Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang

Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang

Share

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah atau nama ringkasnya SMK SAAS

25/05/2026

Alhamdulillah!

Muhammad Iqtizzam 4B telah mendapat Pingat Gangsa acara Lompat Kijang di Kejohanan Olahraga Remaja Terbuka Kuala Lumpur Peringkat Kebangsaan.

Moga terus berjaya dan cemerlang Iqtizzam🥳🥳🥳






Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 18/05/2026

Jom sama-sama menyokong Program Yakult Generasi Madani 2026






Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 18/05/2026

Berlangsung pada hari ini Peluncuran Kempen Rambut Kemas, Sahsiah Cemerlang. Semoga anak-anak SAAS lebih menjaga penampilan agar lebih kemas dan berdisiplin.

Tarikh : 18 Mei 2026
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan DEAR SMK SAAS




Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 18/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Sinergi Hadir pada hari Jumaat minggu lepas bagi memfokuskan kehadiran murid ke sekolah.

Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kurikulum berganding bahu menjayakan program ini dengan sangat baik.

Tarikh : 15 Mei 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Aula Perdana
Masa : 8.00-11.00 pagi
Sasaran : Murid berfokus tingkatan 3-5

Terima kasih para ibu bapa dan murid yang hadir.
Diharapkan dapat memberi impak yang lebih positif kepada semua pihak.




15/05/2026

SELAMAT HARI GURU ❤️

Buat semua pendidik, teruskan menjadi lilin yang memberi cahaya pada nusa bangsa
🩷💚❤️💙🧡💜💛🩵



Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 04/05/2026

🌟 Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 🌟
📅 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya majlis yang penuh bermakna ini bagi menghargai murid-murid cemerlang SPM 2025 serta guru-guru yang menerima anugerah atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi hasil usaha gigih, doa, dan sokongan semua pihak.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah! Semoga terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan ✨






Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 22/04/2026

PROGRAM KAJANG BERSIH, KAJANG DIHATIKU 3.0

Tempat : SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integ.) Kajang
Tarikh : 22 April 2026 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Program Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku yang berlangsung pada hari ini di SMK SAAS telah disempurnakan dengan jayanya dalam suasana yang penuh meriah dan bermakna. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor serta pihak ADUN Kajang, yang mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memupuk kesedaran kebersihan dan kecintaan terhadap kawasan setempat.

Sambutan yang amat menggalakkan jelas terpancar melalui penglibatan aktif pelbagai pihak, termasuk warga sekolah, komuniti setempat serta agensi-agensi berkaitan yang bersama-sama menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK SAAS yang telah bertungkus lumus, menunjukkan komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam memastikan kejayaan Program Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada semua dalam menjaga kebersihan serta memupuk rasa cinta terhadap Kajang.







Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 16/04/2026

Sekalung penghargaan buat YB Tuan Cheong Kian Yong, Ahli Dewan Negeri Kajang atas sumbangan makanan tengahari sempena mesyuarat penyelarasan Program Kempen “Kajang Bersih,Kajang Di Hatiku (KBKD) 3.0 Peringkat Dun Kajang.

Agensi yang terlibat dalam program ini adalah
1. AKM
2. MPKj
3. PKD
4. PDRM
5. AADK
6. Penjara

Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak






Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 14/04/2026

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-57

Tarikh : 10 April 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Padang SMK SAAS
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-57 berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya, menampilkan semangat kesukanan, kerjasama serta daya saing yang tinggi dalam kalangan peserta.

Keputusan rasmi kejohanan menyaksikan Rumah Biru dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Rumah Hijau sebagai naib juara, Rumah Kuning di tempat ketiga, manakala Rumah Merah di tempat keempat.
💙💚💛❤️

Tahniah diucapkan kepada semua pentadbir, guru dan peserta atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan.





Photos from Laman Rasmi SMK SAAS, Kajang's post 06/04/2026

Berlangsung juga Pra Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 di SMK SAAS semalam, pra kejohanan berlangsung selama 3 hari

Tarikh : 6-8 April 2026
Masa : 8.00-11.00 pagi
Tempat : Padang SMK SAAS
Sasaran : Semua murid

Rumah sukan manakah yang akan menjuarai kejohanan pada tahun ini????

Nantikannn…




Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


KM22, Jalan CHERAS
Kajang
43000