17/02/2026
Alhamdulillah.π€©
Mainpower MTNAD...
Pengajian di Maahad Tahfiz kami kepada anak-anak yang berminat. Yuran percuma untuk anak2 fakir miskin dan yatim piatu.
Asrama di sediakan utk yg memerlukan shja selebihnya ulang alik. Maahad Tahfiz Nur Al Deen menyediakan pengajian tahfiz sepenuh masa bg lelaki dan perempuan berumur antara 7 hingga 17 tahun.
17/02/2026
Alhamdulillah.π€©
Mainpower MTNAD...
05/02/2026
KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURANπ₯°
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas kejayaan
Nur Alya Fatihah binti Mohd Rahmat π€²
dan
Abdul Rahman Putra bin Noor Azmanπ€²
menyelesaikan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Tahniah diucapkan! πππIni adalah pencapaian tertinggi, satu anugerah yang tidak ternilai. Semoga hafazan ini kekal tersemat di dada, menjadi panduan hidup, dan menjadi syafaat di akhirat kelak.
Penghargaan buat kedua ibu bapa yang tidak pernah lelah menyokong, serta asatizah yang bertungkus-lumus membimbing. Semoga ia menjadi saham akhirat yang berterusan. Teruskan istiqamah dalam murajaah (mengulang hafazan).
Assalamualaikum π€
π *Semoga tuan dan puan dalam keadaan sihat hendaknya* πͺ
*MAKLUMAN berkenaan Fast track SPM tahun 2026 βοΈποΈποΈπ.*
Syarat-syaratnya seperti berikut:
1) Pelajar maahad tahfiz yang telah syahadah atau yang masih menghafal (sekurang kurangnya 8 hingga 15 juzuk) layak untuk mohon.
2) Had umur pelajar mesti sekurang kurangnya 17 tahun pada tahun yang hendak menduduki SPM.
3) JAIS telah tetapkan pelajar wajib ambil
*5 teras iaitu BM, BI, SAINS, MATH & SEJARAH* *3 elektif iaitu BAHASA ARAB, TASAWWUR ISLAM & PENDIDIKAN ISLAM*
4) Pelajar akan belajar hanya pada setiap hari Sabtu dan Ahad di pusat yang akan ditetapkan. Bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang. Selain itu kelas tambahan di MTNAD akan dikenakan yuran.(Akan ada jadual harian di MTNAD)
08/10/2025
Asrama juga disediakan bagi ank2 yg berumur 13 tahun ke atas.
Alhamdulillah. Sambutan Awal Muharam 1447 pada 2 dan 3 Julai 2025.
Pada hari Selasa iaitu 2 Julai telah diadakan cermaah khas maal hijrah oleh mudir MTNAD iaitu Ustaz Azainuddin bin Abdullah dan diiringi persembahan khas pelajar-pelajar berumur antara 7 hingga 12 tahun.
πππ Selamat Tahun Baru Islam.. 1447 Hijrah(^-^)
Alhamdulillah.π
Selesai majlis sambutan hari guru pada 20 Mei 2025. Aktiviti sepanjang hari tersebut adalah pertandingan mewarna, membuat kad ucapan hari guru, membuat kraftangan dan menulis esei mengikut umur yang telah ditetapkan.
Terima kasih kepada semua pelajar terlibat jayakan persembahan khas untuk guru2 MTNAD.
16/04/2025
TB. Majlis khatam Al-Quran 26 Ramadhan.
Alhamdulillah..π
TB.
Program ceramah motivasi yang disampaikan oleh penulis buku dalam syarikat Hamare Group.
Alhamdulillah anak2 MTNAD ramai juga minat membaca buku2. Semoga apa yang disampaikan jadi pembakar semangat ank2 MTNAD untuk capai 30 Juzuk Hafalan.
Alhamdulillah.π
Ceramah sempena Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Sodiq selaku Imam 2 Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Kami juga mengadakan quiz bersama-sama pelajar untuk mengukuhkan lagi pemahaman ceramah yang disampaikan.
Israk Mikraj 27 Rejabπππ