06/08/2026
KEMPEN INFAK HARI JUMAAT MADRASAH TAHFIZ AL-AZIZ (MTAA)
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
«لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ»
"Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu membelanjakan sebahagian daripada apa yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya." (Surah Ali 'Imran: 92)
Sempena Hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk berinfak di jalan Allah dengan menyumbang kepada Madrasah Tahfiz Al-Aziz (MTAA).
Sumbangan yang dihulurkan akan membantu menampung kos pengurusan madrasah, kebajikan para pelajar tahfiz, penyediaan makanan, utiliti, penyelenggaraan serta pembangunan institusi dalam usaha melahirkan generasi huffaz al-Quran yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
Salurkan Sumbangan Anda Ke :
Agro Bank
1005561000119931
Madrasah Tahfiz Al-Aziz
📞 Ustaz Ahmad Syafi'ie
018-952 4046
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا وَمِنْ جَمِيعِ الْمُتَصَدِّقِينَ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِي أَمْوَالِهِمْ وَأَوْلَادِهِمْ، وَاخْلُفْ عَلَيْهِمْ بِخَيْرٍ، وَافْتَحْ لَهُمْ أَبْوَابَ الرِّزْقِ وَالْبَرَكَةِ، وَاجْعَلْ صَدَقَاتِهِمْ نُورًا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَثَقِّلْ بِهَا مَوَازِينَ حَسَنَاتِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
"Ya Allah, terimalah infak dan sedekah kami serta seluruh para penyumbang. Berkatilah harta, keluarga dan zuriat mereka. Gantikanlah setiap yang mereka infakkan dengan kurniaan yang lebih baik, bukakanlah pintu-pintu rezeki dan keberkatan buat mereka, jadikanlah sedekah mereka sebagai cahaya di dunia dan di akhirat serta pemberat timbangan amal soleh mereka pada hari kiamat."
USTAZ AHMAD SYAFI'IE BIN JOHAN
MUDIR
MADRASAH TAHFIZ AL-AZIZ