Akademi Tunas Hulu Langat Official
OFFICIAL PAGE
Akademi Tunas Hulu Langat 2021/2022
Kajang ,Selangor. National Football Development Program
Majlis Sukan Negara
30/09/2022
Assalammualaikum
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna dengan izinya dapat kami meneruskan penulisan berkenaan perkembangan terkini para pemain ATHL 2022.
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada semua pemain ATHL U10 & U12 yang telah berjaya menjadi johan didalam pertandingan Liga Akademi Tunas Negeri Selangor bagi siri ke3.
Tahniah juga biat pemain ATHL U11, yang mendapat tempat ke2 pada kejohanan tersebut.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua jurulatih yang terlibat yang tidak pernah berputus memberikan ilmu dan latihan didalam kemenjadian para pemain ATHL 2022.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang banyak membntu pengurusan ATHL sepanjang kejohanan dijalankan dan pengorbanan yang diberikan hanya Allah dapat membalasnya.
Akhir kata, teruskan usaha buat semua pemain dalam mencapai cita-cita anda. Perjalanan kita masih jauh dan jangan berputus asa.
Terima kasih
07/09/2022
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan limpah rahmatnya dapat kami mengemaskini ruangan ini dengan berita terkini perkembangan pemain-pemain ATHL 2022.
Terlebih dahulu ingin kami kongsikan perkembangan terkini para pemain kategori U8, tahniah kami ucapkan kepada pemain-pemain ATHL U8 yang telah menyertai beberapa liga didalam dan luar negeri selangor sebagai salah satu proses pendedahan dan pengalaman didalam kemenjadian sebagai pemain bola sepak. Tahniah kami ucapkan dimana sepanjang program ini ATHL U8 telah dinobatkan sebagai Juara didalam beberapa siri perlawanan yang diceburi. Adat pertandingan ada yang menang dan kalah namun jika kalah bererti kita akan belajar mencari kekurangan dan belajar daripada kekalahan untuk majukan diri di masa hadapan .
Terima kasih kepada jurulatih U8 iaitu Coach Ard yang dibantu oleh Coach Asyraf didalam proses latihan dan kemenjadian para pemain ATHL U8 . Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang membantu dan menyokong program anak-anak didalam semua aspek logistik, latihan dan pertandingan yang disertai oleh pemain ATHL U8.
Akhir sekali kami ucapkan tahniah pada pemain yang berusaha sehingga berjaya. Namun ingin diingatkan bahawa perjalanan mereka ini masih jauh dan banyak lagi pelajaran yang perlu kita pelajari dan kami doakan anda semua berjaya didalam bidang yang diceburi
⚽Liga Superimau Siri Ke-2 (Putrajaya)
Johan
⚽Grassroot Cup KSS Kg Baru
Johan
⚽ La Liga Tournament (Penang) - International
No 5
⚽ Milo cup Series 1
Layak sehingga suku akhir
⚽ Footykid League
Johan
⚽Dz Friendly League
Johan
⚽ Karnival Akademi Tunas peringkat negeri selangor 2022
Johan
27/07/2022
Assalammualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinNya, kita masih lagi bersama untuk menyampaikan berita terkini berkenaan program yang disertai oleh para pemain ATHL 2022.
Untuk makluman, pada 23-24 Julai yang lalu, pasukan ATHL telah menyertai Pertandingan Bola Sepak La Liga Youth Tornament Peringkat Antarabangsa di Pulau Pinang.
Kejohanan ini juga telah disertai oleh beberapa pasukan daripada negara Asia seperti Malaysia Thailand, laos, Filipina dan lain-lain lagi.
Syukur Alhamdulillah pada kejohanan peringkat antarabangsa ini, ATHL U10 telah mendapat tempat Ke-4 dan ATHL U8 berada di kedudukan ke-6.
Disini, Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang menaja pasukan ATHL antaranya SHAH AL-FATEH GROUP SDN BHD , Nexxa Studio dan Ng Enterprise.
Selain itu, diucapkan terima kasih juga kepada ibu bapa dan keluarga pemain yang hadir menyokong, menyumbang dan membantu pasukan ATHL sepanjang program ini berlangsung.
Tidak dilupakan kepada semua pemain terlibat yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. InshaAllah suatu hari nanti anda semua bakal menjadi permata negara di dalam dunia bola sepak.
Akhir kalam , kami dibarisan Kejurulatihan memohon ribuan kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan semasa mengendalikan program ini. Mohon halalkan semua perkara semasa program ini dijalankan.
