AF TVET Academy

Call Directions Contact the school

AF TVET Academy โ€œPusat Latihan Kemahiran TVET bertauliah (L02854) yang menawarkan program latihan industri, Sijil Kemahiran & kursus pendek. 1. Penyedia Latihan berdaftar HRDF.
(1)

Melahirkan tenaga mahir, berdaya saing dan diiktiraf.โ€ Sebagai Penyedia Latihan, kami mengadakan latihan, seminar, bengkel dan kursus.

2. Pembiayaan adalah melalui levy HRDF dibawah Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas). Objektif latihan adalah untuk melahirkan pekerja industri yang lebih terlatih, berketerampilan dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran industri di Malaysia.

3. Pensijilan peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan
Kami menawarkan peluang mendapatkan Sijil, Diploma atau Diploma lanjutan berasaskan pengalaman kerja terdahulu. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan pensijilan ini diiktiraf oleh kerajaan. Ianya lebih mudah dan tidak menganggu tugasan harian. Proses adalah lebih cepat dan yuran yang lebih murah. Peserta yang layak juga boleh mengeluarkan KWSP bagi membiayai yuran pensijilan ini. Modul latihan adalah berdasarkan standard modul yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Pihak AF TVET Academy ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Ba...
10/09/2026

Pihak AF TVET Academy ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Basharudin atas kesudian menerima tawaran pelantikan sebagai Technical Advisor AF TVET Academy.

Kehadiran dan kesudian Prof. untuk bersama-sama menyumbang kepakaran, pengalaman serta pandangan profesional amat kami hargai. Insya-Allah, peranan ini akan menjadi satu nilai tambah dalam usaha kita memperkukuh kualiti latihan, pembangunan akademi serta memperkasakan ekosistem TVET di AF TVET Academy.

Semoga kerjasama dan sinergi ini menjadi satu langkah yang baik ke arah membawa AF TVET Academy ke tahap yang lebih tinggi serta memberi manfaat kepada para pelatih dan industri TVET secara keseluruhannya.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah, Prof. Madya Ts. Dr. Basharudin
Kami amat berbesar hati menerima Prof. sebagai sebahagian daripada keluarga AF TVET Academy. ๐Ÿค๐ŸŽ“

AF TVET Academy
Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Depan.

30/08/2026
๐Ÿค MEMPERERAT KOLABORASI, MEMPERKASA TVETPada 26 Ogos 2026, AF TVET Academy berpeluang memeterai Memorandum of Understand...
29/08/2026

๐Ÿค MEMPERERAT KOLABORASI, MEMPERKASA TVET

Pada 26 Ogos 2026, AF TVET Academy berpeluang memeterai Memorandum of Understanding (MoU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Holding (UMPSAH) sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama serta memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kerjasama ini menjadi platform untuk membuka lebih banyak ruang dalam aspek perkongsian kepakaran, pembangunan kemahiran, latihan, pendedahan industri serta peluang kepada pelatih dan pelajar agar lebih bersedia memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Kami percaya bahawa sinergi antara institusi TVET, universiti dan industri merupakan antara kunci utama dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan relevan dengan kehendak industri.

๐ŸŒฑ Bersama memperkasa TVET.
๐Ÿš€ Bersama membina masa depan bakat Malaysia.

Terima kasih kepada pihak UMPSA atas kepercayaan dan kerjasama yang terjalin.

TAHNIAH TEAM AF TVET ACADEMY! ๐ŸŒŸAlhamdulillah, satu lagi pencapaian untuk dibanggakan! ๐ŸŽ‰Tahniah kepada seluruh team AF TV...
27/08/2026

TAHNIAH TEAM AF TVET ACADEMY! ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian untuk dibanggakan! ๐ŸŽ‰

Tahniah kepada seluruh team AF TVET Academy yang terlibat atas kejayaan memperoleh Penarafan TVET 3 Bintang โญโญโญ

Kecil bukan bermakna tidak mampu bersaing.
Kecik-kecik cili padi! ๐ŸŒถ๏ธ๐Ÿ”ฅ

Di sebalik 3 bintang ini ada usaha, komitmen, teamwork dan kesungguhan semua pihak yang terus memastikan kualiti latihan sentiasa dipertingkatkan.

Ini bukan noktah, tetapi pembakar semangat untuk kita pergi lebih jauh. ๐Ÿ’ช

AF TVET Academy โ€” kecil langkahnya, besar impiannya. ๐Ÿš€

Tahniah team! Kita teruskan perjuangan! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

*KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSONEL*โš ๏ธ Tempat adalah terhad!๐Ÿ“ฒ Daftar Sekarang!1) *Induksi Pentauliahan PP/PPD/PPB - 26...
27/08/2026

*KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSONEL*

โš ๏ธ Tempat adalah terhad!

๐Ÿ“ฒ Daftar Sekarang!

