Madrasatul Ulum Al-Islamiyah Lilbanat

Madrasatul Ulum Al-Islamiyah Lilbanat

Share

خيركم من تعلم القران وعلمه.. Sebaik-baik diantara kamu adalah org yg belajar Al Quran dan mengajarkannya..

20/03/2026
20/03/2026

من العائدين والفائزين...

تقبل الله منا ومنكم...

18/03/2026

Alhamdulillah.



Selamat bercuti, anak-anak..

11/02/2026

Assalamualaikum..
Sekadar memanjangkan pesan..

*INFAQ RAMADHAN 1447H*

*Madrasatul Ulum Al-Islamiyah Lilbanat* membuka peluang kepada tuan/puan yang ingin meraih pahala berganda di *Bulan Ramadhan 2026* bermula *1 - 26 Ramadhan 1447* untuk pelajar-pelajar Madrasah melalui pakej tajaan berbuka puasa.

*Pakej Tajaan Berbuka puasa + sahur + moreh =Rm150/sehari (15 orang)*

InsyaAllah infaq tersebut boleh disalurkan ke akaun rasmi madrasah .

19/2 : ✅
20/2 : ✅
21/2 : ✅
22/2 :
23/2 :
24/2 :
25/2 :
26/2 :
27/2 : ✅
28/2 :
1/3 :
2/3 :
3/3 :
4/3 :
5/3 :
6/3 :
7/3 :
8/3 :
9/3 :
10/3 :
11/3 :
12/3 :
13/3 :
14/3 :
15/3 :
16/3 : ✅
17/3 : ✅

*Maybank*
*5620 2164 8990*
*MADUAI Lilbanat*

Jika ingin bertanya lanjut, boleh hubungi :
Ustazah Madrasah :
+6011 5593 2434

Wassap Ustazah :
http://wasapp.me/601155932434/

Page Madrasah : https://www.facebook.com/share/1CVtw8ZjMW/

Tiktok Madrasah : https://www.tiktok.com/.lilbanat?_r=1&_t=ZS-93nYemDSjxQ

Alamat Madrasah : Jalan Reko Sentral 8,Kajang.

02/02/2026

*Kelebihan Malam Nisfu Syaaban:*

Menurut Imam Syafie rah. 5 malam dlm kalendar Islam merupakan malam penerimaan doa:
1) Malam Satu Rejab
2) Malam Nisfu Syaaban
3) Malam Raya Eidul Fitri
4) Malam Eidul Adha
5) Malam Jumaat.

Malam ini dipanggil Lailatul Bara’ah (malam kelepasan) disamping penerimaan doa malam ini juga merupakan malam diangkatnya amalan sepanjang tahun yang lepas ke langit. Wallahu a’lam.

Amalan sepanjang tahun (sebelum 15 Syaaban) diangkat bersama buku catitannya, dan jika amalan itu baik maka dimalam Lailatul Qadar nanti akan diturunkan taqdir baik atau buruk utk setahun ke depan.

Malam ini juga malam pengampunan dosa disisi Allah.

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت: فَقَدْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وسلم ذَاتَ لَيْلَةٍ، فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ، فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ، أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ!»، فقُلْتُ: وَمَا بِي ذَلِكَ، وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ، فَقَالَ: «إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ -وهو اسم قبيلة-» رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد.

Dari Ummil Mukminin Aishah r.ha berkata ia Aku kehilangan Nabi saw pada suatu malam lalu Aku keluar untuk mencarinya. Tiba-tiba Aku mendapatinya sedang berada di kuburan Baqe’ sedang mengangkatkan kepala Baginda saw ke langit, lalu bersabda ia: Hai Aishah adakah engkau takut bahawa hakmu di rampas oleh Allah dan RasulNya? Lalu aku menjawab tidak halal bagiku yang demikian itu. Cumanya aku menyangka bahawa engkau pergi mendatangi sebahagian dari isteri Mu. Maka Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala turun pada malam separuh dari bulan Syaaban ke langit dunia lalu Dia mengampunkan (dosa hambaNya) lebih banyak dari bilangan bulu di badan kambing Bani Kilaab”. (HR Ibnu Majah & Ahmad).

وعن علي بن أبي طالب كرم الله وجهه عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: «إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا يَوْمَهَا؛ فَإِنَّ اللهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرَ لَهُ؟ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ؟ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ؟ أَلَا كَذَا، أَلَا كَذَا..؟ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ» رواه ابن ماجه.

Dari Ali Bin Abi Talib r.a dari Nabi saw bersabda ia: “Apabila tiba malam separuh dari Syaaban maka bangunlah di bahagian malamnya dan berpuasalah disiang nya. Kerana sesungguhnya Allah turun kedunia disaat tenggelamnya matahari lalu Dia berfirman: Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan agar Aku ampunkannya” adakah sesiapa yang ingin meminta rezeki (harta, anak, jodoh) kepadaKu agar aku berikan rezeki kepadaNya?. Adakah sesiapa yang sedang menanggung ujian (yang berat) agar Aku selamatkan dia? Adakah begini? Adakah begitu? sehinggalah terbitnya Fajar”.
(HR Ibnu Majah).

Jauhkan 7 jenis dosa agar kita termasuk golongan yang diampunkan Allah:

1) Syirik kepada Allah
2) Perkelahian & permusuhan
3) Minuman keras (mabuk)
4) Elakkan dari isbal (melabuhkan kain/seluar lebih dari buku lali atas niat membangga diri
5) Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa
6) Zina
7) Memutuskan silaturrahim

Ulamak mengatakan ada kelebihan khusus mengenai Nisfu Syaaban (melalui riwayat yang banyak) riawayat yg dhaif dikumpulkan jadilah ia berstatus Hasan Li-Ghairihi namun demikian tiada amalan khusus untuk di buat pada malam ini.

