15/08/2026
Dengan penuh hormat, pihak SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Kajang ingin memohon sumbangan dan sokongan daripada para alumni, ibu bapa, komuniti serta pihak yang prihatin bagi membantu menjayakan usaha dan program pembangunan sekolah.
Sumbangan yang diberikan akan dimanfaatkan untuk menyokong keperluan serta aktiviti sekolah, di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memberi manfaat kepada para murid.
Kami percaya bahawa setiap sumbangan, sama ada besar mahupun kecil, merupakan satu bentuk tanda kasih kepada alma mater dan menjadi sebahagian daripada usaha bersama untuk membina generasi yang lebih cemerlang.
“Kerana kita pernah dibentuk di sini, kini giliran kita membentuk generasi seterusnya.”
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan dan sokongan daripada pihak tuan/puan. Semoga segala bentuk sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah, tanda penghargaan kepada sekolah tercinta dan satu legasi yang terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Kembali ke SAAS bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi bersama-sama meninggalkan sesuatu yang bermakna untuk masa depan.
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan kemurahan hati tuan/puan. Untuk memberi sumbangan boleh berhubung dengan Tuan Pengetua atau YDP PIBG SMK SAAS
SAAS KITA, KELUARGA KITA.
KEMBALI KE SAAS, BINA LEGASI.