedia

di atas kejayaan meraih:

πŸ† JOHAN HAFAZAN JUZUK 1–20
πŸ“– Majlis Tilawah dan Hafazan Institut Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2025/2026
πŸ“ Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Kejayaan ini merupakan bukti kesungguhan, ketekunan serta kecintaan terhadap Kalamullah.
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga mahasiswa serta ummah.

✨ β€œAl-Quran di hati, kecemerlangan diredhai.” ✨

19/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan keredaan-Nya. Ramadan Mubarak! πŸ˜‡

Photos from Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Selangor's post 18/02/2026

Program ILMU & GAYA: GURU MODEL INTELEKTUAL anjuran Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan bersama pelajar semester 1 sesi II 2025/2026 di bawah projek subjek DINAMIKA GURU/TEACHER DYNAMICS telah berlangsug pada 9 Februari 2026 (Minggu 13) di Auditorium Mohd Adanan Isman, UIS dengan jayanya.

Program bertujuan menerapkan & memperkasa ketrampilan gaya bakal guru terhadap meningkatkan nilai moral dan integriti sebagai role model yang berketrampilan dengan speaker jemputan Dr Mazlan Bin Aris Mantan Timb Rektor IPG.
Gaya penyampaian yang santai namun perkongsian pengalaman & maklumat aura guru itu sangat bermakna, mantap dan memberi inspirasi kepada para bakal guru baharu yang menceburi bidang Pendidikan.

04/02/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr Siti Haswa Niza bin Abdullah di atas lantikan sebagai Ketua Penyelaras Pasiswazah, Fakulti Pendidikan berkuatkuasa 1 Februari 2026.

30/01/2026

Peluang kerjaya sebagai pendidik sentiasa terbuka.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Fakulti Pendidikan, Aras Bawah, Blok Akademik 4, Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra
Kajang
43000