Silat Lintau Asli
Permainan pencak silat yang berasal dari Panglima Lidah Hitam, dibawa ke Malaysia melalui cicit beliau Abdul Muluk
07/06/2026
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Nan Tuo Hj Mohamed Hazari bin Hashim (Cik Ayie) telah kembali ke rahmatullah pada 9.30pm di Hospital Kajang.
Beliau telah dikhatamkan oleh Allahyarham Guru Hj Abdul Muluk bin Idham sekitar tahun 70an dan kemudiannya sejak muda telah mengembangkan Silat Lintau di Kajang sehingga melahirkan gelanggang-gelanggang di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Beliau yg amat bersemangat dalam perjuangan Silat Lintau, bahkan beberapa minggu sebelum pemergiannya, sempat menaiktaraf gelanggang yg terletak di rumahnya sendiri.
Selain perjuangan silat, beliau juga sejak muda aktif ke majlis-majlis zikir, maulid dan merupakan murid kepada Tuan Guru Hj Syamsuddin dan Maulana Afifuddin dalam Tareqat Qadiriah
Semoga segala pengorbanan, amalan dan manfaat yg beliau taburkan mendapat rahmat dan redhaNYA. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin, auliya', syuhada' wal mursalin
آمين يا رب العالمين
Selamat Hari Raya Aidiladha
SELAMAT HARI GURU
kepada Guru Utama, Guru Nan Tuo, Guru Gelanggang Lintau Asli khususnya dan sekalian para guru.
Al-Fatihah kpd para guru yg telah kembali
MAJLIS UJIAN KENAIKAN TAHAP 1 @ GELANGGANG MASJID ATTAQWA
Tidak berpisah silat dan solat,
Tidak berpisah Melayu dan Islam,
Tidak berpisah masjid dan gelanggang,
Tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Moga ilmu jihad para pejuang Melayu ini akan terus diwarisi
Persembahan oleh anakanda Ziker Qais dari Gelanggang Lenggeng, Nismilan
MAJLIS UJIAN KENAIKAN TAHAP 1@ MASJID ATTAQWA, KL
Persembahan santai oleh Jurulatih Syahmi Si Peniup Seruling vs Ahli Khatam Dr Shah
MAJLIS UJIAN KENAIKAN TAHAP (1)
Persembahan seni oleh Guru Gelanggang Izlan Sany yg juga merupakan pengajar di Gelanggang Masjid At-Taqwa, KL
Diserikan dengan alunan seruling oleh Jurulatih Syahmi
29/11/2025
MAJLIS UJIAN KENAIKAN TAHAP (1) LINTAU ASLI
&
MAJLIS ANUGERAH PENDEKAR PERINGKAT
GELANGGANG
Tempat: Gelanggang Masjid At-Taqwa, KL
Pengajar: Guru Gelanggang Izlan Sany
Tarikh: 29-11-2025
Empat orang pesilat (Isyraq, Syahid, Saphia, Erisya) menjalani Ujian Tahap 1.
Dinilai oleh 3 orang penilai (Guru Gelanggang Shazhan, TTDI,KL, Guru Gelanggang Sharrazaq, Lenggeng,N9, Jurulatih Azlim, Seri Iskandar, Johor)
Keempat-empat berjaya dan dianugerahi bengkung batik calit putih serta sijil.
Semoga anak-anak ini mendapat manfaat dalam pembentukan sahsiah diri mereka dari ilmu yang diajarkan. Amin
Tiga orang penerima Anugerah Pendekar p**a menerima anugerah peringkat gelanggang.
▪️Ahli Khatam (bengkung Merah): Dr Shahrizal
▪️Jurulatih (Tanjak Kain Pelekat): Muhd Iskandar
▪️Guru Gelanggang (bengkung hitam): Norazlim
Kesemua penerima anugerah akan ditabalkan p**a secara rasmi di Malam Majlis Pendekar yang akan diadakan setahun sekali melibatkan semua gelanggang Lintau Asli di Malaysia dan akan dianugerahi dengan sijil, sanad perguruan serta selempang.
Semoga penerima anugerah sentiasa bersemangat dalam memberi manfaat kepada umat melalui jalan ilmu silat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Kajang