Persidangan ITIMT NEUC

Persidangan ITIMT NEUC

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persidangan ITIMT NEUC, Education Website, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang.

10/10/2023

Here's a recap of the wonderful ITIMT conference 🥰

21/09/2023
Persidangan ITIMT hari ke-2, 17 September 2023 21/09/2023
Photos from Persidangan ITIMT NEUC's post 21/09/2023

Persidangan ITIMT hari ke-2, 17 September 2023

Persidangan ITIMT 2023 16 September 2023 20/09/2023

Seputar Persidangan ITIMT NEUC hari pertama 16 September 2023

Photos from Persidangan ITIMT NEUC's post 20/09/2023
16/09/2023

Panel 2(Sejarah dan Hubungan Peradaban) - Selari (Ug-Hall)

https://newera-edu-my.zoom.us/j/93811607267
(Passcode: 460807)

Join our Cloud HD Video Meeting Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...

26/07/2023

Jemputan Ke Forum “KE ARAH HUBUNGAN TAMADUN BARU ANTARA ASIA TENGGARA DAN CHINA" sempena PERSIDANGAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM, MELAYU DAN TIONGHOA DI ASIA TENGGARA (ITIMT@Newera)

Objektif mengadakan forum bertajuk "Ke Arah Hubungan Tamadun Baharu Antara Asia Tenggara dan China" adalah untuk memupuk persefahaman, dialog dan kerjasama yang lebih mendalam antara Asia Tenggara dan China bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan menggalakkan kestabilan serantau di samping memupuk hubungan tamadun baharu antara Asia Tenggara dan China yang bercirikan persefahaman, kerjasama dan kemakmuran bersama.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput khalayak ramai menghadiri forum ini yang dijadualkan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17 September 2023 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi- 12.30 petang
Tempat : Kolej Universiti New Era

Ikuti kupasan-kupasan menarik bersama Pengerusi forum iaitu Profesor Dr. Osman Bakar, Penyandang Kursi Epistemologi, Pengajian Ketamaduan dan Pembaharuan Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan barisan panel kami iaitu:

Profesor Tu Weiming
Ahli Falsafah Harvard

Profesor Tan Xiao,
Profesor Madya Fakulti Bahasa dan Budaya Asia, Universiti Pengajian Asing Guangdong, China

Dr. Sumanto Al Qurtuby
Profesor Madya Antropologi Budaya di Jabatan Pengajian Global di Universiti Petroleum & Mineral Raja Fahd, Saudi Arabia

Profesor Diana Wong Ing Boh
Felo Penyelidik, Kolej Universiti New Era

Dr. Alexander Wain
Pensyarah dan Penyunting Akademik (Islam) di Jabatan Pengajian Agama, Universiti St Andrews, United Kingdom

Acara ini terbuka kepada orang ramai dan penyertaan anda dalam acara ini amatlah dihargai. Untuk mendaftar, sila imbas kod QR yang terdapat pada poster yang dilampirkan atau hubungi sekretariat ITIMT untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat ITIMT,
KOLEJ UNIVERSITI NEW ERA
Blok B&C, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit,
43000 Kajang, Selangor DE, Malaysia
Tel: 03-87379292 ext. 6115
Laman Web: https://www.newera.edu.my/ITIMT

26/07/2023

Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Kolej Universiti New Era telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan untuk berkembang maju sehingga ke tahap hari ini. Kolej Universiti New Era menyambut ulangtahunnya yang ke-25 pada tahun ini, dan pada tahun 2023, sambutan ulang tahun dirancang bagi memperingati evolusi serta perjalanan dan pencapaian Kolej Universiti New Era sepanjang tempoh 25 tahun.

Salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah PERSIDANGAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM, MELAYU DAN TIONGHOA DI ASIA TENGGARA (ITIMT@Newera) pada 16-17 September 2023 bertempat di Kolej Universiti New Era, Kajang, Selangor. Persidangan selama dua hari ini bakal menghimpunkan para ilmiah dan memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pandangan, maklumat dan fikiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Pembentangan kertas kerja yang dibentangkan di persidangan ini akan memperlihatkan usaha-usaha pengkajian mengenai kebudayaan dan tamadun Islam, Melayu dan Tionghoa dengan lebih menyeluruh dan hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat mengenai ketinggian falsafah dan pemikiran rakyat yang telah memungkinkan terbinanya kebudayaan dan tamadun berdasarkan keunikan sosial yang disebabkan oleh kepelbagaian budaya dan kaum di rantau Asia Tenggara.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput khalayak ramai menyertai persidangan ini yang dijadualkan sebagaimana berikut :

Tarikh : 16 September 2023 (Sabtu) hingga 17 September 2023 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Tempat : Kolej Universiti New Era

Kami amat berbesar hati menerima Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Penyandang Kursi Epistemologi, Pengajian Ketamaduan dan Pembaharuan Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), dan Yang Berhormat Senator Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia sebagai Penceramah Utama bagi acara ini.

Acara ini terbuka kepada orang ramai dan penyertaan anda dalam acara ini amatlah dihargai. Untuk mendaftar, sila imbas kod QR yang terdapat pada poster yang dilampirkan atau hubungi sekretariat ITIMT untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat ITIMT,
KOLEJ UNIVERSITI NEW ERA
Blok B&C, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit,
43000 Kajang, Selangor DE, Malaysia
Tel: 03-87379292 ext. 6115
Laman Web: https://www.newera.edu.my/ITIMT

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit
Kajang
43000