1) *Induksi Pentauliahan PP/PPD/PPB - 26 & 27 Sept 2026*
https://forms.gle/xBM3heXRRxJLHVjD8

๐ŸŽฏ Kelebihan Menyertai:
โœ”๏ธ Menjadi Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) atau Penyelaras
โœ”๏ธ Pengetahuan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
โœ”๏ธ Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (perlu lulus kursus ini terlebih dahulu).

2) *Induks PPT - 3 & 4 Okt 2026*
https://forms.gle/fc1dXZHgDyHS7aMP9

๐ŸŽฏ Kelebihan Menyertai:
โœ”๏ธ Pendedahan kepada sistem penilaian dan pensijilan kemahiran melalui PPT
โœ”๏ธ Membuka Pusat Penilaian Amali PPT
โœ”๏ธ Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT)

๐Ÿ“ AF TVET Academy, Kajang
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM350 / kursus

PAMERAN HARI KERJAYA SMK JALAN REKOPada 12 Ogos 2026, AF TVET Academy berkesempatan menyertai Pameran Hari Kerjaya di Se...
19/08/2026

PAMERAN HARI KERJAYA SMK JALAN REKO

Pada 12 Ogos 2026, AF TVET Academy berkesempatan menyertai Pameran Hari Kerjaya di Sekolah Menengah Jalan Reko sebagai salah satu usaha memperkenalkan peluang pendidikan dan laluan kerjaya berasaskan TVET kepada para pelajar.

Bagi pameran kali ini, seramai 4 orang pelatih AF TVET Academy telah terlibat, terdiri daripada:

๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ 2 orang pelatih Program Spa & Kecantikan
๐Ÿ›ก๏ธ 2 orang pelatih Program Keselamatan & Pertahanan

Turut bersama ialah 2 orang guru pengiring yang membantu memastikan perjalanan aktiviti sepanjang pameran berjalan lancar.

Penyertaan seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar sekolah mengenali dunia TVET dengan lebih dekat, malah menjadi platform kepada pelatih AF TVET Academy untuk membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, keterampilan profesional dan pengalaman berinteraksi dengan masyarakat.

Kenali TVET. Kenali Potensi. Bina Masa Depan.

๐Ÿ’™ AF TVET Academy โ€” Membina Kemahiran, Membentuk Kerjaya.

Alhamdulillah! ๐ŸŽ‰Bertambah lagi Trainer bertauliah melalui Kursus TRAIN THE TRAINER (TTT) yang dilaksanakan oleh AF TVET ...
09/08/2026

Alhamdulillah! ๐ŸŽ‰

Bertambah lagi Trainer bertauliah melalui Kursus TRAIN THE TRAINER (TTT) yang dilaksanakan oleh AF TVET ACADEMY.

Para peserta hadir daripada pelbagai bidang dan latar belakang kepakaran, dengan satu harapan yang sama โ€” memperluaskan ilmu, berkongsi pengalaman dan memberi manfaat kepada orang lain.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada proses lengkap dalam pembangunan dan pelaksanaan sesuatu latihan:

โžก๏ธ Mengenal pasti keperluan latihan
โžก๏ธ Merangka & membangunkan kursus
โžก๏ธ Melaksanakan sesi latihan
โžก๏ธ Menjalankan penilaian & membuat penambahbaikan

Menjadi seorang Trainer bukan sekadar tahu mengajar, tetapi perlu memahami keperluan peserta, kaedah penyampaian, pengurusan latihan serta penilaian keberkesanan pembelajaran.

Tahniah kepada semua pelatih! ๐Ÿ‘๐ŸŽ“

Anda bukan sekadar belajar untuk diri sendiri, tetapi sedang mempersiapkan diri untuk berkongsi ilmu dan membangunkan insan lain.

Teruskan melangkah. Teruskan berkongsi ilmu. Teruskan memberi manfaat.

Tahniah, anda semua memang HEBAT! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ




Kursus Induksi Pegawai Penilai (PPT) dan Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) telah berjaya dilaksanakan pada 25 & 26 J...
28/07/2026

Kursus Induksi Pegawai Penilai (PPT) dan Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) telah berjaya dilaksanakan pada 25 & 26 Julai 2026 di AF TVET Academy.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan penuh komitmen sepanjang dua hari kursus. Semoga segala ilmu, perkongsian pengalaman dan pendedahan yang diberikan dapat membantu para peserta melaksanakan peranan sebagai personel penilaian TVET dengan lebih berkesan, profesional dan berintegriti.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus. Kami mendoakan semoga urusan pentauliahan dan perjalanan kerjaya dalam bidang TVET dipermudahkan.

๐Ÿ“ AF TVET Academy
๐Ÿ“… 25 & 26 Julai 2026

Address

Taman Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60387332992

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AF TVET Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to AF TVET Academy:

Shortcuts

Share

Category