InshaAllah kita akan bertemu pada misi akan datang untuk perkembangann proses kemenjadian pemain.
Sekian terima kasih
20/06/2022
*Buletin ATHL 18-19 jun 2022*
Alhamdulillah , syukur kepada Allah kerna dengan izinNya kita masih diberi ruang kehidupan pada hari ini.
Untuk makluman, pada 18 & 19 Jun 2022 yang lalu, pasukan ATHL telah menyertai beberapa kejohanan di dalam dan luar Negeri Selangor. Antara kejohanan yang disertai adalah:
*18 Jun 2022*
1) Kejohanan bolasepak terbuka langkawi 2022 kategori bawah 11&12 tahun
2) Tanarata 4th Annual Soccer Tournoment 2022 (U10) - *2nd place*
3) AR Junior Cup (U9) - *Champion*
4)Friendly Game
ATHL U8 vs Soccer Ace
*19 Jun 2022*
*Pertandingan Bola Sepak Bawah 8 tahun dan 10 tahun Sempena Karnival Iltizam Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Hulu Langat 2022*.
1) ATHL U10 *2nd place* & ATHL U9 *3rd place*
2) Liga Superimau Siri 2
ATHL U8
Alhamdulillah daripada kejohanan yang disertai beberapa pemain telah terpilih menjadi pemain terbaik, penjaga gol terbaik & jurulatih terbaik.
Tahniah! kami ucapkan kepada yang berjaya dan teruskan usaha pada masa hadapan untuk mencapai kejayaan.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada penganjur kejohanan, Majlis Sukan Negeri Kedah, Tanarata International School, MPAJ/AFJC & Liga Superimau atas penganjuran program ini.
Semoga dengan penglibatan di dalam pertandingan yang disertai dapat meningkatkan prestasi pemain ATHL dari masa ke semasa.
*Ayuh! anak harimau ATHL luaskan ngauman mu pada kejohanan akan datang*
06/06/2022
Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna dengan izinya segala yang dirancang dan diusahakan oleh Jurulatih dan pemain untuk menghadapi pertandingan Liga Akademi Tunas Negeri Selangor Pusingan Ke-2 hari ini telah berhasil dan mencapai kejayaan dimana 3 pasukan ATHL bagi 3 kategori iaitu U10, U11 & U12 telah menjadi Juara kumpulan bagi pertandingan kali ini.
Terima kasih kepada KJRN Nik yang merancang program hari ini dengan baik sekali. Tidak lupa juga kami ucapkan kepada KJP coach Malek dan pasukan jurulatihnya yang bertungkus lumus mengajar pemain tanpa erti penat lelah sehingga berjaya.
Terima kasih kepada barisan sukarelewan dikalangan ibu bapa ATHL yang menjalankan tugas dengan baik sekali dan tidak lupa kepada ibu bapa yang memberi sokongan dan pengorbanan bagi merealisasikan impian setiap anak-anak mereka.
Tanpa gabungan ini program seperti ini tidak akan berjaya dan kita doakan semoga suatu hari nanti ada dikalangan pemain ini akan mengharumkan nama negara dalam bidang bola sepak .
Jasa anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya.
Teruskan usaha, semoga kejayaan hari ini menjadi suntikan semangat buat semua pasukan yang menyertai program ini atau pun tidak demi mengubah misi dan visi dunia sukan bola sepak negara.
Ayuh anak harimau ATHL , perjalanan kita baru bermula .....
01/05/2022
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerna dengan izinya kita masih diberi kesihatan pada hari ini untuk meneruskan kehidupan agar menjadi hamba Allah yang terbaik.
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasukan ATHL disamping melakukan ibadah dengan izinya masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan latihan selepas terawih bagi memastikan prestasi para pemain ATHL konsisten dan semalam merupakan latihan akhir untuk bulan ramadhan yang penuh keberkatan.
Ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaraan Kajang (MPKJ) yang memberikan ruang dan peluang kepada pasukan ATHL melakukan latihan di stadium Mini Bangi .
Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang turut berkorban dengan membantu menghantar pemain ke lokasi latihan untuk memastikan anak-anak mereka meneruskan latihan yang telah disediakan oleh jurulatih ATHL
Terima kasih kepada pemain yang hadir mengikuti sesi latihan & perlawanan persahabatan untuk memastikan prestasi mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Terima kasih kami ucapakan kepada beberapa rakan2 kelab dan akademi yang sama-sama menjayakan program latihan Ramadhan ini dalam siri perlawanan persahabatan antaranya TSS, GATORS Akademi Tunas Bandar Tun Razak (ATBTR). Semoga pada masa akan datang kekerapan perlawanan persahabatan ini dapat diadakan bagi merealisasikan impian dan harapan dalam diri setiap pemain.
