04/11/2022
Anak dah umur 4 tahun tapi masih tak boleh nak cakap betul2. Nak buat macam mana ya?
Hari ni saya akan kongsikan beberapa tips mudah yang ibu bapa boleh cuba dekat rumah 🥰
✨ PASTIKAN ANAK KENAL OBJEK, KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM PENGURUSAN DIRI HARIANNYA.
Ibu bapa kena berbual dengan anak2 sebab ini boleh “stimulate” bahasa dalam otak anak-anak. Aktiviti mudah ini juga boleh melatih kebolehan reseptif dan tumpuan anak pada ayat yang diberikan oleh ibu bapa. Bila kita cuba secara berterusan, stimulasi ini akan membantu meningkatkan kosa kata dan juga pemahaman bahasa anak-anak.
✨ AJAR ANAK PERMAINAN MOTOR KASAR YANG BERSIFAT SOSIAL.
"PERGERAKAN MENGHASILKAN PEMBELAJARAN". Itu merupakan satu slogan yang saya pegang sejak belajar ilmu edu-kinesiology (BrainGym). Ramai anak-anak yang saya nampak perkembangan positif mereka apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pergerakan.
✨PASTIKAN ANDA BERADA PADA “EYE LEVEL” BILA BERCAKAP DENGAN ANAK
Jika anak berdiri, rendahkan tubuh anda supaya wajah anda dan wajah anak berada di paras yang sama. Berada paras mata dengan anak akan membantu anak fokus dengan lebih mudah pada ekspresi wajah anda, pergerakan mulut anda dan apa yang sedang anda perkatakan.
✨ MAIN PERMAINAN YANG BOLEH MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN ANAK-ANAK.
Daya tumpuan adalah penting bagi membolehkan anak-anak kekal pada perbualan yang sedang dilakukan oleh ibu bapa. Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus yang terancang akan membantu meningkatkan daya tumpuan anak-anak.
Tapi perkara yang paling penting yang ibu bapa perlu ingat adalah setiap kanak2 melalui proses tumbesaran yang berbeza.
Kalau tips ni membantu, jangan lupa like, comment dan share kepada mommies yang lain tau!