Jadi sama-sama kita ajak keluarga kita, sanak saudara kita, rakan taulan kita beribadah hidupkan malam ini dengan amalan yang umum berpandukan hadis juga kata-kata Imam Syafie rah tersebut:

1) Banyakkan Istighfar agar buku catatan amalan kita diangkat dalam keadaan dosa kita ditukar menjadi pahala.

2) Banyakkan berdoa kerana berdoa pada malam inj mustajab.

3) Qiyamullail kerana dimalam ini Allah menjenguk ke arah hambaNya memerhatikan amalan mereka.

4) Siang besok dihiasi hari 15 Syaaban dengan puasa.

Nabi saw ditanya tentang rahsia Baginda selalu berpuasa dibulan Syaaban lalu Baginda bersabda:

_“Itulah dia bulan (yang agung) yang padanya diangkat akan amalan (manusia ke langit) dan Aku s**a amalan ku diangkat ke langit disaat aku sedang berpuasa”._

Silakan Beramal.

-Maulana Helmi-

Photos from Madrasatul Ulum Al-Islamiyah Lilbanat's post 28/01/2026

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera tuan/puan yang dihormati,.

Pihak madrasah ingin memaklumkan bahawa madrasah sedang dalam proses melengkapkan syarat penyambungan pendaftaran dengan pihak JAIS. Salah satu keperluan wajib yang ditetapkan ialah *pembinaan tangga kecemasan* sebagai langkah keselamatan anak-anak.

Sehubungan perkara itu,pihak madrasah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan seikhlas hati bagi menampung kos pembinaan tangga kecemasan tersebut.

💰 Jumlah kos yang diperlukan adalah *RM3,300*

Baki yg masih perlu dikumpulkan : Rm3000

⚠️ Perkara ini adalah *URGENT* kerana tangga kecemasan perlu disiapkan sebelum puasa bagi memastikan proses pendaftaran madrasah berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah kelulusan.

Pembinaan tangga kecemasan ini amat penting demi keselamatan anak-anak sekiranya berlaku kecemasan di madrasah.

Oleh kerana itu, kami amat berharap jasa baik dan keprihatinan tuan/puan untuk menyumbang seikhlas hati. Setiap sumbangan, kecil atau besar, amat kami hargai. Mohon sebarkan juga post ini dengan tujuan tersebut.

Maklumat kaedah pembayaran boleh terus ke akaun infaq madrasah :

*MAYBANK MADUAI LILBANAT*
*5620 2164 8990*

Kerjasama dan sokongan tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

-Pengurusan Madrasah-

06/01/2026

Alhamdulillah.

Selamat kembali ke madrasah untuk semua pelajar.

Semoga tahun 2026 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk kita semua.


💪

11/12/2025

7 Panduan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak Tahfiz :

Panduan ke-7 itu point yang paling penting.

1. Jangan hanya sekadar berbangga dan post dalam Facebook anak telah khatam tasmik 30 juzuk tapi bagilah perangsang pada mereka supaya bersungguh-sungguh menjaga hafalan mereka supaya benar-benar menjadi al-hafiz bukan al-Habis.

2. Jangan hanya sekadar bertanya anak sudah hafaz berapa juzuk, tapi tanya juga berapa juzuk sehari mengulang al-Quran.

3. Sekali sekala anak balik rumah, minta anak baca ayat-ayat atau surah-surah yang beliau hafaz (tasmik atau tebuk). Pastikan anak-anak murajaah dan mengulang hafalan setiap hari.

4. Pastikan bila anak balik rumah, adakah dia akan mengulang al-Quran sendiri tanpa disuruh atau ambik peluang qada' tengok TV atau main smartphone dan gajet. Pantau dan kawal penggunaan smartphone dan gajet apabila di rumah.

5. Selalu bagi perangsang dan kata-kata semangat pada anak-anak. Tak salah kalau nak bagi penghargaan pada beliau dengan hadiah sekiranya khatam hafaz dalam masa yang ditetapkan.

6. Biasakan bawa anak-anak ke masjid atau surau untuk menunaikan solat fardhu berjemaah disamping mengajar anak-anak bermasyarakat.

7. Paling penting, ibu bapa sendiri perlu berusaha menghafal Quran juga sedikit demi sedikit supaya menjadi contoh teladan yang terbaik buat anak-anak untuk lebih semangat menghafal Quran.

Anak-anak mungkin gagal mendengar cakap tapi mereka tak pernah gagal meniru sikap.

Tunjukkan sikap yang baik di rumah dengan berusaha juga untuk menghafal Quran sehingga Quran itu menjadi budaya dalam keluarga kita.

Ustaz Muhammad Hafizi bin Rajiman
Guru SERI al-Hafidz Tuaran Sabah
Lepasan Darul Quran JAKIM

11/12/2025

Program hari ini.


Mohon doa dari semua utk kebaikan dan keberkatan madrasah MADUAI .


Mohon doa semua untuk guru MADUAI agar menjadi guru yang bertaqwa dan berhikmah.



Mohon doa semua untuk pelajar-pelajar MADUAI semoga menjadi hamba, pelajar dan insan yang kuat jiwanya, bermanfaat untuk sekeliling mereka .

Photos from Madrasatul Ulum Al-Islamiyah Lilbanat's post 10/12/2025

Alhamdulillah.


Tahniah Banat..


Semoga Allah meredhai setiap usaha dan mujahadah kalian.

Semoga Allah terima setiap kesungguhan dan usaha kalian.

Dan semoga Allah pilih untuk jadi hafizah, Alimah dan Daieyah.. InsyaAllah Amiin.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 18-1 Jalan Reko 8, Reko Sentral
Kajang
43000