Akhir sekali , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih yang merancang dan merencana program latihan ini tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk meningkatkan prestasi pemain ATHL dari masa ke semasa supaya pemain berjaya dalam bidang yang diceburi mereka. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Dikesempatan ini, hanya berbaki ini kami dibarisan Teknikal ATHL dan barisan kejurulatihan menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan diatas sebarang kekurangan kami sepanjang menjalankan program Latihan Ramdhan kali ini. Kami juga mendoakan keselamatan buat pemain dan ahli keluarga ATHL yang pulang ke kampung dan diharap semua berhati-hati dijalan raya.
Semoga kita bertemu kembali selepas cuti raya untuk meneruskan misi latihan .
Kejayaan pemain ATHL adalah Keutamaan kami.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Ikhlas dari kami
Teknikal & Jurulatih ATHL 2021
30/04/2022
Sannah Helwah Coach Azhar (Ard) semoga diberkati hidup dunia dan akhirat , dimurahkan rezeki dipanjangkan umur.
27/03/2022
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pada 26/13/2022, Alhamdulillah syukur kepada Allah pada hari sabtu yang lalu ATHL U12 telah menerima Jemputan perlawanan persahabatan bersama AT & PLD Langkawi bersempena pembukaan pusat latihan baru di langkawi. Di dalam program ini 2 jurulatih ATHL telah hadir ke lokasi perlawanan tersebut membawa pasukan ATHL U12. Sambutan dan layanan yang diberikan kepada kami amat baik daripada penganjur dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan tersebut.
Terima kasih kami ucapkan pemain kerana hadir ke lokasi ini dan bermain bersungguh-sungguh.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut serta membawa pemainble lokasi perlawanan.
Semoga dengan jemputan seperti ini dapat kami teruskan pada masa hadapan demi kebaikan semua pemain untuk lebih maju.
Tahniah buat pemain ATHL U8 yang telah berjaya membawa piala dan medal di kejohanan yang diadakan di kg baru .
Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi suntikan swmangat buat pemain .
Sekian terima kasih
berjaya
24/03/2022
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna dengan izinya, kejayaan telah diperolehi oleh pemain ATHL U10, U11 & U12 pada Kejohanan Liga Akademi Tunas Selangor Pusingan Pertama 2022 yang telah berlangsung pada hari sabtu yang lalu.
Berkat usaha gigih dan tidak pernah putus asa pemain serta tidak mengalah akhirnya mereka berjaya meraih kejayaan pada kejohanan yang amat ditunggu-tunggu oleh setiap pemain di dalam program NFDP ini.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang berkorban masa, tenaga dan kewangan didalam merealisasikan impian anak-anak masing untuk memastikan anak-anak berjaya dalam bidang sukan ini.
Terima kasih juga kepada Ketua Jurulatih Pusat ATHL Coach Malik dan barisan jurulatih-jurulatihnya yang berhempas pulas memberikan tunjuk ajar dan latihan extra bagi memastikan prestasi pemain-pemain ini sentiasa dalam keadaan yang memuaskan sehingga pemain-pemain ini berjaya.
Akhirnya hasil yang diperolehi pada kali ini dimana 2 kategori telah bergelar Juara (U10 & U11) manakala U12 mendapat tempat ke 2.
Namun begitu, masih ada yang perlu diperbaiki untuk kami memperkemaskan pasukan ini dan kami tidak boleh leka kerana lain-lain pasukan yang terlibat juga telah mempamerkan aksi yang terbaik dan telah meningkat prestasi mereka.
Semoga dengan kejayaan ini akan menyuntik semangat pemain-pemain ATHL yang lain untuk lebih berjaya dimasa hadapan.
23/03/2022
Alhamdulillah.
Latihan selepas cuti persekolahan telah bermula pada hari ini dan kehadiran pemain ATHL untuk semua kategori amat memberangsangkan
Terima kasih kepada semua ibu bapa telah menghantar pemain ke lokasi latihan yang ditetapkan oleh jurulatih.
Semoga pemain-pemain ini berjaya dalam bidang sukan ini pada masa hadapan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kajang
43000