09/07/2026
✨ RECAP | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESAMAP SESI 2025/2026 ✨
Setiap permulaan pasti hadir bersama sebuah penutup, dan setiap penutup p**a membuka lembaran baharu yang lebih bermakna. 💜
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sains Makanan & Pemakanan (KESAMAP) Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform untuk membentangkan laporan tahunan, menghargai segala usaha barisan kepimpinan terdahulu serta memperkenalkan saf kepimpinan baharu yang bakal meneruskan legasi kelab.
🤝 Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Kehadiran, pandangan serta sokongan anda menjadi pemangkin kepada kecemerlangan KESAMAP.
🌟 Tahniah diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco KESAMAP Sesi 2026/2027. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berpasukan demi membawa KESAMAP ke arah yang lebih gemilang.
💫 Terima kasih atas setiap kenangan yang telah dicipta, dan selamat datang kepada perjalanan baharu yang bakal diukir bersama.
MesyuaratAgungTahunan RecapKESAMAP Leadership Mahasiswa PMFST Sesi20252026